Berita Komuniti Kujie : Masalah Rakan Sebaya

Surat asal seperti ini, jadi saya terpaksa ‘betulkan’ .   Susah nak ‘tangkap’ apa yang hendak diluahkan.  Baca sampai ayat keempat, ayat kedua saya dah lupa.

Jangan biasakan menulis begini di internet ye dik…. sms mungkin sesuai untuk kenalan yang telah kita kenali, lagi pun mungkin nak jimatkan ruang berbayar.  Internet bayaran tetap sama kalau guna shorform ke tidak.

saya tinggal di dengan kawan2 masih student…..masalahnya saya tidak pandai bergaul sebab saya tidak pandai mau mulakan cerita dulu jadi kawan2 semua bercerita dalam bilik saya tinggal seorang diluar, saya dah cuba ambil hati kawan tapi diaorang betul2 nampak bosan dengan saya, jadi saya lebih suka berseorangan dari bersama dengan diaorang, tiada yang sudi bercerita dengan saya, say  rasa down, dan say  langsung tak pandai bergurau,tolong nasihatkan saya,bagi pendapat tentang perkara ini

saya arsa di rumah tu tiada yang memahami saya………..tiada yang satu kepala dengan saya lagipun mereka muda 3,4,5 tahun dari saya,diaorang memanggil saya kakak,

adakah orang akan bertahan selama tiga tahun tanpa kawan

saya beutl2 bosan dirumah tu macam nak lari jer,tambahan lagi seorang kawan tu dah rapat dengan semua orang kat dalam rumah tu, saya dah dianggap macam tak wujud lagi dihati mereka kalau dulu bukan main hormat lagi dengan saya,adakah saya ni ditakdirkan begini untuk selama-lamanya – Cik  Thiahfik

Sebab dah penat mengedit dan sambung ayat menjadi panjang agar mudah dibaca, jadi saya serahkan kepada kawan² Komuniti Kujie untuk membantu Cik Thiahfik mencari jalan penyelesaian mengenai masalah membina perhubungan dengan rakan serumah.

Saya pun dah pernah menulis  mengenai perhubungan dan persahabatan – klik saja mana satu yang berkenan


Credit: Moment

Sesiapa bebas menulis ‘entri’ di ruangan komen.  Jangan melanggar Rukun Negara sudah…dan jangan guna bahasa alien.  Tak perlu skima sangat  tak perlu bahasa bombastik seperti sasterawan negara tetapi pastikan apa yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pihak yang berkenaan.

©kujie – Secerah cahaya memberi terang, seperti garam memberi rasa

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Sani Ahmad says:

    Assalamualaikum.

    sedikit analisis dan pandangan dari saya

    1. “Saya tidak pandai mau mulakan cerita dulu jadi kawan2 semua bercerita dalam bilik saya tinggal seorang diluar”.

    Pada pendapat saya, sepatutnya saudari tetap bersama rakan2 didalam bilik. sekalipun saudari tidak pandai bercerita. Tindakan saudari meninggalkan rakan dan menyendiri memperlihatkan sikap pasif saudari yang menyebabkan perhubungan saudari dan rakan bertambah renggang.

    Menjadi pendengar yang baik sudah cukup untuk satu aktiviti komunikasi yang berjaya.

    2. “saya dah cuba ambil hati kawan tapi diaorang betul2 nampak bosan dengan saya, jadi saya lebih suka berseorangan dari bersama dengan diaorang”,

    Tindakan pada hemat kita untuk mengambil hati seseorang kadang kala tidak dapat ditafsir oleh orang tersebut. Oleh yang demikian kita tidak boleh mengharapkan seseorang menghargai atau memahami tindakan kita tersebut. dan kita tidak boleh sesekali give up dengan apa yang berlaku apatah lagi menyisihkan diri dari mereka.

