Gurauan

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai ‘al-mizah’.

Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; “Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia.” (Hidayatus Salikin: 170).

Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka.


Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; “Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun.” Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta.

Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.”

Dalam sabda lain, baginda menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam.

Firman Allah bermaksud; “Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.” (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.

Jie ~ Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

Edit 14/01/08 – 7.01AM

Kerana entri ini, saya mendapat beberapa sms dari teman² sejauh seberang Laut Cina Selatan dan beberapa tangkapan yang tersasar jauh.

Tuan² & Puan² ( baca gaya Puan Yu – Guru Besar dalam siri Kampung Boy )

Entri ini adalah salah satu koleksi tazkirah yang masih dalam simpanan saya dan saya pernah post  bukanlah untuk menyakiti hati sesiapa, ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan saya cuma ingin berkongsi dengan teman² yang saya sayangi. Saya mohon maaf sekiranya ‘cubitan’ saya ini keterlaluan. Mana yang baik dan membawa kesejahteraan itu boleh ditiru, diikut. Mana yang bawa kepada keburukan itu dijadikan sempadan hidup.

Apa yang benar datangnya dari Allah SWT dan apa yang tersilap dari kelemahan diri saya sendiri.


Kredit gambar dari :Blog Johan

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. Jie says

    suara

    terimakasih atas komennya..selamat datang ke blog saya.

    Gurauan memang indah dalam persahabatan, yang kita risau adalah menjadikan unsur lucah dan separuh lucah bergurau di public.

  2. suara says

    erm… setuju sangat dengan ummi. Hidup tanpa gurauan pun tak boleh jugak. suram jadinya. Lagipun, Rasulullah pun ada jugak bergurau. Saya ada satu buku yang menceritakan bagaimana baginda bergurau dengan sahabat dan juga isteri-isterinya, tapi tak ingat apa tajuk buku tu.

  3. Jie says

    ummi

    Orang yang paling dekat itu juga yang paling jauh dari memahami kita..kerana mereka selalu berfikir mereka mengenali kita sama seperti kita yang dulu sehingga mereka tidak sedar kita telah berubah…pada hati juga pada pendirian…

    tirai hidup

    kalau malas nk komen, tak perlu komen…entry ini cuma untuk dibaca dan difahami….

    :D

  4. TIRAI HIDUP says

    Aku malas nak komen banyak cuma kalau nak bergurau senda hingga guling guling silalah ke blog aku sebab aku sendiri beri kebebasan bergurau tanpa sempadan pada semua bloggers yg masuk dan kalau nak sempadan sendiri mau letak ler!!!
    Jie hang kalau jumpa ulaq sawa jgn dok bawak bergurau…kah kah kah!

  5. Ummi says

    Jie, gurauan adalah salah satu perisa yang boleh membuatkan kita bahagia, kdg2 derita…tp itulah nikmatnya..kerana gurauan kita ramai kawan, kerana gurauan kdg2 boleh hilang kawan. Apapun, ummi sukakan gurauan yang boleh buat ummi tertawa, lebih2 sikit xpa..itu lah antara ubat awet muda..bila kita berkawan dengan seseorang kita boleh tahu dia terima gurauan kita wpun sikit laser, tp dia x amik hati, sebab dia kawan kita n kita kawan diaaa..So jie, ummi xkesah apa2 gurauan dari orang yg ummi kenal xkira di mana wpun di alam maya ini. Sbb makin lama berkawan, sepatutnya kita tahu “itu bole dan itu x bole” untuk kita dan kawan kita. So gurauan adalah salah satu jalan mengenalinya..Soooo, kita enjooyy.. =D

  6. Jie says

    jun jun..kita selalu gurau senda kan..sy rasa itulah penyambung seri persahabatan kita tetapi saya hormati batas² dah orang disekeliling.

    Jun…org yg cerdik adalah org yg selalu mempelajari dirinya

  7. Jie says

    OD jgn salah sangka…. berpada² jgn terkeluar landasan je… gurau tu boleh kan..mengeratkan persahabatan..menceriakan hidup kita…cumanya beringat². Hidup kita bukan menongkat langit.

