Thiwol

Siapa pernah kenal makanan ni?

Namanya thiwol ( thi tu disebut ikut makhraj hujung lidah terkeluar sedikit di antara hujung gigi gunting atas dan hujung gigi gunting bawah ). Pertama kali mak mertua sediakan makanan ini waktu balik kampung semalam.

Bahan utama thiwol adalah ubi kayu. Orang jawa adalah orang yang paling kreatif dalam bab makanan. Mereka juga rajin untuk bercucuk tanam. Kalau boleh semua ruang tanah akan ditanam.

Untuk buat thiwol, ubi akan direndam dulu kemudian di jemur. Menurut cerita dulu-dulu, apabila banjir, seluruh tanaman ditenggelami air sehingga menyebabkan ubi kayu menjadi rosak. Dari sinilah lahirnya daya kreativiti orang jawa dengan memproses makanan dari tanaman yang hampir rosak.

Selepas ubi kayu kering, ianya ditumbuk menjadi tepung. Tepung ini disimpan dan boleh bertahan beberapa bulan.

Sebelum thiwol doleh dimakan, air panas digunakan untuk menyiram adunan tepung perlahan-lahan sambil dikacau. Tak boleh curah air sekali gus. Thiwol menjadi liat.

Adunan yang berketul-ketul kecil itu kemudiannya akan dikukus. Selepas dikukus akan digaul dengan kelapa parut dan gula.

Menu sarapan pagi bila berkumpulnya anak beranak dan cucu cicit.

Posted with WordPress for BlackBerry.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. nampak mcm nasi goreng pon ader,,bunyi mcam sdap,,, nak try la

  2. first time dgr ni . . mnarik . .
    Jom terjah post menarik dari Mr.Sepet ..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali BlogMy Profile

  3. serius tak pernah dengar nama makanan ni… 1st time dengaq kat blog k.jie… rasanya macam mkn ubi rebus tak…
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Pusingan Akhir Contest Gadget ImpianMy Profile

  4. skrg ni dah ade jual tepung thiwol ni
    boleh carik kat pasar area Meru
    so, tak perlu nak rebus dan keringkan pastu nak jadikan tepung
    bak kate org
    just add hot water…

  5. tak pernah pula Sya makan thiwol ni. First time dengar pasal makanan ni.

  6. Sama macam Botok la. Botok buat dari ikan yang hampir rosak. :)
    Jom terjah post menarik dari Affuan ..Rak Kasut DIYMy Profile

  7. oh macam pernah makan tapi xtahu nama die..baru tahu thiwol ni
    Jom terjah post menarik dari Wan Gerrard ..Video ganas KFC belasah PelangganMy Profile

  8. wandisini says:

    saya pun jawa gak. jawa tebuk mufrad. tapi tak tahu lak ada makanan ni
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Purata 150 Kenderaan Dicuri Setiap Hari.My Profile

  9. First time tahu ni.
    Kak Jie jadi la pewaris kepada resepi ni. Pastu share di sini.
    Jom terjah post menarik dari AziE ..CNY – Open HouseMy Profile

  10. hehe..memang sedap pun benda ni. cuma susah nak jumpa aje.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link AdsMy Profile

  11. Zarul Umbrella says:

    kakak ipar dan abg ipar saya org jawa gak..tp tak pernah saya nampak thiwol ni..nasi ambang selalu ler hehe
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Wordless Wednesday [Tersalah Eja]My Profile

  12. pernah makan..tapi mak tak pernah la buat jadi tepung dulu..mak buat yg express je..

    mak rebus ubi pastu ketuk bagi lenyek2 sikit..tabur kelapa parut dengan gula..tak tau la panggil thiwol jugak ke tak..ke geduk ubi ke gethok ubi..entah la..sedap sangat..oh terbayang balik cite 15 tahun lepas..

    tapi masa kitorang kecik je mak rajin la buat makan2 pelik ni..bila dah besar ni tak pernah la pulak..nak harap anaknya rajin…erm3..buat benda standard je..nasi goreng mee goreng bihun goreng..pastu rotate balik…………=P

  13. tak pernah dan tak pernah makan..orang dulu-dulu memang kreatif.