    Contohnya

    saya yang cuba mengambil hati ibu saya dengan mengemas rumah sempena hari raya. barang barang lama yg dah tak boleh pakai di buang dan susunan perabut diatur semula supaya nampak kemas dan tersusun.. tetapi saya dimarahi kerana membuang barang2 lama yang disimpan oleh ibu saya . dia juga dimarahi kerana mengubah susun perabut rumah tersebut.

    3. “Tiada yang sudi bercerita dengan saya, say rasa down, dan say langsung tak pandai bergurau”.

    Cuba saudari fikir sejenak, sebab apa mereka tak mahu berkongsi cerita dengan saudari? kadang kala terdapat sebab musabab yang menyebabkan seseorang tak mahu bercerita dengan kita. antaranya;

    A. sikap acuh tak acuh.
    Kadang kala seseorang tu dah malas nak bercerita atau bersembang dengan kita disebabkan sikap acuh tak acuh kita. time orang bercerita dengan kita, kita buat kerja lain, memandang ke lain, tengok tv, buat kerja, berkhayal dan sebagainya. perbuatan ni menunjukkan kita tidak berminat untuk mendengar.

    b. memotong cerita.
    ramai yang menyampah bila belum sempat dia habis kan cerita dah kena potong ceritanya. last2 cerita tuh tergantung macam tu saja. tak sempat dihabiskan.

    c. mengkritik keterlaluan
    kadang kala seseorang tu bercerita kepada kita sekadar meluahkan perasaan bukan untuk dikritik. tetapi kita gi bantai kutuk “kaw kaw”. Kecik hati orang yang bercerita tuh

    d. Buat derk jerk.
    Ada sesetengah orang, bila kita bercerita dengannya, dia tidak memberi sebarang respond atau pandangan bila di minta. so pencerita tadi akan rasa menyampah, bengang dan sebagainya.

    e. Persamaan Cerita
    Kadang kala ada orang yang bila saja orang cerita mengenai sesuatu, pasti dia mengatakan dia juga pernah sedemikian. kebetulan yang keterlaluan ni menyebabkan kadang kala orang malas nak berbual dengan kita.

    aku pun pernah…
    kakak aku pun pernah..
    mak aku pun pernah..
    kucing aku pon pernah..

    f. Faktor lain
    kadang-kadang seseorang tu tak mau bersembang atau bercerita dengan kita disebabkan faktor2 lain. kita ingat seseorang tu tak mau bercakap dengan kita disebabkan perangai kita yang (X) rupa-rupanya mereka tak suka bercakap dengan kita disebabkan kelakuan kita yang (Y)

    4. “Tambahan lagi seorang kawan tu dah rapat dengan semua orang kat dalam rumah tu, saya dah dianggap macam tak wujud lagi dihati mereka kalau dulu bukan main hormat lagi dengan saya”

    Kenapa “seorang kawan tu” menjadi rapat dengan semua orang? Dan kenapa anda melihat ia sebagai suatu halangan dan punca anda tidak lagi dihormati? jawapan kepada persoalan ini hanya ada pada diri saudari.

    KESIMPULAN

    1. Saya cadangkan kepada saudari supaya cuba suatu masa, duduk termenung, analisa balik diri, kenapa dan mengapa semua ni terjadi. semua persoalan yang sedang saudari hadapi ini, hanya saudari dapat menjawabnya. if terdapat sikap atau perbuatan negatif yang tidak disukai mereka, cuba ubah. mengubah perangai negatif bukan sahaja bermenafaat kepada diri sendiri tapi juga orang lain.

    2. Cuba cari persamaan. Tidak perlu paksa diri untuk menjadi mereka. just cari persamaan yang boleh berkongsi cerita dengan mereka. Contoh saudari dan mereka memang “die hard fan” suka tengok cerita korea ker, doremon ke, teletubies ke.. so itu dah dikira persamaan. cuba bersembang dengan mereka mengenai hal2 yang anda semua mempunyai persamaan.

