Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi
Motivasi September 23rd, 2008Tetapi tahun ini amat berlainan. Kehidupan hari² semalam yang indah dan orang² tersayang dalam hidup saya . Syukur alhamdulillah.
Saya Belajar - Apa yang saya anggap terbaik, belum tentu yang terbaik dariNya. Dan sebaliknya, yang terbaik dari-Nya belum tentu kita senangi. Teruslah bersyukur kepada-Nya atas semua nikmat dan kurnia-Nya. Manusia hanya dapat terus berdoa dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dari-Nya
Saya belajar - Seberat apa pun cubaan yang diberikan olehNya, pada akhirnya akan membuat kita menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan berguna. Syukurilah seluruh anugerahNya dengan hati ikhlas dan tulus.
Saya belajar - Bahawa kedewasaan itu lebih berkaitan dengan berapa banyak pengalaman yang kita miliki dan apa yang kita pelajari dari pengalaman tersebut, dan kurang berkaitan dengan telah berapa tahun usia kita.
Saya belajar - Walaupun kita berfikir tidak ada lagi yang dapat kita berikan dan lakukan, ketika seorang teman kesusahan dan memerlukan kita, kita akan selalu menemukan kekuatan dan jalan untuk terus menolong.
Saya belajar - Jangan membandingkan diri sendiri dan kesusahan kita dengan orang lain.
Saya belajar - Bahwa latar belakang dan lingkungan mempengaruhi peribadi saya, tapi kita tetap bertanggungjawab dan menentukan masa depan kita sendiri.
Saya belajar - Bahawa saya harus bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan, tidak peduli bagaimana perasaan kita.
Saya relajar - Bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya dapat berlaku sesuka hati saya tanpa memikirkan orang lain.
Saya belajar - Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya…
Saya belajar - Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya.. ..
Saya belajar - Jangan menilai orang dari penampilannya saja, itu boleh menipu. Bicara dan kenalilah orang tersebut lebih mendalam. Setiap orang memiliki kelebihan dan kebaikannya masing² meskipun tidak ada orang yang sempurna di dunia.
Saya belajar - Di saat susah lebih terlihat mana teman sejati dan bukan.
Saya belajar - Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda yang sama, tapi memandang dari sudut yang berbeza….
Saya belajar - Bahawa saya tidak dapat merubah orang yang saya sayangi, tapi semua Itu tergantung dari diri mereka sendiri
Saya belajar - Bahawa perlukanwaktu bertahun² untuk membina kepercayaan dan hanya beberapa saat saja untuk menghancurkannya.
Saya belajar - Bahawa tidak berapa beratnya patah hati itu, dunia tidak pernah berhenti hanya gara-gara kesedihan saya…
Saya belajar - Hanya kerana 2 orang berbeza pendapat dan tidak kelihatan mesra, bukan bererti mereka tidak saling menyayangi, mencintai dan setia. Dan hanya kerana mereka selalu sependapat dan kelihatan mesra, bukan bererti mereka selalu saling menyayangi, mencintai dan saling setia.
Saya belajar- Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Malah kadang² boleh melahirkan cinta sejati…
Saya belajar - Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak menyayangi saya.
Saya belajar - Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain menyayangi saya. Saya hanya dapat menunjukkan dan melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayangi, selanjutnya terserah mereka.


September 23rd, 2008 at 2:51 pm
sy belajar untuk menyejukkan hati meskipun hati sy kepanas api.
sy belajar berlembut dengan org meskipun sy tdk begitu.
sy belajar utk menjadi baik meskipun sy tidak berapa baik.
sy belajar bejimat walaupun sy kuat belanja.
sy belajar utk menjadi baik meskipon keadaan sekeliling memaksa sy menjadi tidak baik.
sy belajar dalam kehipokritan semata2 utk menjadi baik sbb tak rugi menjadi baik….
sy ign menjadi baik dalam segala keadaan….
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 4:08 pm
saya pun ingin terus belajar
kerana sedar kekurangan diri…
September 23rd, 2008 at 3:11 pm
saya belajar terima orang lain seadanya
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 4:10 pm
September 23rd, 2008 at 3:17 pm
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 4:11 pm
erk…entah org² skrg ni kenal ke tidak lagi kuih siput tu
September 23rd, 2008 at 3:55 pm
1. Menjadi seorang pemaaf & juga segera mintak maaf drpd seseorang bila dah buat salah. Dulu pun sama tapi ambil masa yg lama sebelum minta maaf.