  14. thiwol ni tak pernah makan plak.. nenek saya dulu tak pernah buat rasanya..
    produk dari ubi memang banyak leh buat makanan.. biasa makan ubi ketuk.. paling simple pun ubi rebus + sambal tumis.. pun dah sedap.. :)
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Nikmatnya Sambal Kicap Johor. Pernah Rasa Tak?My Profile

  15. Suka sangat ni tapi bukan senang nak dapat. Last hari raya pak cik kat Sg Air Tawar, Sabak Bernam buat sebagai makanan khas hari raya. Dia kata supaya generasi muda tak lupa.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Google Update Pagerank pertama 2012My Profile

  16. Orang Jawa memang kreatif. Hebat! :)
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Joomla! Saya budak baru belajar.My Profile

  17. Macam sedap jer..nak kena kawin ngan org jawe ni…
    Jom terjah post menarik dari John ..Online Baby Shop Blogger TemplateMy Profile

  18. tak pernah dengar lagi kak..thiwol..hehehe..nanti nk cari sape yg boleh buatkan..=)
    Jom terjah post menarik dari Nabiel ..4 Jenis Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk NERAKA!My Profile

  19. tak pernah dengar. dan tak pernah makan lagi. teringin jugak nak rasa lepas baca entry ni. kena tanya kawan¬≤ yang berketurunan jawa la. pernah makan tak, kalau pernah nak suruh bawak sket. makan ramai¬≤…
    Jom terjah post menarik dari Adam ..Panduan Renew Roadtax KenderaanMy Profile

  20. tak pernah makan thiwol nie,,tapi kalau ubi kayu yang dihancurkan pastu di goreng dengan tepung memang selalu makan,,,
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Kepak ayamMy Profile

  21. Orang Jawa memang tidak dinafikan rajin. Apa yang dikatakan oleh Kak Jie memang diakui oleh saya mereka ini pandai berbudi kepada tanah ini adalah pengamatan saya selama 5 tahun keluarga saya pernah menetap di Sungai Besar selama 5 tahun.

    Kalau ada kenduri kahwin aktiviti merewang ini tidak perlu dibimbang oleh tuan rumah semuanya akan disettle secara gotong royong yang bermula seawal pagi.

  22. tak pernah dengar dan tak pernah tengok pun.. hehe..
    Jom terjah post menarik dari CMRatu ..Gambar di Zoo TaipingMy Profile

  23. ni baru first time dengar pasal thiwol..macam mana rasanya kak? memang kreatif sungguh ye orang2 jawa ni..tak adalah membazir makanan…
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Senarai Plugins Yang DigunakanMy Profile

    • betul tu, bab kreatif cipta makanan, orang jawa
      mcm2 ada…ubi kayu saja boleh cipta 10 jenis makanan…sbb dia jenis tanam banyak2…mana boleh nak habiskan dlm msa singkat…dari rosak..dia ciptalah makanan yg tahan lama

  24. Unik makanan ni,.. tak pernah dengar & tengok pun
    Jom terjah post menarik dari shraqs ..PageRank (PR) Pertama Untuk MobilityWorldsMy Profile

  25. wah.. tak pernah dengar lagi setakat ni..

    tapi trauma makan tu seng tadi kat restoran sea food..

    d
    Jom terjah post menarik dari muazfaris ..Tutorial | Cara membuat Iklan GIF Bergerak-gerak OnlineMy Profile

    • ngape? ada kenangan pahit ke?

      ni makanan tradisi mak2….mgkn lupus bila org tua dah tak de
      sebab nampak senang, tapi org muda skrg ni ( kak jie pun..hihihi ) bkn rajin sgt nak berenyah2 kt dapur nak memarut, menumbuk ubi mcm ni

  26. blom pernah rasa ni.. walaupon mertua org jawa, x pernah pula dia cerita..:)

  27. Salam Kak Jie…

    Rasa dia ada macam busuk sikit tak? Pernah makan tapi kat pahang org panggil ubi busuk.

    Sedap bila kena dengan kelapa parut manual(kelapa parut pakai kukur tangan) :)
    Jom terjah post menarik dari azman ..Maksud Nama AndaMy Profile

    • Salam

      memang ada bau sikit, tapi bila gaul dgn kelapa parut dan gula, makan masa panas2, sedap
      sebab anak2 ckp sedap, maksudnya dia org boleh terima

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam