Buat apa kau sibuk, kubur masing-masing

Saya minta maaf sebab ada banyak komen yang tak sempat dibalas ada ramai kunjungan tak sempat diziarah. Momentum hilang kerana lemak tepu sup tulang korban Aidiladha.:mrgreen:

Update ringkas ini saya nak balas komen seseorang merujuk pada posting saya di sini

kubur masing-masing, Jadi aku tak kacau korang buat apa la korang nak sibuk jaga tepi kain orang lain..Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga.

Ungkapan itu salah! Jangan menegakkan benang yang lencun basah ditimpa hujan.

Kerana kubur masing-masinglah saudara seislam kita yang lain mengambil berat tentang diri kita kerana mereka melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan ke atas semua Umat Islam iaitu mesti menyampaikan nasihat/dakwah dalam apa pun keadaan dan bentuk.

Kerana kubur masing-masing jugalah mereka menasihatkan kita supaya  Islam itu tidak dipandang hina oleh orang lain.

Kerana kubur masing-masinglah mereka menegur kesalahan  kita tadi  kerana mereka yakin tentang gambaran pada Hari Pembalasan. Ketika semua manusia akan dihitung amalannya dan dipersoal  apa yang telah dilakukan ketika hayatnya di dunia.

Waktu itu kita akan saling tuding menuding ke arah orang lain semata-mata takut dicampakkan ke dalam Neraka . Jadi daripada mereka akan dipersalah nanti , sepatutnyalah mereka menegur dan memberi peringatan agar tudingan itu nanti tidak terbeban keatas mereka kerana mereka telah menjalankan kewajipan tersebut.

Ingatlah dan jangan lupa , memang kubur masing-masing tetapi mengajak manusia ke jalan kebaikan adalah ajaran Islam. Ilmu Allah tidak terpilih-pilih dan semua makhluk beragama Islam harus patuh pada seruan agamaNya.

Di dalam al-Quran Surat Al-Anfaal Ayat 25 mengatakan:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. .

Saya pernah mendengar satu ceramah yang dipetik dari sebuah hadits  ( maaf, saya lupa ) yang menyebut bala Allah itu tertunda apabila ada salah satu diantara 3 perkara ini,

Yang pertama : selagi masih ada bayi-bayi yang menyusu pada ibunya – Jadi jangan takut beranak ramai-ramai  dan menyusu sendiri anak-anak kita.

Yang kedua : Selagi ada binatang-binatang yang memakan rumput (makanan)
Yang ketiga : selagi ada yang bangun malam sembahyang tahajud

Siapa lagi yang berani nak cakap “buat apa kau sibuk, kubur masing-masing” sedangkan kubur kita pun orang lain yang gali.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ermmm…orang mcm ni kan kak berfikir guna kepala lutut bukan kepala hotak

    yang penting kak jie mmg best 😀

    angrianis last blog post..Tautan Kenangan

  2. kubur lain2? lame. hu hu

    setuju ngan kakjie. sbb kubur lain2 la kite kene saling tegur menegur kn. hm..

    farahs last blog post..Holiday 2: Brisbane – –

  3. itu lah bila emosi dan akal menjadi panduan hidup..
    nak belajar kena berguru.. nak berguru cari guru yang semua orang boleh nampak.. jangan berguru dengan tok guru dalam gua atau nyorok2..

  4. Salam kak jie…
    Su selalu ingat kata-kata arwah mak, “menegur kesalahan tu tandanya sayang.”
    Lalu su pegang prinsip yg sama, ‘su menegur kerana sayang, dan su harap ada yg sudi menegur bila su buat salah, kerana ia buat su rasa disayangi’ (ceh, perasan le pulak. hehe).

    Bukankah sebagai sesama insan, apatah lagi saudara seIslam, kita harus saling menyayangi?

    suaras last blog post..Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 2)

  5. Dah lama dah tak ke sini. Khairi still ingat lagi ada orang pernah cakap macam tu depan Khairi. Yerlah, hal orang hal orang, hal kita hal kita

    Kalau ikutkan dalam Islam, kita tak boleh macam tue. Kita kenalah saling memperingati antara satu sama lain. Amar Makruf nahi mungkar.

    Nahi mungkar tu maksudnya Mencegah kemungkaran. Biler kita lihat kat sini, ia bukannya bermaksud TIDAK melakukan kemungkaran tetapi MENCEGAH dari kemungkaran itu berlaku. Jadi kerja mencegah dari berlakunya kemungkaran itu dari berlaku adalah wajib bagi setiap insan bergelar manusia.

