Allahyarham Din Beramboi Dan Di Penghujung Usia

Pelawak dan penyampai radio popular ERA FM Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Allahyarham dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) pada petang Isnin lalu kerana disyaki terkena virus kencing tikus ( Leptospirosis)  kemudiannya disahkan mengidap Dengue Shock Syndrome ( Denggi Berdarah ).

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…    Takziah untuk keluarga Allahyarham

Pagi Jumaat ini saya ingin berkongsi catatan yang kerap kali diulangsiar di blog ini – sebagai ingatan sesama kita.  Artikel yang  sangat berkesan dan menyentuh hati saya.

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.

Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

©Kujie – baru telefon mak mertua semalam… nak telefon ayah mak di kampung…..bila masa kita pula?

EDIT: Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong

kredit gambar : utusan online

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya doa kan din beramboi semoga rohnya dicucuri rahmat

  2. 😥
    al-fatihah ……

  3. Assalamualaikum!

    Ya kita harus munasabah diri…kita banyak gelak ketawa dimuka bumi ini tetapi apabila kita meninggalkan dunia nanti tiada lagi gelak ketawa. so sebelum tu kita memohon ampun maaf sesama insan.
    wasalam..semoga kita semua dapat balik ke tempat asal kita iaitu alam nur…allahukbar3x bagi keluarga abg din salam takziah banyakkan bersabar ok

  4. benda yang susah kita nak jangka..
    .-= titan´s last blog ..Bila Titan dah mula main bola.. =-.

  5. Bersedialah sentiasa wahai sahabat2ku. Giliranmu juga pasti tiba.

  6. terasa dgn pemergian allahyarham… tetibe hati jadi sayu. semalam saya tgk gambar allahyarham di fan page Aznil & Din Beramboi. ada gambar dgn wayar-wayar berselirat. benar2 tersentuh hati. baru beberapa bulan yang lepas tgk aksi beliau untuk Raja Lawak 4.. rasa mcm cepat je masa berlalu.

    **** mood sedih.
    .-= Amir´s last blog ..Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali =-.

  7. itulah hukum alam…segalanya telah ditakdirkan
    al-fatihah
    .-= azam´s last blog ..Mera Naam Joker =-.

  8. Innalillah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Tulisan Saudara Lutfi tu tetap sedih walaupun dah pernah baca masa Kak Jie publish dulu 😥
    Betul cakap Kak Jie, semakin dekat masa kita.
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Kepadanya Kita Akan Kembali… =-.

  9. al fatihah buat arwah..
    moga rohnya dicucuri rahmat
    .-= mie´s last blog ..:: [lelong] sony cybershot dsc-T77 :: =-.

  10. salam kak jie…

    di akhir zaman umat islam..banyak cintakan dunia dan takutkan mati…

    Allah SWT berfirman :

    Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan ( kejahatan ) dan kesenangan ( kebaikan ) sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

    ( Al-Anbiya’ : 35 )

    mati itu adalah pasti bagi orang yang berfikir akan bersedia untuk menghadapinya…
    .-= ana´s last blog ..Nama Allah di mana-mana… =-.

  11. doakan die bersame org yg beriman, kita yg hidup kne sntiase ingat mase kita akan sampai juga..
    .-= yoy´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia. =-.

  12. Al Fatihah buat allahyarham dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat…amiiinn

    Terima kasih Jie kerana mengingatkan sesama kita tentang kehidupan dan maut yang tidak kita tahu bila menjemput kita..Hanya iman dan taqwa yang akan mengiringi kita ke “sana”. Semoga kita diberikan petunjuk dan hidayah dalam meniti hidup dan segala doa kita dimakbulNya…
    .-= ummi´s last blog ..Rendang Ayam Resepi Kak Liza =-.

  13. takziah buat keluarga din berampoi dan semoga din beramboi akan di tempatkan dikalangan orang yg beriman, amen
    .-= mijie´s last blog ..Naikkan trafik blog part 2 =-.

  14. sungguh insaf kannns,

    salamm,
    .-= tunbegia´s last blog ..blog bukanlah hakmilik kekal =-.

  15. Salam Kak Jie,

    Discover your blog from penyu biru.

    Mmg terkezut dgr berita kematian DB. Paling suka FTN nyer comment.

    Harap2 din beramboi beli rumah dgn MRTA sekali, xde laa anak nak tanggung hutang rumah. Kalau ada insurans nyawa pun bagus jugak, xde laa anak merempat.
    .-= matjoe´s last blog ..Peugeot 308 Malaysia =-.