    3. Cube cari kelebihan anda yang mereka senangi. kadang kala ada kelebihan diri kita yang orang lain suka. contohnya pandai memasak ker, suka mengemas ke, pandai melukis ke, pandai menyanyi ker.. then relate dengan mereka…

    4. berdoalah. Banyakkan berdoa. sesungguhnya Allah mendengar doa2 hambanya.

    Apa2 pun saya doakan agar saudari dapat menyesuaikan diri.

    ************

    *Sorry kak jie.. terober la pulak mengulasnye. 🙂

    Selamat hari raye.
    Sani Ahmad
    dsantai

  2. mrs jamal says:

    x pernah ada masalah macam ni..kalau kita pandai bawa diri pergi mana pown orang suka…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..MariposaMy Profile

  3. norsaritanaini says:

    erm..penah alami keadaan macam ni…rasa tersisih dan disisihkan oleh osmet…tiada punca tertentu, tapi kadang-kadang penyebab mungkin dari kita sendiri…kita takleh paksa orang terima cara kita dan kita pun tkleh paksa terima cara orang…tapi dah namanya serumah, nak taknak tak bolehla hidup terasing…kadang emosi memainkan peranan penting…jangan cepat terasa (mcm sy kalo time nk period cukup cepat terasa ngn osmet, padahal dorang tkde apa2 pun, kita jer yg lebih2 emo)…kena kontrol emosi sendiri..kalo rasa tersisih ke apa ke, cuba ajak dorang kuar gi makan ke..gi jenjalan ke..window shopping ke…kena banyakkan berhabisan masa dengan dorang…kalo dh buat aktiviti sama-sama, takkan tersisih dah kan…
    tapi kalo dah tak boleh sangat, pindah jerla..maybe itu jalan terbaik..bahagia boleh dicari di mana-mana asalkan kita ikhlas menerimanya…
    Jom terjah post menarik dari norsaritanaini ..Gathering Buka Puasa GengBloggerComMy Profile

  4. betul..
    tak semestinye kena berubah semua semata-mata nk kawan..
    tapi benda2 yang negatif tuh mmg patut ubah la kot.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..TAIWAN – Al – kisahnye di Tainan part 1My Profile

  5. mungkin kena ubah diri sendiri dulu kot.. cuba ubah supaya kita lebih mesra dengan org.. mmg susah lau perkara tu dah sebati, tapi tak salah mcuba. cuba tgk diri sendiri, mungkin ada sesuatu yng tidak digemari oleh rakan serumah.. kominukasi sesama rakan adalah ptg.. bincang baik2 dgn mereka..

    Tapi kalau dah tak boleh sgt, saya lebih suka pindah rumah, penah terjadi pada saya, di mana rakan serumah tu mmg buat hal sendiri2, sekali pun hal memasak dan menonton (tv dlm bilik sendiri, so takkan kita sesenang je nak masuk kan…). Last pindah, dan alhamdulillah, rakan serumah baru sangat baik dan still ok wpun dah tak serumah skg..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Lelaki Liat BerpuasakahMy Profile

  6. saye rase..tips yg yonn bagi ni cukup baik utk cik tu cube..yg penting lagi..jgn cepat putus asa..kene yakin diri..dan tak perlu kite berubah untuk jadik orang lain semate-mate kerna nak get along ngn member2…

    anda buat..anda dapat.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya…My Profile

  7. Hmm,,masalah jugak nih. bleh jadi down bila disisihkan lagi2 plak duduk serumah. Memang tak sedap kalau jadi macam nih. maybe ade something wrong kat sini. Bila duduk serumah or sebilik, kita mesti ramah, tanya khabar member, ucap hai,,walaupun sepatah org tetap hargai.. kalau ada problem, share dgn diorg, bincang baik-baik, nih salah satu komunikasi yg berkesan. Try catch up dengan diorg kalau bleh biar nampak natural dan bukannya dipaksa-paksa. maniskan muka dan murahkan senyuman. insyaallah ada penyelesaian nanti.

