Alam teruna
Anak, Motivasi October 22nd, 2008Saya bagitahu dia supaya lebih berhati² berkawan. Saya sedar beberapa perubahan fizikal, emosi dan psikologi sejak dia dah akil baligh . Saya sedar sebulan dua ini perkembangan hubungan sosial dengan kawan²nya. Dia mula pandai berinteraksi dan mempunyai kelompok rakan sebaya sendiri.
Dibandingkan dengan Along , Angah agak kurang bercampur dan bersosial dengan kawan². Dia kurang meminati aktiviti di luar rumah. Lebih tekun dengan komputer dan membaca buku.
” Kawan² Angah ada yang merokok tak ?”
” Tak de kot…”
” Jangan nak tipu Abah… Abah taulah…mesti ada “ Sampuk suami.
” Ada, tapi mama jangan risaulah Angah anti-rokok “
Suami saya dan hampir semua adik beradiknya ( kecuali seorang ) termasuk ipar duai tidak merokok. Sekiranya bapa atau ahli keluarga terdekat perokok, janganlah anda cuma mengajar ketam berjalan betul. Ibubapa adalah idola / model untuk anak². Semuanya bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun kenalah ubahlah diri sendiri dulu.
“Hati² pilih kawan, kadang² dia orang rapat dengan Angah hanya untuk kepentingan diri saja “
Merujuk kepada kekerapan kawan² dia bertandang dan mengodek komputer di rumah saya. Saya tahu apa yang mereka buat kerana komputer saya ditempat terbuka dan saya berada berdekatan.
” Angah yang untung mama, tiap kali Angah tolong dia orang pasal komputer atau Angah tolong download, dia orang bagi Angah 5 Ringgit………….”
Ha ha ha ….awak ni kan….Ngah! Gelak besar kami suami isteri dengan Angah pagi tadi. Saya masih ingat macam mana dia boleh jual semula semua cd game ps2 yang dia dah jemu. Dia jual satu 3 Ringgit , 2 - 5 Ringgit. Dia buatkan list cd yang dia ada dan dia offer dengan kawan² di sekolah. Lepas waktu sekolah dia buat temujanji urusan jual beli. Dia tak bawa ke sekolah - menyalahi undang² katanya.
Anak² saya juga pengumpul tin aluminium. Terjumpa di tepi jalan, mereka tanpa segan silu akan kutip dan bawa balik. Kali terakhir saya jual sekilo RM 5.40.
Mesti ada sesuatu yang nak dibeli tu.. selalunya dia akan bertungkus lumus mengumpul duit jika ada sesuatu yang hendak dibeli. Selagi ada jalan, saya selalunya menggalakkan mereka berusaha sendiri.
“Nak beli buku Harry Potter………”
Bulan depan harijadi dia, mungkin saya boleh fikirkan sesuatu. Dalam melalui saat-saat manis alam remaja kita kena lebih banyak berinteraksi jangan hanya berkonfrantasi.
Pada peringkat umur awal remaja seperti ini mereka bersifat lasak, lebih bertenaga dan suka meneroka cabaran juga sentiasa ingin tahu. Mempunyai banyak persoalan seperti “mengapa” dan “kenapa” sesuatu perkara terjadi.
Perasaan ingin tahu dan sifat ingin mencuba adalah sebahagian dari perkembangan semasa alam remaja. Sikap ini akan membantu mereka menjadi seorang dewasa yang dapat membezakan perlakuan yang baik dengan buruk. Nilai positif yang ada pada remaja perlu dibimbing oleh golongan dewasa. Kegagalan untuk mengawal perasaan boleh mendorong mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan dadah dan arak, vandalisma, pergaduhan, penglibatan dalam lumba haram serta hubungan seksual rambang.
Saya sering berdoa dan berharap anak² teruna saya mempunyai wawasan untuk mengharungi alam remaja mereka dan mampu membezakan antara impian dan kenyataan. Ramai ibubapa merasa gembira melihat anak teruna mereka menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini dia tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.
Saya sekarang telah menjadi seorang ibu yang cemburu..hahahaha![]()
© Kujie ~ saya nak pergi shopping sikit sebelum ‘terbang’ Jumaat nanti….
EDIT : Saya baru telefon blogawan Intan Rosnitta . Hari ini harijadi dia dan sekarang dia sedang dalam trauma yang amat sangat kerana petang semalam dia menjadi mangsa ragut.
Moga Intan cepat sembuh dan tabah menghadapi ‘hadiah’ ulangtahun ini.

October 22nd, 2008 at 9:17 am
Alam teruna | Hidup Biar Sedap…
Bila anak² lelaki saya sedang memasuki alam teruna, saya sebagai ibu rasa kalut. Saya risau jika mereka lebih mengutamakan rakan sebaya. Saya risau mereka gagal mencari identiti diri dalam membentuk keperibadian menjelang kedewasaan kerana dalam usia …
October 22nd, 2008 at 9:36 am
Contohnya, jika anak kita diberitahu bahawa perkara A adalah dilarang, sedangkan kawan mereka boleh melakukannya, mereka akan berkata:
“Kenapa A boleh buat. Kenapa saya tak boleh”
Sehubungan dengan itu kita perlu brain wash anak-anak sejak bayi lagi supaya mematuhi ibu bapa, disamping bekalan ilmu agama.
penings last blog post..Squaring numbers that end in 5
October 22nd, 2008 at 10:46 am
shaxxs last blog post..Jalan Shaxx Beruang
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:46 pm
October 22nd, 2008 at 11:03 am
kumpul duit nak beli barang sendiri…sama macam saya masa kecik2..
shaxx
ayah saya kata
“nak jaga anak masa kecik senang,dah besar tu,merajuk la,nak itu ini la..”
ini ayah saya kata masa saya baru dapat anak sendiri 2 bulan lepas…
anasfadilahs last blog post..::tidak bermotivasi::
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:45 pm
bila dah umur mcm ni…. kisah mcm ni pula
kita ni kena lah advance dari dia
October 22nd, 2008 at 12:04 pm
p/s: Dah standby brapa juta tu Kak Jie untuk acara soping soping
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:44 pm
October 22nd, 2008 at 12:59 pm
Angah dah akil baligh ya.. hehee.. lepas ni sure banyak rahsia nak di kongsi dengan kak Jie kan..
