Beranikan Diri Untuk Memicit Tombolnya

Ini sebuah kisah dulu-dulu. Semasa sekolah dulu guru fizik yang mengajar saya di sekolah menengah menjelaskan bahawa AC adalah alternating current (arus ulangalik). Istilah yang berhubung dengan arus elektrik. Ingatan itu terus tertancap di benak sampai puluhan tahun kemudian ketika saya memiliki sebuah kereta sendiri.

tertancap = masuk terbenam, terpacak, terpancang

Di antara sekian banyak tombol-tombol yang ada di dashboard kereta, ada satu yang tertuliskan AC. Untuk yang satu ini entah mengapa saya tidak berani menyentuhnya. Takut terjadi apa-apa dengan sistem elektrik kereta ini.

Untuk mendinginkan udara di dalam kereta, setiap kali saya memandu saya selalu membuka tingkap, meskipun angin dari luar tak lagi bersih lantaran pencemaran. Atas usul seorang rakan, saya pasang kipas angin kecil di dalam kerata. Ok jugak dapat menyejukkan.

Suatu hari saya terpaksa menghantar ibu seorang rakan saya. Ia bertanya, apakah kereta dilengkapi pendingin udara.

Oh, tidak!” jawab saya.

“Kan, ini ada tombol AC,” katanya sambil menunjuk tombol di dash-board.

“Oh, itu tombol eletrik arus ulangalik.” jawabku. Kerana terlalu panas, wanita itu memaksa saya memincit tombol itu.

“Maaf, makcik. Ini kereta saya. Tentu saya lebih tahu daripada orang lain.”

Diam-diam tanpa pengetahuannya, saya picit tombol tersebut. Tiba-tiba kehidupan segera berubah. Udara di dalam kerata jadi sejuk, segar, dan menyenangkan. Semua itu hanya kerana beraninya sentuhan jari.

Saya cukup sedar, betapa jutaan idea dan talent yang tertanam dalam diri manusia akan hilang begitu saja kalau yang berkaitan tidak pernah menggunakannya. Padahal, bila seseorang mahu dan berani mencuba sesuatu yang baru, secara signifikan pasti akan memperkaya kehidupan, baik untuk dirinya sendiri maupun orang lain.

Lantas apa yang membuatkan kita enggan memicit “tombol-tombol” keberanian hati, keahlian, pengembangan diri dan kehidupan baru? Tak lain adalah: pengalaman dan latar belakang masa lampau, kesetiaan kepada orang lain, ketakutan akan hal-hal baru, dan devaluasi diri.

Kesimpulanya :

Bagi memperoleh sebuah kehidupan baru maka seharusnya kita berani memulakan sesuatu yang baru melepasi kepercayaan masa lampau, ketakutan diri dan ketidakpercayaan potensi. Hidup masa akan datang bukan dicorakkan oleh orang lain melainkan dicorakkan oleh diri sendiri dan keberanian untuk memicit tombol-tombol kehidupan.

jie ~ koleksi cerita motivasi yang paling saya suka…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. cik mika jgn takut mencuba..kalau gagal pun kita bukan rugi apa²…

    erk..mana de..agaknya mama pasang jam loceng tepi katil mika kot..he he he

    cikgu panji wah…dpt A1 lah..makasih cikgu !

    elmely terimakasih la krn luangkan masa nk komen..ni sebab baca msg tu ke….
    anak rusa nani, baru kembang ekor, apa dosa kami lalu tidak tegur..

    hehehe..kakjie nk jejak tak dpt…elmely menyorok !

    arsaili mcm tu la kira²nya en.arsaili…kena berani!

    combi muaahhh..mana de aku perli² hang..tak sengaja je ni..kehkeh….aku cayang hang la..tu pasai aku ajar hang..:p

    Nnt aku tolong hang…kita besarkan rumah hang biar cantik lawa mcm tuan dia ye…

  2. echah_syed says:

    aku lagi ker ni jie..lately hg cm dok kata kat aku jer..rase prejudis..

    ~ sume tutorial aku ikut..tp lom ade mase nk buat..cewaahhh..alasan !!!

    ~ tlg aku buat TECHNO sbb smpi skrg x jd2..

    ~ kalo x cayer gi umah aku tgk..ade tanda kt situ..supaya hg tau aku x DIAM jer..

    ~ CYG KT HG ~

  3. prinsip berpantang ajal sebelum maut, jangan takut sebelom mencuba…kena yakin dan berani mencuba..itu la universiti kehidupan…yoyo jer ..good reminder to myself la kan

  4. A’kum kak jie,
    sebenarnya setiap kali saya lawat blog kak jie……saya memang nak tinggalkan komen,tapi bila baca entry kak jie yang berbunga2 tu, saya hilang kata2…..

  5. zawahil-nor says:

    betul tu Jie.cikgu panji bagi markah penuh.kita picit-picit dulu tombol kehidupan, pastu kita bertawakkal kpd Tuhan.

  6. mikaounik says:

    iyer saya terus berfikir…
    usah di fikirkan kepercayaan karut walhal jika kita mencuba tidak nampak akan salah yg terbentang andai sekadar ingin mengetahui..

    p/s lately ni entry mama buat saya terbangun dr keadaan yg sebenar..TQ mama

Trackbacks

  1. Semalam yang indah | Hidup Biar Sedap says:

    […] Walaupun version baru ini sudah lama dilancarkan,  saya takut untuk mencubanya sendiritetapi alhamdulillah saya beranikan diri memulakan sesuatu yang baru melepasi kepercayaan masa lampau, ketakutan diri dan ketidakpercayaan p… […]