    Hehehe Khairi pun tak ler pandai sangat agama. Sekadar komen je

  6. kubur masing-masing? isk kalau dah menjerit terpekik terlolong camner jiran dalam kubur sebelah nak rehat .. kot kena bom kang kubur sebelah sebelah kena juga kan?

    Berfikir sebelum berkata bukankah lebih mudah jika dah salah terang dan nyata mengapa perlu terus berdebat yang sia-sia 🙂

    salam kak jie 🙂

  7. hehe aku selalu jawab camni je
    “sebab kubur lain2lah aku kena bagi nasihat kat korang, kalau kubur sekali boleh gak tolong…ok”

    KNizams last blog post..Aplikasi Terbaru Drpd GMail – “Tasks, Text Messaging in Chat in Gmail” !

  8. selalu jugak jumpa yg ckp gini, kubur lain2 kononnya.

    owh. hadis tu menarik. tentang 3 perkara Allah tangguhkan bala. 1st time baca. thanks ma 😀

    • @diya, mereka kata suka hati lah kubur lain -lain..
      tapi mereka tak sedar bila Allah nak turunkan bala Dia tak bagi kat orang tertentu saja..sekali Dia turunkan bala semua akan rasa..

  9. hm..maybe sebab pemahaman org lain2 kot..
    maybe sb derang nak kena seksa dlm kubur sb 2 la derang xkisah… 😯

    Callisters last blog post..Keys and worm

    • @Callister, dan tugas kita memberi pemahaman…mgkn sedikit yg mendapat manafaatnya..tetapi sekurang2nya kita berusaha

  10. amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua.cuma kita mesti ingat, tugas kita menyampaikan/menasihat dan yang memberi hidayah adalah Allah swt.

    cikgu panjis last blog post..Terapi Lepas Banjir

    • @cikgu panji, tak perlu salahkan org lain kerana kita yang tergelincir..bila diberi kesedaran sepatutnya berusaha membaiki diri bukan menegakkan benang basah…

      hujan dah turun tu cikgu

  11. sepatutnya kita bersyukur jika ditegur, bermakna ada yg ambil berat…janganlah nak sombong sangat..

    Lan Bingkas last blog post..Los dan Faun

  12. chuckiesd says:

    Sebagai Islam kita perlu nasinhat menasihati..ingat kawan2 yang lain kalau ader salah..semangat keislaman kita tu penting..jgn kita je nak jadi bagus…ajak orang lain jadi bagus dunia dan akhirat jugak.. 😆

    chuckiesds last blog post..Jangan laa memalukan anak.

    • @chuckiesd, Orang yang bagus akan menarik orang lain untuk jadi bagus.Orang yang tak bagus akan menarik orang lain untuk jadi tak bagus.Orang yang macam bagus akan menunjukkan hanya dia sahaja yang bagus, dan orang lain tidak.

  13. bak kata Abang Long tu, ustazah kat sini pernah cakap, orang Islam tak boleh dikebumi dekat dengan orang kafir. sebabnya, nanti bila orang kafir disiksa, orang islam disebelah akan dapat kesannya. Memang dia tak rasa tapi, seolah-olah kita nampak orang kena siksa.. tak best kan. Macam tu jugak lah kalau orang yang banyak dosa dekat dengan orang yang banyak pahala..

    Lagi satu, kalau nak kira kubur masing masing, tak payah lah Nabi s.a.w. beriya-iya menyuruh umat buat baik.. da kubur masing-masing kan..

    Lagi satu kan, kalau kita tak menyuruh buat kebaikan, nanti dibimbangi kita akan dipersoalkan oleh orang2 ni.. dia ni tak bagi tahu saya.. haaaa… masa tu ingat kubur masing2 ke??

    Takpe kak Jie, tanggung jawab kak jie dah lepas lama dah.. esok, kalau orang tu nak salah kan Kak Jie, cakap lah balik.. ak yang kata kubur masing masing kan..

    tak senonoh.. orang bagi nasihat, cakap macam tu.. grrrrr!!!

    Neezas last blog post..Sabar.. sabar..

  14. IDRIS_JUSOH says:

    hahaha.. what a stupid statement, kubur lain-lain :mrgreen: .. mmg le kubur lain2, tp nak kene ingat, SEKSA KUBUR PUN LAIN2 BEB..