  8. mm…sedikit rumit. ini namanya malu-malu kucing. 😉

    jgn risau, ianya akan kekok pada permulaan, tapi lame2 awak akan biase. mula2, cuba belanja mereka makan murtabak atau roti john, sambil sembang ringan2, contohnya raya balik mane?.

    pastuh, kite kene buang sket rase kesenioran atau ketuaan, juga jika ada rase ego atau sedikit sumbung (sombong), maka jauhkan ia..

    trylah, sket2 lame2 jadi bukit..x salah yang tua tegur yg muda..sentiasa ingat, kawan itu penting. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Lee ..Bunga Api dan Mercun Itu Best Sebenarnya- Tapi…My Profile

  9. jawatan kosong says:

    betul tu.. setuju, mestilah senang membantu, ga kedekut, senyum, jujur tu paling penting.
    Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel TraineesMy Profile

  10. biase la tuh sis..
    saya pun macam tuh jugak, dulu pandai bergaul..tapi ntah bila stat nak menyepi jek..kadang-kadang duduk 1 rumah ngan member pun buat hal sendiri jek..
    Kadang-kadang bukan semua orang boleh masuk ‘kepale’ dengan kita. Maybe belom jumpe lagi tuh, bila dah jumpa nanti. Insyallah akan jadi pandai bergaul,bergurau dan sebagainya.
    Kalau nak kenal strangers2 nie bukannye boleh sehari dua, bagi yang pendiam nie selalu nye amik mase yang lame.. Maybe dalam sebulan or 2 bulan. Selalunya yang pendiam nie dia suka perati dulu ahli-ahli dalam rumah tuh. Lepas dah tau ‘kepale’ masing-masing macam mane.. Baru la kita stat bergaul..

    p/s : antara komen paling panjang sya penah bagi nie..hahaha
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..TAIWAN – Al – kisahnye di Tainan part 1My Profile

  11. setuju ngan cadangan ini…
    mulakan persahabatan dengan berminat untuk tahu tentang diri orang tersebut, bukan bercerita tentang diri kita sangat, orang suka kalau kita ambil berat tentang dirinya, makan minumnya, puji ikhlas tentang make upnya, rambutnya, tudungnya, bajunya….
    selalu tersenyum
    ambil hati rakan-rakan, ringankan tulang, jangan mengungkit
    sekali sekala masak untuk diorang
    membina persahabatn kena ada usaha sedikit, jangan harap sangat orang memula langkah

    kalau semua tak berkesan….
    pinda… cari kawan baru, ramai lagi di luar tu
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..JiwaMy Profile

  12. Sir Marcello says:

    aku jenis yang payah nak start conversation ngan stranger..tapi aku ada cara nak rapat ngan depa selain memulakan bicara…first kenali “kepala/ketua” depa…then “belanja lah aiskrim ke, choki-choki ke”…kenali orang tue dahulu sebelum nak mereka kenali kita…
    Jom terjah post menarik dari Sir Marcello ..Menulis Kad RayaMy Profile

  13. kena memulakan langkah pertama la, cuba jadi peramah dengan housemate, tinggal serumah, byr bill sama-sama kan? duduk bertemu mata, tapi… kalau tak tahan juga, pindah rumah baru la, takpun buat hal sendiri 😉
    Jom terjah post menarik dari cha ..DiluluskanMy Profile

  14. duduk rumah sewa kena sentiasa memahami antara satu sama lain, baru lah seronok. Kalau boleh, kenali ahli rumah sewa tu seorang demi seorang dan jangan jadi pendiam. Kalau pendiam, nanti tak best pula tinggal di rumah sewa tu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Hampir seharian di Batu PahatMy Profile

  15. Sebenarnya tu semua melibatkan ‘tune’ atau ‘boleh masuk kepala’. tak semua orang kita boleh ngam (bukan bermakna ada masalah)..