2. Menjadi org yg sabar & memahami. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang ni & belajar menerima kenyataan.
3. Menjadi ibu & isteri yg terbaik buat suami & anak2. Cuba memuskan hati mereka dahulu sebelum kepuasan diri sendiri. Dah akhirnya sendiri merasa puas bila meraka gembira.
Alhamdulillah.
intans last blog post..Kena Tag Lagi…
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 4:13 pm
banyak sikap buruk yang masih tersisa
September 23rd, 2008 at 4:20 pm
Kadang2 kita dalam kesusahan, kita perlukan seseorang untuk membantu, dan kita mohon diberi sedikit kekuatan dariNYA untuk memudahkannya, tetapi sebaliknya DIA mengurniakan teman lain yang dalan kesusahan untuk kita bantu, dan yang peliknya kita dapat pulak membantu teman tersebut.
nwey, salam kenal kak!!
JuliaNas last blog post..~ Seribu Impian ~
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 4:58 pm
Kadang² dlm kesusahan bila dpt membantu teman lain yg juga dlm kesusahan boleh melupakan kita pada kesusahan yang kita alami…mcm terlucut beban yang di rasa…
September 23rd, 2008 at 4:37 pm
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 4:59 pm
meh senyum skit
September 23rd, 2008 at 5:07 pm
ps: orang yg berjaya adalah orang yg belajar, amal dan perbaiki kelemahan dari amalan itu kemudian belajar kembali. kitaran berpusing…
pss: orang gagal adalah orang yang belajar, tidak amalkan dan tidak punya keinginan utk belajar lagi. lebih teruk lebih banyak mengeluh…
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 5:12 pm
hati kak jie sgt keras….sedang belajar utk melembutnya…soflan dah abis
September 23rd, 2008 at 5:09 pm
Mak Sus last blog post..Buat Kuih Tak Raya
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:39 pm
September 23rd, 2008 at 5:25 pm
hai kak kujie… sebab tak de msjbox kat sini shay conteng2 sini… ari tu akak ada tanya kita keje kat mana kan…shay keje kat kedai motor dekat bt 16 rawang… kalau dari rawang selepas BHP tmn tun teja tu… nama kedai WELLY NICE TEAM SDN BHD…
*bila terfikir untuk belajar atau memahami sesuatu yang baik, sememangnya banyak tentangan yang tak baik datang mengganggu… jika hati telah bertekad yang baik tu pilihan sepanjang hidup, kuatkan hati banyakkan doa, insyaALLAH segala yang baik pasti menjelma…
shays last blog post..Ucapan SELAMAT HARI RAYA..
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 6:23 pm
September 23rd, 2008 at 5:40 pm
mama..
tatau nak komen ape..
tp nk komen jugak.
mana msjbox mama?
kerap je hilang huhu..
mama! iklan petronas baru dah keluarrrrrrrrrrrr
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 6:24 pm
mama suka la avatar cute tu…comel je
masa ni umo bape?
msjbox mmg tak letak
sbb tak sempat nk reply
iklan tu mama dah tgok
jom kita selongkar youtube
September 24th, 2008 at 12:10 am
Neezas last blog post..Day 23 - kira hari nak balik lah pulak
Kujie Reply:
September 24th, 2008 at 7:55 am
September 24th, 2008 at 2:18 am
Belajar dari pengalaman orang memberi kita pengajaran..
Rebina Birus last blog post..Asyik dan jemu…Sebab apa?
Kujie Reply:
September 24th, 2008 at 8:01 am
Pengajaran gunanya utk menjauhi diri dari melakukan kesilapan sekali lagi
September 24th, 2008 at 4:38 am
arins last blog post..At last..
Kujie Reply:
September 24th, 2008 at 8:04 am
September 24th, 2008 at 10:21 am
Su banyak kekurangan… banyak kelemahan… dan melalui blog kak jie juga, su banyak belajar.
Thks Kak Jie.
suaras last blog post..Antara Sedih Dan Syukur.
kujie Reply:
September 24th, 2008 at 2:39 pm
Kita sama2 belajar ye Su
September 27th, 2008 at 12:30 pm