  15. menegur itu perlu…

    arins last blog post..Khamis Yang Kejap Panas Kejap Mendung

  16. Ditakdirkan KITA MATI RAMAI RAMAI dan DIKUBURKAN DALAM SATU LIANG. Bagaimana agaknya ?

    Yang penting sebagai seorang muslim yang mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH. Maka setiap dari kita WAJIB untuk memberikan nasihat dan teguran.

    Kak Jie, teruskan memasukkan entri yang baik untuk renungan bersama.

    Abang Longs last blog post..KHUTBAH & KUIZ.

    • @Abang Long, Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam, menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka berbuat yang tidak baik adalah kewajiban dalam agama Islam.

  17. “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.kecuali orang2 yang brriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
    Selagi kita nie beragama islam..WAJIB..kita mengingatkan saudara seislam kita..bukan masalah kubur lain2..tapi kalau Allah turunkan bala..semua rasa..jadi bila kita sudah mengingatkan kesalahan saudara kita..sekurang2nya bila bala itu datang..kita sudahpun menjalankan tanggungjawab kita kerana Allah..moga2 kita bersama org2 yang solleh..

    izzahs last blog post..Bencana@ingatan?

  18. Walaupun Am bukan bijak pandai ugama tapi nak komen sikit juga, setuju kita tak boleh cakap macam tu.

    Memang kubur asing, takkan nak masuk semua satu kubur kan TAPI kita sepatutnya menasihati sesama islam. Dia salah kita tegur dan bila kita tersilap kita harap ada orang tegur pula.

    Kadang kala kita pandang islam dari pandangan mata kita sendiri bukan dari pandangan islam itu sendiri, kita komen melalui ilmu dan akal kita tanpa ilmu ugama yang kita patut belajar. Kerana itulah ada yang kata aku minum arak untuk panaskan badan, salah ker. Memang salah kerana arak itu haram.

    Banyak lagi cth dan paling Am takut bila kita cakap tanpa berfikir kita akan menjebak orang lain dengan pendapat kita yang tak semestinya betul.

    ps: soory tuan rumah, panjang ler pulak hehehe

    Ams last blog post..Bercerita tentang SALAM

    • @Am, bila dah keluar fatwa , tak perlulah kita bertekak lagi, menyalah orang itu atau orang ini – mencari sebab untuk membetulkan diri sendiri walaupun itu adalah salah.

      Kalau tak boleh berubah sekelip mata, sekurang2nya kita berusaha kearah kebaikan bukan sebaliknya menyalah orang lain kerana kekeliruan kita …

  19. :roll: selagi kita hidup kat dunia ni, selagi namanya kita umat Islam, selagi kita ni mengaku nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Allah tu Rabb kita, selagi itulah kita kena tegakkan amar makruf nafi mungkar, sekadar yang terdaya. Yang berkuasa dengan tangan, kalu tak upaya dengan lisan, dan paling akhir benci dalam hati…itu yang paling lemah selemah2 iman…maknanya, kalu itu pon takda, nauzubillah takda iman ler…

    Sekarang ni banyak sangat maksiat yang dilakukan secara terang2an. Para ulamak tak senang duduk dalam menangkis pengaruh maksiat itu. Dalam pada aitu, ada gak kalangan org Islam yg biul, mempersoalkan pulak pandangan para ulamak ni.. kan ke bahaya tu dari segi keimanan…

    Bagi mereka yang berkata kubur masing-masing, so jangan jaga tepi kain orang… sorang ulamak kata, takpalah dik oooi kalu kita mati, kubur kita duk jauh2… yang kita risau tu kalu kubur awak jadi jiran kita… kita nak rehat tak boleh kerana asyik dengau engkau menjerit kena godam dik malaikat.. Wallahualam

    • @U.N.C.L.E, ulasan UNCLE padat dan sekiranya seseorg itu benar2 terbuka hatinya, tentu saja mendapat manafaat dari perkongsian ini

      takut kena godam…skrg ni tanah kubur makin sempit, malah ada yang bertingkat2…masing2 dpt dengar jiran tetangga …

  20. Kak Jie, sebenarnya ada perbezaan apabila seseorang itu mula bercakap. Apabila perbezaan itu tidak disedari, maka muncullah kata-kata dari hati, bukan dari akal.

    * Mereka perlu mecari perbezaan antara RASIONAL dan EMOSIONAL. Tul tak Kak Jie?

    rohaizads last blog post..Ku Tunggu Jandamu.

    • @rohaizad, Betul lah tu… kadang2 lebih baik diam, kita sebagai orang awam yang insyaAllah akan sentiasa mengikut ulama’ setelah Allah swt dan RasulNya .