    Kalau tak ngam, pindah umah je la… kecuali dapat masuk kepala tune dengan diaorang tu
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Panduan untuk mengelakkan sikap takburMy Profile

  16. agaknya, yang students tu salah faham dengan si fix tu, mereka anggap fix ni pulak tak mau bergaul dengan mereka. kan si fix ni agak dewasa sikit dari mereka. apa2pun fix, buat jer macam biasa, duduk sama berbual dengan mereka pun ok jugak, mungkin mereka akan lebih memahami fix dan mengjormati fix jika fix dapat join mereka tu… ok2 jerr… bawak rilex, k..
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Tuhan Tolong Sampaikan PadanyaMy Profile

  17. Rasanya takdelah dilemma sangat masalah cik Thiafik ni. Bukan apa manusia kadang-kadang senang berfikiran singkat dalam menilai satu-satu perkara. Senang kata cepat ‘jump to conclusion’. Masalah ni boleh diselesaikan kalau cik Thiafik sendiri yang mulakan kepada hubungan persahabatan. Betul, setiap insan mempunyai perawakan karektornya sendiri. Mungkin cik Thiafik ni pemalu orangnya. Walaubagaimanapun cuba buangkan sekejap perangai pemalu tu dan cuba bertegur sapa dengan mereka melalui senyuman atau perbualan ringkas seperti ‘eh, awak nak pergi mana? Kakak boringlah. Boleh kakak join sekali.” Rasanya mereka takkan menolak ajakan sebegitu kecuali bersebab. Andai mereka menolak sekalipun anggap sahaja,anda dah berjaya memulakan komunikasi.
    Kalau berdasarkan pengalaman saya sendiri,saya memang tak pernah menghadapi masalah untuk berkawan dengan mereka yang lebih muda atau lebih tua sebab saya memang suka bersahabat. Cuma ingatlah pepatah : berkawan biar seribu,musuh jangan dicari. Mana tau orang yang kita tak rapat tuhla mungkin orang yang akan tolong kita satu hari nanti. Selamat berkawan 🙂
    Jom terjah post menarik dari Reena ..Tips Kekal Ramping – Elak Perut Buncit untuk Para IbuMy Profile

  18. biasanya kene laa offer barang makan, shampoo, shower gel untk share2. tak pun beli ps2 utk kongsi main ramai2

  19. Banyak dah tips-tips berguna dikongsikan oleh rakan-rakan lain dalam komen-komen terdahulu. Sekadar nak tambah sedikir, benda ni biasanya terjadi disebabkan masalah komunikasi, dan kebiasaannya berpunca dari diri sendiri, salah satu cara nak atasi, belajar teknik-teknik berkomunikasi dengan lebih berkesan, membaca atau pergi seminar atau apa-apa yang membawa tujuan yang sama.

    Sebab saya juga kadangkala susah untuk berkenalan dengan kenalan baru, sebab mungkin kalau orang tak kenal, muka ni tampak sombong kot, tapi tak boleh tunggu orang lain yang dekati kita, mulakan langkah pertama. Semoga akan mendapat penyelesaian yang di cari dengan nasihat-nasihat dari komen-komen di sini. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..WordPress – Papar thumbnail bersama YARP PluginMy Profile

  20. komen kedua lol.

    dulu,zaman belajar penah lah duduk dengan housemate versi kakak2 atau versi orang yang menyendiri ni. disebabkan yonna ni jenis senang nak get along dengan orang even baru kenal, memang takde masalah nak 1 kepala dengan budak2 rumah. memang akan ada sorang atau 2 yang akan terpinggir dari kami.

    but in my situation, my click always akan ajak orang tu utk join kitorang. yelah, dah duduk serumah. kalau boleh makan sekali ke, tengok tv sekali ke.masak sama2 ke kan.