  16. mmg tul kata kak jie.. ajal maut boleh dtg secara tiba2 jer tanpa kite sedari..tapi mmg manusia mudah lupa, sekejap rasa insaf, tapi lepas tu mula hilang arah semula.. seolah-olah lambat lagi ajal yg bakal menjemput kita..
    al-fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga arwah. moga rohnya dicucuri rahmat..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Seksa Jadi Guru =-.

  17. Al Fatihah

    Sedih sungguh saya hari ini…

  18. Hafiz Mohd says:

    sama2 kita doakan apa yg patut.. ajal maut itu x kenal siapa, muda atau tua. bila sampai masa nanti kta tetap jua akan pergi menunggalkan kisah seribu satu kemanisan dan keindahan hidup di dunia yg sementara ini..

  19. salam takziah…Al Fatihah…tiada lagi sawancara, kemeriahan di Era di waktu pagi.. Allah lebih menyayanginya..
    .-= adamfaiz´s last blog ..Mari Banteras SMS Lucah =-.

  20. Ajal memang di tangan Allah..tetapi persoalannya bersediakah kita pabila ajal menjemput kita?

    Tepuk dada tanya selera…

    nice entry kak Jie…besh!
    .-= Mr Kamikaze´s last blog ..Tips Pecah Rumah !!! =-.

    • seelok2nya selalulah kita mengingati MATI..berbuat ibadah ibarat kita akan mati pada hari esok..
      .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

  21. Allahuakbar..moge Allahyarham mendapat keredhaan dan rahmat Allah jue..ameen

    p/s – artikel yg cukup menyedarkan betapa mati itu tidak mengenal usia dan siapa..thanks kak jie..

  22. denaihati says:

    Harimau pergi meninggalkan belang Manusia pergi meninggalkan nama. Alhamdulillah Arwah meninggalkan nama yg baik.
    .-= denaihati´s last blog ..Din Beramboi pergi tak kembali lagi =-.

  23. Takziah diucapkan. 😥
    .-= tekkaus´s last blog ..Peri-fying Earth Hour Dinner At Nandos! =-.

  24. huhuhuu..

    akan adakah nanti siri tribute to din beramboi di astro, sama seperti si Yasmin Ahamad itew?

    huhuhuu

    alfatihah!
    .-= maza´s last blog ..Pantai Lido, Tanjung Puteri =-.

  25. ajal maut di tangan Allah. Tengah berseronok naik eskalator di shopping complex pun boleh dihimpap kereta, sedang mengisi petrol pun boleh dilanggar kereta. Badan yang sihat hari ini, tidak semestinya sihat keesokan harinya.

    Tapi itulah, saya sendiri pun sering terlupa. Maut itu boleh datang bila-bila. Masih lalai dengan dunia.

    al-fatihah buat arwah Din Beramboi dan salam takziah kepada keluarganya
    .-= Faizal @ FTN´s last blog ..(TERKINI) Din Beramboi Meninggal Dunia Jam 12.30 malam, Al-Fatihah =-.

  26. CikLilyPutih says:

    Takziah kepada keluarga abg Din, semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah

  27. Takziah buat ahli keluarga arwah..Sesungguhnya beruntunglah orang Muslim yg meninggal dunia pada hari Jumaat..Terlepas daripada seksaan kubur sehingga hari kiamat..Subhanaallah…

    Dan orang yang paling “bijak” didunia ini adalah orang yg sentiasa mengingati akan keMATIan..
    .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

    • uiks! betul ke sorg muslim meninggal hari jumaat terlepas dari seksaan kubur hingga hari kiamat?

      setahu maza cuma citu rehat aje utk hari itew. kemudian, proses selanjut nya tetap sama.. termasuklah soalan cepu emas yg bertalu2 itew… mana2 yg tak dapt jawab, apa lagi.. cokma menjadi balasan weiii.. sakit weiii..

      huhhu

      • memang betul en. maza..

        Nabi bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur.”

        fitnah disini merujuk kepada soal jawab & seksa kubur..harap takde kekeliruan di sini ya…

  28. Dauspozi says:

    Al Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad… Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
    .-= Dauspozi´s last blog ..Tips Mencipta Identiti Tersendiri Di Dunia Blogging =-.

  29. Allah lebih sygkan dia. Al-fatihah.
    .-= fazemy´s last blog ..Untuk Perhatian Geng Klik-Klik Nuffnang =-.

    • al-fatihah…
      .-= kasmin´s last blog ..Anda pernah jana wang dengan program Google Adsense? =-.

