Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru …Cuma Ajakan

Hari Guru disambut pada 16hb Mei setiap tahun. Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah  ‘ Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara ‘

kad ucapan hari guru

Untuk sambutan Hari Guru tahun ini saya ingin mengajak kawan-kawan blogger saya yang comel dan handsome untuk melakukan sesuatu yang dianggap mudah sempena Hari Guru.

Beli atau buat sendiri kad ucapan hari guru dan hantarlah kepada pihak sekolah anak-anak kita.

Saya dah beli 3 – 1 untuk sekolah rendah Intan tahun lepas ( sjkc), 1 untuk MRSM Angah tahun lepas dan 1 untuk sekolah Intan sekarang yang juga bekas sekolah Along & Angah.

Menghormati guru bukan saja adab seorang murid ( anak² kita ) tetapi sebagai ibubapa, kita juga dituntut untuk menghormati guru kepada anak² kita.  Sekeping kad yang kita hantar sebagai ibubapa kepada sekolah ( bagi pihak guru) tentu saja menghasilkan impak/ aura positif  kepada persekitaran sekolah tersebut.  Perkara-perkara kecil ini juga sebenarnya amalan baik yang kita pamerkan kepada anak-anak supaya  menjadi contoh dalam kehidupan masa depan mereka nanti.

Saya tahu ramai yang akan mengeluarkan seribu satu cerita negatif atau rasa tidak puashati pada sesetengah perkara kepada guru ( saya pun, kadang²).  Ini adalah rasa normal bagi  manusia yang serba tidak sempurna, tetapi untuk sehari dalam setahun , apa salahnya kita sebagai ibubapa berbuat sesuatu yang kecil untuk  menghargai guru kepada anak-anak kita.

dah…. dah… pi beli kad!

 

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuk akal, hati , rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku .  Ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan  dan kepahitan  – Syeikh Dr Yusof  Al-Qaradhawi.

©kujie – we never know until we lose it…..

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. “Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru

    Jom terjah post menarik dari http://google.com ..http://google.comMy Profile

  2. Saya belum pernh melakukan ini dan kedengarannya sangat bagus, setidaknya mengajari anak kita untuk selalu ingat dan menghargai akan jasa para guru mereka..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Beberapa Situs Penyedia layanan Statistik dan Analisa Trafik BlogMy Profile

  3. Saya rindu nak pergi sekolah rendah saya dulu. Petang semalam, kebetulan lalu sana, dan singgah sebentar melihat perkembangan sekolah… Jumpa pak cik Jaga yang masih sama masa saya sekolah dulu.

    Ramai guru yang dah berpindah, hanya sempat mengirimkan salam sayang dan rindu kepada mereka melalui Pak cik Jaga tersebut… :)
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..TERDAMPAR MATIMy Profile

  4. Nak ajak anak2 buat sendiri lah , kakak tu suka benda2 gini ,

    thanks ingatkan saya kak..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..UNICEF : Kematian Ibu Semasa Melahirkan Boleh DielakkanMy Profile

  5. John Johny says:

    Johny masih ingat lagi cikgu cikgu dan cikgi cikgi thanks

  6. saya tak pernah terfikir tentang perkara sebegini sebelum ni..cuma ingat hari guru cuma disambut oleh anak murid dan guru..

    memang bernas dan sepatutnya para ibubapa yang anaknya bersekolah buat camni jugak sebagai penghargaan kepada guru yang mendidik anak anak kita semua..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..PoslajuMy Profile

  7. kingbinjai says:

    oh oh ide yang sangat bagus

  8. salam kak,
    Bila ingat balik zaman menakal masa sekolah dulu terasa banyaknya nak kena mintak maaf dgn cikgu.. Dan terima kasih sbb tak jemu dalam mendidik anak bangsa

  9. bagusnya kak jie..

    jangan lupa kad kt saya satu..nt saya emel alamat..hehe

    saya masih kenangkan jasa guru² yg mengajar saya dulu, walaupun pernah diketuk kepala sampai nampak bintang ;)
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Darwisy Berlatih Bermain SquashMy Profile

  10. guru2 patut dihargai atas jasa mereka..terima kasih cikgu…anak2 blm sound lagi nak belikan hadiah apa utk cikgu2 mereka…
    Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..SEPETANG DI RESTORAN HASSAN MOHD ONG, KOTA TINGGIMy Profile

  11. anak2 saya blom sekolah lagi..tapi mungkin nak belikan kad ini untuk isteri tersayang @ guru juga….
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Give Away | Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30My Profile

  12. Anak-anak saya belum lagi beritahu selain akan ada peperiksaan lebih awal atas gesaan PIBG.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curveMy Profile

  13. Anak saya ada bagi tau hari tu..dia plan nak beli kad dan kek untuk cikgu dia..

    • itu memang biasa, anak2 bagi hadiah dan kad kepada guru masing2
      yang kak jie cerita adalah -kita sebagai ibubapa yang hantar kad

      terimakasih cikgu kerana telah mendidik anak saya….gitulah lebih kurang

      bahagian ibubapa yg ucapkan pada cikgu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bukan Merungut Cuma Berkongsi Jalan HidupMy Profile

  14. hehehe untung cikgu kalau semua ibu berfikiran seperti kak jie

    • kadang2 terjumpa ibubapa yang ada mcm2 rungutan dan terasa hati dgn guru anak2 dia
      sebenarnya keadaan tu tak berapa baik….utk proses keberkatan anak2 kita menuntut ilmu
      kalau pun level atau taraf ibubapa lebih tinggi dari guru kepada anak kita, kita tetap juga perlu menghormati beliau…. ini dah tertulis dalam kitab ulamak terdahulu….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru …Cuma Ajakan My Profile

  15. assalamualaikum kak jie…
    happy belated mother’s day…
    hehehe…
    lama tak tinggalkan jejak kat sini…
    <3