    tapi, kalau macam dah lama2 tu, if orang tu sendiri yang pilih untuk menyendiri jugak, kitorang tak ajak dah la :p sebab ada sesetengah orang memang lebih suka menyendiri. keluar cari kawan compared dgn duduk lepak dengan housemates hehe.

    so, kalau awak berkeadaan mcm ni dalam jangka masa yang lama, no wonder if diorang pun macam buat taktau kat awk. awk kena kena kena jugak belajar to fit in dalam mana2 situation.kalau diorang berkelompok tu bukan bermaksud diorang tak respek awk, tapi mungkin diorang pun tak reti nak masuk dengan awk, sebab tu diorang bawa diri masing2.

    macam yang kak tie cakap, mungkin jugak dalam hal2 rumah kita kureengg buatkan orang tak suka kita. MUNGKIN lah kan. hehe.

    s

    kalau takde cara lain jugak, awk berblogging lah macam kami ni 😀 tiap2 hari dapat kawan baru. hidup dengan internet pun best apa. tak kacau orang, tak kacau sesape. (macam tak boleh pakai tips ni sebab kita mesti bersosial jugak kat dunia luar hehe)

    selamat mencuba dengan semua tips yang diorang ni bagi. sebab ada sesetengah pernah ada dlm situation awak before. so, semestinya membantu serba sedikit! 🙂 saya cuma bagi pandangan dari segi apa yang MUNGKIN housemates awk rasa. sebab saya selalu berada di tempat diorang hehe.

  21. Pindah rumah tu maka lari dari masalah kerana rumah baru masalah baru kecuali nak duduk sorang2 macam kera sumbang.

    1. Jangan harap orang faham kita sebelum kita cuba memahami mereka.
    2. Pasti ada yg titik breaking th ice tu kena doa banyak2 semuga Allah ILHAM kan… kalau Allah nak bagi tak susah.
    3. Cari apa yg mereka suka juga cik suka (mesti ada) dan cuba jangan buat apa yg tak suka kerana itu memaksa.
    4. Amalkan ayat yg buat orang ada rasa kasih sayang kepada kita (nak ke kena bagi pulut kuning tu..heee)
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Kembara mencari LailatulQadarMy Profile

  22. selalunya benda macam ni sebab salah faham.. yang housemate ni ingat yang kakak ni takmo campur diorang… yang si kakak ni pulak ingat adik2 ni sisihkan dia…

    klu ingat zaman ade housemate dulu, ade jugak akak2 yang memang suka buat hal sendiri… jadi kita nak tegur pun pk banyak kali, walaupun sebilik sekali sekala je bertegur sapa
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..baby tak berdosa ditinggalkan di signboard gambar live di tempat kejadianMy Profile

  23. Saya pun mungkin antara spesies seperti pencerita masalah tu..
    saya tak berapa pandai bercakap dalam komuniti besar tapi boleh bercakap satu sama satu..

    biasanya perasaan ni jadi sebab kita rendah diri dan takut salah cakap.. takut dan malu orang lain gelakkan dengan kita.. tak perlu ubah secara drastik.. cuba cari perkara yang biasa member-member bincangkan.. sebagai contoh kalau budak2 suka dengan makanan, belajarlah ilmu tentang makanan sehingga kita pandai.. bila kita ada ilmu tentang tu, kita boleh masuk line nak bercakap….
    saya sendiri menghadapi masalah terutama kalau budak-budak cerita pasal kawin, awek .. memang rasa tak selesa je.. tapi takpe.. lontarkan perasaan malu dan segan tu.. campur je ngan diorang.. mungkin kadang2 kita tak mampu nak bercakap tapi kalau kita selalu bergaul mungkin ada yang simpati dan akan melayan anda juga.. sabar ye..

    kalau dlm cerita tu, cik Thiahfik tinggal dengan budak yang muda 3-4 thn.. jadi perlulah carik apa yang diorang minat.. kadang2 kena ikut gak trend diorang.. sikit sebanyak mungkin diorang boleh layan ngan anda..

    p/s :- apakata anda cuba menulis blog dan meluahkan perasaan anda.. insyaallah anda akan berubah sikit sebanyak.. AMIN..

