Bertujuan, bermusim atau pun sepanjang hayat

By Jie, 10/06/2009 12:12 am
Tadi saya sempat berYM dengan seorang kawan. Kawan lama.

” Jie, awak tahu, awaklah kawan paling lama alam maya yang saya pernah ada”

Saya bagitahu dia, saya hanyalah salah satu episod dalam pentas kehidupan dia. Saya salah seorang watak yang dia temui dalam perjalanan hidupnya. Seperti juga sungai yang akan mengalir terus dan disepanjang perjalanan ke muara akan temui berbagai liku, lubuk atau pun pantai yang indah.

Orang-orang yang hadir dalam hidup kita kadang-kadang bertujuan, kadang-kadang pula bermusim atau mungkin juga untuk sepanjang hayat!

sebuah kisah hidup yang terlalu panjang untuk diucap ...terlalu dalam untuk dikupas... terlalu rumit untuk diingat...terlalu indah untuk dibiar tanpa erti....©Kujie

sebuah kisah hidup yang terlalu panjang untuk diucap ...terlalu dalam untuk dikupas... terlalu rumit untuk diingat...terlalu indah untuk dibiar tanpa erti....©Kujie


Jika yang datang itu bertujuan dia seringkali menepati apa yang kita cari. Dia akan membantu dalam susah dan senang, akan membimbing dan menyokong kita dari belakang. Dia di sisi sebagaimana yang kita inginkan. Kemudian, tanpa sebarang perselisihan faham atau mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan, dia akan  meninggalkan kita. Mungkin kerana waktunya sudah sampai (mati), atau sekadar meninggalkan kita begitu saja. Atau mungkin juga meninggalkan kita untuk memberikan kita ruang untuk bertanya dan bermuhasabah diri setelah sesuatu perkara yang diperkatakannya memerlukan kita mengambil waktu untuk berfikir.

Jika yang datang itu bermusim, dia tentunya hadir kerana giliran kita untuk berkongsi dan belajar sesuatu melaluinya telah tiba atau tertulis. Melaluinya, kita akan menikmati ketenangan. Kita akan terhibur dengan gelagat dan gurau-sendanya. Atau mungkin juga, dia akan mengajar kita tentang sesuatu yang tidak pernah seumur hidup kita lakukan (atau terfikir untuk lakukan!). Biasanya, orang yang datangnya bermusim ini akan memberikan sesuatu (kemeriahan/kesedihan/ketenangan) yang sungguh luar biasa! Namun cuma untuk semusim…atau mungkin untuk beberapa episod/musim dalam hidup kita.

Jika yang datang itu kekal sepanjang hayat, dia akan hadir bersama pelajaran yang akan mendewasakan kita. Tugas kita ialah untuk menerima pelajaran yang dibawanya itu, menghargainya dan mempraktiskan setiap apa yang dipelajari bersama itu kepada orang lain.

Apa pun yang datang tentunya ia menjadi sebahagian daripada kehidupan. Yang pahit yang manis, yang datang dan yang pergi. Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa mungkin kerana sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai atau pun kerana kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Apa pun keadaannya, jika  bukan menjadi hak kita tak perlulah  ditangisi.

Post Lain Yang Berkaitan

32 Responses to “Bertujuan, bermusim atau pun sepanjang hayat”

  1. hazeleyed says:

    :grin:
    ….memang kite suka yang ini awak….
    So…who are we to judge…….Qada’ dan Qadar

  2. haimi says:

    hai. bleh masuk group?

  3. GreenLava says:

    Salam,
    Teringat kawan-kawan sekolah dulu, sekolah asrama penuh, jadi memang rapat bangat. Tapi sekarang dah buat hal masing-masing.
    Apapun, kawan bermusim ke, sepanjang hayat ke, masa kawan tu kawanlah seikhlas, sebaik mungkin.
    GreenLava´s last blog ..Showing title only in archive and label pagesMy ComLuv Profile

  4. AyKay says:

    kak jie,

    kekadang teman maya ni memang macam maya lah, tak lekang dari monitor tapi tak tersentuh dek tangan… sat ada sat tak de, macam kupu2 malam.

    dari awal zaman tenet sampai now ni, saya cuma ada sorang je,,dari kawan maya kpd sahabat maya then jadi kawan luar then jadi sahabat diluar sampai now nih,,, dah tujuh tahun…. cuma tak jadi gewer luar je,,pasal kita memang dah ada pacaran masing2 hihihhi
    AyKay´s last blog ..Marah Tahap GabanMy ComLuv Profile

  5. mamaafini says:

    Salam,

    Terkilan rasa hati seorang sahabat yg paling akrab suatu ketika dulu kini buat kita mcm musuh tanpa sebab,tanpa berita, selisih tidak bertegur sapa….saya tetap berdoa semoga ada harapan bertaut kmbali…

    • Jie says:

      @mamaafini, sy pun bersikap mcm tu…dgn sesetengah org hingga berbagai prasangka buruk dilemparkan…ttp sy ada sebab tersendiri yg kata org’ di luah mata mak, di telan mati bapa’…jadi biar kan saja diri menjadi ‘org dipersalahkan’

      kadang2 byk kata2 yg nak diucapkan tetapi ada banyak lagi kebaikan dr berdiam diri…. sy tak salahkan org2 yg menilai buruk ttg sy kerana sy ttp melihat diri sy sendiri yg ‘tidak menepati piawaian sebagai seorg sahabat yg diperlukan’

      itulah…tak perlu berharap…jalani hidup ini mengikut aturan masing2 :lol:

  6. suara says:

    Salam kak jie…
    Bagi Su, sahabat yang paling setia dan sentiasa bersama ialah suami. :)

    suaras last blog post..Bila Izrail datang memanggil….

  7. iza says:

    kategori musim durian ada tak :mrgreen:
    salam dari kejauhan

    nak masuk umah sendiri tak boleh, tak tau pasal apa, so mai jalan2 umah kak jie dulu lah :cool:

    • Jie says:

      @iza, rumah tu ade security kot..dia tak bagi masuk sbb ade virus…hahahaha

      selamat bercuti iza….jaga diri lek lok

      • iza says:

        @Jie, Kak Jie, semua blogspot tak leh masuk lah kak jie…hurm agak2 kena banned kot yer di sini.. sekarang pukoi 6pagi, dah terang benderang uhuk uhuk. Syuruq ja pun 4.44 :mrgreen: siang panjaaaang. sib baik bukan bulan posa hehhee

  8. juliet says:

    seronok kalo ada kawan yg sekepala ngan kita.

  9. maza says:

    kawankah kita?

    hmmm…. :wink: :wink: :wink:

    mazas last blog post..Orang Johor

  10. suealeen says:

    adakah saya kawan yang bermusim itu? hehehe :mrgreen:

    suealeens last blog post..Tepuk amai-amai…

    • Jie says:

      @suealeen, apa pun status dia, dia ttp ade peranan masing2…masalahnya kita selalu claim kwan kita mcm itu mcm ni…hanya mengikut kehendak diri kita tanpa kita sedari dia juga adalah individu yg punya jalan hidup dia sendiri.

  11. KampungBoy says:

    Tula…kawan seribu
    tapi kawan yang dinamakan sahabat belum tentu
    senang datang dalam hidup

    KampungBoys last blog post..Kad Debit Al-Rajhi vs Public Bank

    • Jie says:

      @KampungBoy, kita tak kan dpt kalau tak memberi

      so..kak jie tak berikan apa2 sumbangan pn pada kawan2..jadi tak de lah nak harap agar diri kita diterima ‘kehadiran’nya…. :grin:

  12. en_me says:

    kakjie, kiter kawann kannns.. ehehe

    en_mes last blog post..kalau asal blog yg baik, dicampak ke laut menjadi pulau

  13. zino says:

    bak kata pepatah .. berkawan biar seribu.. ada kawan yg akan kekal lama dan ada kawan yg macam yo yo dan ada juga yg tak boleh buat kawan hehe

    zinos last blog post..sapo dapek jawab?

    • Jie says:

      @zino, tiap org berbeza keperluan dlm hidup kita, mcm tu juga saudara mara, adik beradik dan kawan …. kita sediakan ruang yg sebagaimana kehadiran mereka

  14. Abang Long says:

    Salam hormat wahai Kujie.

    Apa yang penting – K.I.T.A adalah – TEMAN TAPI MESRA.

    Abang Longs last blog post..KISAH SEKS (4) POLIGAMI

  15. cahyaimani says:

    masa bukan penentunya. yang penting ialah kesetiaan. biar jarak dan masa memisahkan, namun biar hati bertautan.

    dunia bermusim, langit bermasa, hanya Dia Yang Kekal Abadi.

    cahyaimanis last blog post..Saya Kini Menggunakan Disqus

  16. ubey says:

    dalam maksud ni.. mm. realitinya, susah nk cari kawan yg btul2 sejati. kdg2 kwn yg kita pandg sebelah mata byk berkorban utk kita

    ubeys last blog post..Life as a first poster…

  17. kruel74 says:

    Hari ini saya bertemu pelbagai manusia yang bercerita tentang persahabatan. Kadang-kadang itu lah yang paling dirindui bila dahulu di sekolah dan uni masa bersahabat sangat mudah. Kerana berblog saya kembali sebegitu…

    kruel74s last blog post..Like a virgin, again… (and get paid for it)

Panorama Theme by Themocracy