Neezas last blog post..Pit stop
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:44 pm
October 22nd, 2008 at 1:02 pm
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:43 pm
October 22nd, 2008 at 1:28 pm
azlan shahs last blog post..Kamu suka tawaran hebat?
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:43 pm
October 22nd, 2008 at 1:43 pm
zaman remaja memang zaman yang seronok..
tapi ramai jugak teruna dah hilang sebelum bernikah..
uishh.. siannya dia.. dapat hadiah yang tak diingini..
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:42 pm
takut tersilap jalan…
kena lebih peka dgn perubahan dia
October 22nd, 2008 at 2:16 pm
… dan memang segala benda perlu dipantau, tapi jgn sampai anak rasa dikongkong.. sebab peratusan 90% (survey) , remaja PERNAH terfikir untuk lari dari rumah…
samdaddycools last blog post..Charity … @aeropama dot com - blog untuk amal mari ikut sama
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:41 pm
October 22nd, 2008 at 4:00 pm
nikillass last blog post..The Mysterious R.AGE..
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:41 pm
October 22nd, 2008 at 4:03 pm
ps : tapi bab simbolik & grafik tuh x leh elak la kak jie..dihalang semakin nak tau.
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:40 pm
yg tu mmg kena pantau lah..kena bagi dia org berfikir mana yg elok
October 22nd, 2008 at 4:14 pm
suaras last blog post..Bulan Dan Hari
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:40 pm
October 22nd, 2008 at 4:43 pm
ams last blog post..Making Money With Facebook
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:39 pm
October 22nd, 2008 at 5:10 pm
Bagi saya Ibu Bapa adalah role model yang terbaik kepada anak anak sekiranya Ibu Bapa sanggup menjadi role model yang sempurna kepada anak anak.Kalau mak bapak balik lewat malam, naik turun, kelab malam, meeting sampai pagi dengan sexcetary cam mana anak bole follow?
hashim habeeds last blog post..MANIFESTO CEMERLANG GEMILANG TEMBERANG
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:39 pm
October 22nd, 2008 at 5:35 pm
Mak Sus last blog post..Eh! Engkau! Eh! Bukanlah! Eh! Eh!???
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:38 pm
October 22nd, 2008 at 6:19 pm
Ties last blog post..Asal
Kujie Reply:
October 22nd, 2008 at 6:36 pm
October 22nd, 2008 at 7:04 pm
shaxxs last blog post..1000 EC Giveaway!
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:38 am
October 22nd, 2008 at 8:46 pm
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:37 am
kadang2 kita alami sesuatu kita rasa pahit sgt, rasa susah
tapi bila esok menjelang…semua tu telah pun kita tempuh
jadi kenangan….
October 22nd, 2008 at 10:46 pm
intans last blog post..UNFORGETABLE BIRTHDAY EVER
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:36 am
kussss…semangat
October 22nd, 2008 at 11:22 pm
|1f34|-|1r3s last blog post..Crazy Feedburner !
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:35 am
October 23rd, 2008 at 7:56 am
kalau hubby zana, dia nak simpan kasi anak dia main. tah bila la tuh.. tah2 dah rosak nnt.
tapi mmg la kak jie… bukan kak jie yg ada anak teruna shj mula kalut. zana bila duk sensorg, pk anak lelaki yg berdua tu, iskh… doa2 sgt dia jadi manusia yg berguna meningkat usia nnt.
Zanas last blog post..Mirul and Aris
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:33 am
zaman tu games lagi canggih yang muncul..hehehehe
kalau kita perihati dgn anak2, dekat dgn dia org….Insya allah Zana…kita berusaha
October 23rd, 2008 at 8:59 am
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:32 am
sampai siram pokok bunga rumah pakcik dia pun siap ade MOU
contract sehari rm 1.
October 23rd, 2008 at 9:22 am
bila tgk bebudak lelaki skang ni, ada yg jd mat rempit, mat pet, mat ragut, tentu parents risau sgt… dugaan & cubaan yg besar utk jdkan mereka manusia yg berjaya dunia dan akhirat… jgn leka walau seminit… masa remajalah mereka akan cuba membentuk diri…
p/s : kim slm ngan anak teruna ya
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:31 am
* dia masih malu…tu kawan2 nk bergambar pun sengeh
October 23rd, 2008 at 9:26 am
nuaemans last blog post..10 Permainan yang dah jarang nuaeman lihat..
Kujie Reply:
October 23rd, 2008 at 11:29 am
try makan madu, madu asli, madu tualang ke…
October 23rd, 2008 at 9:48 pm
|1f34|-|1r3s last blog post..How to get more info on melamine issue
October 24th, 2008 at 2:23 am
October 26th, 2008 at 8:34 am
kentos last blog post..21 Soalan Buat Duit+Blog Untuk Aku
November 3rd, 2008 at 1:52 pm
ODs last blog post..The X Files
November 13th, 2008 at 10:08 am
chuckiesds last blog post..10 Things to be a good Father…