  24. pindah je rumah….lebih mudah dan tak peningkan kepala
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Reload &amp Wow Hadiah Bernilai RM20 Juta Untuk DiMenangiMy Profile

  25. ok Cik Thiahfik… milakan langkah pertama hari ni

  26. generasi Yonna memang ada banyak pengalaman dengan housemate

  27. Terimakasih berkongsi pengalaman – harap Cik Thiahfik dapat kutip dah dijadikan panduan dalam membina persahabatan.

    Kita kena memulakan … dari diri kita
    baru kita dapat feedback dari pihak lain

  28. Tie, suka nasihat ni

    bermula dari diri kita, kita tak boleh paksa orang untuk terima kita sebagai kawan…. tiap orang ada kecenderungan dan minat berbeza… jadi jangan terus melebarkan perbezaan yang ada, cuba untuk merapatkan perbezaan dengan saling melengkapi

    nasihat mak2 berpengalaman ni….

  29. saya dulu lebih kurang macam Cik Thiahfik. Sebab tiap2 sem kena tukar bilik baru, bila dah senior diorang panggil kakak dan tak mahu masukkan saya dalam geng diorang. Tapi tak apa, bukan masalah besar pun. Banyak lagi ikan di lautan yang boleh dibuat lauk..heheh..mak saya suruh saya beli nasi ayam, dalam 30 bungkus, sedekah pada kawan2 serumah, dan seluruh student kat paras yang sama saya. Hasilnya, mereka akan lebih mudah tersenyum. Rezeki lebih murah & kawan pun lebih ramai. Lagi satu, buat-buat tanya perkembangan universiti (padahal dah tahu), jadi mereka rasa mereka diperlukan.. saya rimas kasut sepah2 depan pintu, jadi saya selalu susun semua kasut. Pastu saya rajin juga pinjam suratkhabar diorang. semua tu akan memberi mesej bahawa kita boleh masuk dengan semua orang. Kalau kes cik Thiahfik ni, housemates dia 3,4 tahun lebih muda, jauh beza tu..mungkin diorang segan, takut Cik Thiahfik fikir yang bukan2 pasal diorang, maklumlah, budak..akalnya lagi panjang & semua nak diterokanya..Ia akan jadi lebih asing kalau Cik Thiahfik ni stok2 jubah tudung labuh & dengar lagu nasyid je… 😆 😆 😆 hehehe..ni pengalaman la..
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Blogwalking Award 2010My Profile

  30. nasihat yg terkesan dihati. saya mesti pilih!

  31. rasanya dia kena mulakan membina hubungan dengan kawan-kawan tu. Mulakan dengan ajak dan belanaj diorang makan dulu ke kan. Ambil hati latu, sambil tu boleh beramah mesra. Bila dah mesra baru serasi..
    Jom terjah post menarik dari aini ..Projek Hujung Minggu 1 – Popia Simpul &amp Biskut DahliaMy Profile

  32. Err…. susah sikit ni. Susah nak beri nasihat sedangkan Tie dulu (dan masih lagi)lebih kurang macam tu laa… Orang tak minat nak berkawan dengan kita. Mungkin kerana kita ni pendiam, tak pandai bercerita dan berseloroh.. jenis skema dan innocent gitu, ekeke…

    Tapi, Tie tak kisah sangat, sebab lebih suka habiskan masa di library, dan buat sesuatu yang kita sendiri gemari (sekarang ni suka buat experiment di dapur).

    Rasanya kita tak perlu ubah diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan kawan. Sebab tak semua orang boleh menerima diri kita.

    Cubalah cari satu hobi,luangkan sedikit masa di luar, join kelab-kelab sukarelawan ke.. , sibukkan diri. Jangan perapkan diri di rumah jika dah tahu housemates tak ngam dengan kita.