    Harga diri kita terletak pada watak, perbuatan dan kehormatannya…bukan pada asal usul dan garis keturunan.

    jika anda melihat ular menyemburkan racunnya
    maka tanyalah kepadanya
    siapakah yang meletakkan racun itu di mulutnya
    tanyakan juga kepadanya
    bagaimana ia boleh hidup
    padahal mulutnya dipenuhi racun

    ziana

    entri ini untuk peringatan kakjie sendiri…terleka dan tersasar jauh….

    Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan :D

  8. Jie says

    pakteh

    zaman sekarang , jari pun mesti di jaga, ia akan menjadi saksi kita di akhirat atas apa yang telah kita tulis…( taip)

    norz perkara utama dlm mempelajari seni kegembiraan adalah kita harus menempatkan kehidupan ini sesuai dengan keadaannya yang sebenar.

    ketika kulihat uban
    telah mulai menghiasi cambang dan kepalaku
    aku katakan kepadanya “selamat datang”
    Seandainya kutakut
    pasti tidak kuucapkan salam itu kepadanya
    walaupun aku mengusirnya
    bencana itu tidak mungkin menjauh dariku
    namun, bila seseorang itu boleh menerima
    apa pun kejadian yang tak disenanginya
    maka pada suatu hari nanti
    bencana itu akan pergi dengan sendirinya ..

  9. Jun :) says

    betui tu..bukan gurau jek..semua pon nk kena tempat gak..gurau2 sket bawa bahagia..lebih2 kang jadik bencana..setiap perlakuan kan ade batasan! pandai2 le bawak diri…
    Jie, bagus ni..sebagai peringatan diri!

  10. Jie says

    zino kena ada kemahiran berkawan..skil untuk membina persahabatan….

    Apa saja yang berlebihan memang memudaratkan , ubat sekali pun :p

  11. Jie says

    combi ini artikel lama dlm simpanan, cuma utk ingat mengingatkan…. mgkn pedas tp yg pahit itu tak semestinya racun.

  12. © Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad says

    Salam Jie…
    Alamak, termati kutu lak OD… camana nih? Lepas ni, tak leh buat citer kelakor dah kat blog walaupun citer betoi. Tak kuasa ler teman menambahkan dosa yang sedia ada… sabar sabar.
    Terima kasih Jie, bubuh entri nih. Kalau tidak, sampai mati OD tak tahu.
    Frasa “Laughter is the best medicine” tak boleh dipakai oleh orang Islam, nampaknya. Hmm… ni mesti dicipta oleh orang Yahudi nih… sabar je aku.

  13. norza says

    Salam, Jie.
    Banyak pengajaran yg dpt kita kutip terutama dlm menjaga adab pergaulan khususnya bagi mereka yg kdg kala bergurau “over” drpd yg sepatutnya.

    Manusia tak sama dan eloklah bersederhana dlm apa jua segi. Mungkin gurauan kita membuat orang ketawa pada zahirnya tetapi menangis di dlm hati. Harus perbetulkan niat ketawa berpada2 untuk menggembirakan hati rakan yg sedang bersedih…tak salah, kan?

    Kesimpulannya, we can enjoy but we have to know our limits. Knowing limits is tough becoz there is no hard-n-fast rules. It all depends on the strength to control oneself…

    Ada org gelak ikhlas mencerminkan ketulusan hati. Ada org gelak semata2 utk tidak menghampakan…

  14. PakTeh says

    ada satu hadith, yang lebih kurang maksudnya: seorang bertanya pada Nabi, apakah amalan yang boleh bawa dia ke syurga. Nabi kata: Jagalah Ini! (sambil menunjuk ke lidah baginda).

    bagus entri ni, untuk kita sama2 ambil pengajaran dan tindakan.

  15. zino says

    gurau pun kena bertempat.. gurau tak tentu hala juga akan menyakitkan hati orang.. kena yg tengah moody.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge