Selamat Ulangtahun Anakku

02/12/92 – Hari ini kamu dilahirkan ke dunia, kau hadir dengan sejuta keajaiban dan kebahagiaan yang tidak terlukis dengan kata².

Kami memberimu nama Amirul Syazwan hadir tanpa cela dalam sukma menjadi putera sulung perkahwinan kami.
Selamat Ulangtahun anakku Amirul Syazwan… sudah 15 tahun usiamu hari ini.

Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. terimakasih pakcik….bagi pihak along 😀

  2. Selamat hari Lahir (belated),semoga menjadi anak yang soleh mendoakan kedua ibu bapanya.. aminnn.

  3. mika ewah..ewah…sukenya dia..nk usik mama…..jadi hantu cina baru tau….lompat….aiyark…lompat….:)

  4. mikaounik says:

    ooohhhh yg kubur cina tue erkkk..
    ahahahahahahahaaaaa

  5. jelly,arsaili,lily,ien,dean,cik mika,ida

    terimakasih atas doa…semua ibubapa berharap yang sama…utk anak² cuma kadang² kita tersalah cara …

    dgn berbagai gejala di luar sana, hati makbapa sentiasa risau…

    kaseh owh…kg.bandar…rumah kakjie msk kiri tepi pokok ketapang tu, simpang pertama….masuk kiti…kat belakang kubur cina je…

    ishhh..jejak kaseh betul² lah…

  6. happy belated birthday amirul syazwan 😀
    wahh ni 15 thn,PMR.
    smoga dapat berderet-deret A 😉
    cumil lah gambar dia masa kecik!

  7. KaK Jie, keciknya dunia nie, Tok saya pun duduk kat Kg Bandar jugekkkk!!!

    kaseh

  8. mikaounik says:

    happy belated bday along…

  9. Rasa tak terlambat nak wish ni..”Selamat Hari Lahir” Amirul..Belajar rajin2.. 😉

  10. slmt hari jadi.. moga cepat membesar ngan susu tepong dugro hehe

  11. Lily.Lulu. says:

    selamat hari lahir
    😉

  12. Happy birthday amirul moga menjadi anak yang soleh..umm cam muka ayah dia la kak jie

  13. Happy Belated Birthday Along!!! Semoga menjadi anak kebanggaan mamamu……

  14. ziana,yonna,kuden,mad redo1,unclej, mz

    Terimakasih…..

  15. epi bessday ..
    *samat melahirkan juga pada mama nya*

  16. happy birthday to amirul..moga menjadi anak yg soleh dan berjasa pd ayah dan ibunya..moga PMR dpt A berderet nnt….make your parents proud, son!

  17. zura lias says:

    happy birthday amirul syazwan..dh 15 taun anak teruna kak jie..sempat ke sy tunggu ni nk jd menantu kak jie..hikss….

  18. mad redo1 says:

    happy birthday amirul syazwan, 15 tahun dah kome…

  19. Kurt Kuden says:

    amiroooll;..
    hepi burfdayyyy…
    yeah!! org lahir bulan dis ni best2 laa hahahah

  20. mama,
    send my luvly beday wish to ur lovely son k..
    may allah bless him always..

    p/s:cute la video kat youtube tu :p

  21. Hepi Bday Amirul…

  22. ks patut mlm tadi mendayu² sy dibuai mimpi, rupanya ks berkaraoke..

    kumbang t/kasih

    jun amin jun..erk anty jun pandai wat kek, delivery lah kat sini ….:p

    azmirul nazwan = amirul syazwan..he he he..dkt je tu..berapa umo anak jun?

  23. hepi besday to amirul syazwan..wahh dekat ngan nama my son gitu, anak jun azmirul nazwan..hehe. 15 tahun yek..jauh lg perjalanan insyaallah..aunty doakan muga, panjang umo, murah rezeki, menjadi insan yg cemerlang,aminnn….

  24. selamat hari lahir anakku jie… 🙂

  25. K@ssim Sel@m@t says:

    Heppi besday amirul syazwan.
    meh uncle nk hadiah lagu ‘anaku amirul’ ikut rentak lagu anakku sazali yer.

    anakku amirul dengarlah
    lagu yg uncle mu karangi

    sory ler amirul jari uncle letih, suruh mama sambung nyanyi ler yer…hehehe

Trackbacks

  1. […] kat ne? Singgah Sepang jap…cermin mata Along […]