  30. Al-Fatihah…semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman…
    .-= ieda´s last blog ..DIN BERAMBOI KESAYANGAN KU TELAH PERGI SELAMANYA…. =-.

  31. gambar artis says:

    🙁 Sedih dengan pemergian bakat besar dalam industri tanah air
    .-= gambar artis´s last blog ..Update terkini:Din Beramboi meninggal dunia =-.

  32. Al-Fatihah… Semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org yang beriman.
    .-= Yati´s last blog ..Cuti di tarik balik muahaha =-.

  33. innalillahi wa inna ilaihi raji’un..

    ermmm..
    cempaka baru2 ni menerima banyak berita kehilangan..
    sahabat yang pergi akibat kemalangan maut..
    atuk saudara yg pergi setelah bertahun2 berjuang menahan sakit..
    dan pemergian din beramboi..
    semuanya dalam minggu ni..
    cempaka paling terkesan dengan pemergian sahabat cempaka, yang buat cempaka hilang fokus beberapa hari..

    tapi yang pergi tetap pergi..
    kita juga akan pergi nanti, setiap manusia akan pergi..
    yang pasti, kita semua mahukan pengakhiran yang baik..
    Semoga Allah menguatkan kita semua..
    dan semoga Allah merahmati roh2 mereka yang telah pergi..
    sesungguhnya Allah lebih sayang akan mereka..
    Al-Fatihah..
    .-= whiteCempaka´s last blog ..Pemergian mereka =-.

  34. denaihati says:

    Al-Fatihah. Bila pula giliran kita?
    .-= denaihati´s last blog ..2010 Top 10 Highest Paid Footballers In The World =-.

    • bila-bila masa shj ajal kita akan sampai..persiapkanlah diri kita dgn bekalan utk dibawa ke alam baqa’ dr sekarang..jgn berlengah lagie..

  35. salam kak jie.. thanks untuk catatan tersebut ..
    Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga allahyarham .Maafkan salah silap beliau dan halalkan segalanya. Itulah yang sebaik-baiknya.
    .-= L@n@´s last blog ..Korang Search Ajer, Korang Akan Dibayar =-.

  36. innalillah. saya betul-betul tak boleh nak terima din beramboi dah tak ada. rasa macam mimpi je. semoga abang din ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. al fatihah.
    .-= zaiMi´s last blog ..Rss Feedburner Aku Buat Hal =-.

  37. Azizuan says:

    innalillahh
    .-= Azizuan´s last blog ..Ping Site Terbaru : myebuzz.net =-.

  38. Al-fatihah untuk arwah din beramboi dan takziah untuk keluarga arwah… 😥
    .-= ah mat gebu´s last blog ..DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA!.. =-.

  39. teringat lak kisah arwah ayah saya…tanpa kata,tanpa tanda,beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga..sampai sekarang masih terasa
    .-= nazihah´s last blog ..Selesai Sudah =-.

    • sabar ye nazihah. lumrah hidup di dunia, yang hidup pasti akan mati. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
      .-= Amir´s last blog ..Tingkatkan Trafik Blog Melalui Facebook Fan Page =-.

  40. Innalillah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. sekarang ni kak jie, saya selalu terfikir bila mendengar kematian, adakah kita sudah bersedia menghadapinya dengan amalam-amalan kita.
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Apa ada pada 310310 =-.

  41. innalillah… saya terkejut kak jie. saya ingat arwah dan nak sembuh. Al-fatihah.
    .-= Amir´s last blog ..Tingkatkan Trafik Blog Melalui Facebook Fan Page =-.

  42. Salam Kak Jie,

    Terima Kasih untuk perkongsian yang menarik di Pagi Jumaat ini.

    Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Blogging is No Longer Fun =-.

Trackbacks

  1. Sketsa "BANKER" Melampau - Perginya Seorang Pelawak & Penghibur says:

    […] Ramai juga rakan-rakan blogger yang membuat entri pasal pemergian Din Beramboi semalam. Sesungguhnya blogger di Malaysia amat prihatin akan kejadian yang berlaku disekeliling mereka. Memang bertepatan dengan jolokan “BLOGGER WE CARE”. Dalam banyak-banyak entri yang saya baca, saya amat tertarik dengan isi kandung entri yang ditulis oleh pemilik blog Hidup Biar Sedap. […]