    Persahabatan ni luas. Macam Tie, ni. Walaupun di tempat tinggal Tie, memang tak ada pun seorang kawan, Tie masih lagi ada ramai kawan di alam Maya.. dan mereka yang pilih Tie (walaupun Tie dah cuba mulakan langkah pertama, biasanya tak menjadi)
    .
    .
    Oh ya, kadang-kadang, orang tak suka berkawan dengan kita atas sebab-sebab lain. Mungkin kita ni kurang rajin , kurang membantu,contohnya tak pernah mengemas rumah, tak pernah ambil tahu tentang kain di jemuran, badan berbau , pengotor atau kedekut ( tak pernah kongsi apa yang kita ada), suka cakap lepas, atau kepoh atau suka mengumpat; benda-benda remeh begini boleh mengganggu sebuah persahabatan. Maaflah jika terasa. Ini hanya untuk perbaiki diri sendiri juga.

    Mungkin kita kena melihat diri sendiri dari pandangan orang lain… dari situ kita dapat perbetulkan mana-mana yang perlu.
    .
    .
    .
    Jie…. betulkanlah karangan Tie ni. Rasa kelakar lak bila baca, hihihi… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Tie ..Happy Wedding Anniversary To Me 18 years sudah…My Profile

  33. be friendly.. jujur.. ikhlas.. saling membantu.. senyum.. jgn kedekut.. memberi dan menerima… berkongsi.. tak sombong.. tak buat muka…

    ni adalah sket dari ciri2 yg perlu ada utk dok umah sewa ye..
    Jom terjah post menarik dari syahirul ..Menunaikan impian 3 blogger ke Genting HighlandMy Profile

  34. Mende macam ni perlu latihan..sebenarnya jadi yang paling tua adalah kelebihan kerana kita lebih matang dan banyak pengalaman. Kita boleh share kan pengalaman untuk panduan yang lebih muda. Tapi kita kena jugak mengembek, tahu macamana nak join diorang supaya nampak cool tetapi tetap dihormati.

    Bab buat lawak, dengar apa yang derang selalu bualkan cuba-cuba masuk tapi jangan over sangat..

    Orang mungkin tak suka bercerita dengan kita jika tak kenal siapa kita. So sebelum orang lain bercerita, kena bagi orang tahu siapa diri kita..

    Jika semuanya masih gagal, it’s time to move on..my 2 cents!
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Kalaulah Aku Boleh Terbang Macam Ikan NiMy Profile

  35. pertamanya kena yakin, pastu bila kita duduk di kalangan sutdent kita kn fahami hidup mereka

    pastu cuba untuk bergaul, buangkan sifat malu, langkah yg pertama adalah penting, selagi tak mula sampai bila-bila pun takkan berjaya

    jadi mulakan langkah tersebut sekarang
    Jom terjah post menarik dari mijie ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2My Profile

  36. kalau dah tak boleh fix, pindah rumah je lah heeee. sebenarnya, tak susah nak get along dengan strangers ni. cumanya, diri kita sendiri lah kena pandai2.

    apa kata kumpul 1 rumah, cakap depan2. maybe benda tu boleh membantu? at least awak ada some effort 🙂 dari berdiam diri, pinggirkan diri sendiri, tu lagi sakit jiwa.

    cuba jadi macam diorang. i mean boleh masuk dengan sesiapa ja. kalau diorg ajak keluar, awak keluar.kalau diorang tengah story2 gossip2, awak cuba lah sampuk sikit2.belajar gelak-gelak and share stories dengan diorang. i’allah awak boleh punya.

    semua orang pun bermula dengan zero friends 🙂 seronok tau dapat get along dengan budak2 serumah 😀
    Jom terjah post menarik dari yonna ..NURULISMCOM – CONTEST DIALOG TIGA HATIMy Profile