Hidup Dibina Bersama Besarnya Tekad Dan Tingginya Azam

Sukar untuk kita sampai ke tempat yang dituju kalau kita tidak tahu arah dan jalannya. Makin lama kita berjalan dan lagi kita berjalan nescaya lagi jauh kita tersasar dari destinasi yang dituju.

Oleh itu, dalam perjalanan, adalah baiknya kalau kita dapat berhenti seketika, melihat arah dari mana kita datang, menetapkan di mana kita sekarang dan mencari arah yang betul dan jalan sebenar untuk sampai ke destinasi yang kita tuju.

Jika perlu, kita ubah haluan. Jika mampu kita percepatkan perjalanan. Ini penting dalam perjalanan di dunia. Ia lebih-lebih lagi penting dalam hendak menuju destinasi Akhirat.

petikan dari halaqah.net ( 21 October, 2007 )

©kujie – hidup ini pergi bersama sejarahnya

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Hidup Dibina Bersama Besarnya Tekad Dan Tingginya Azam”

  1. Kita pasti tidak akan sampai ke arah yang dituju jika kita sendiri tidak tahu kemana tempat yang kita hendak tuju itu, setuju dengan artikel yang kak jie kongsi kali ini, kerana apabila kita mengambil sedikit masa untuk menilai di mana kita berada sekarang, dan di mana kita berada sebelumnya, kemudian barulah kita akan lebih mudah mencapai apa yang hendak kita tujui, kerana kita sedar di mana tahap kita pada masa itu.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Hujung minggu bertandang lagiMy Profile

  2. betul tu kak jie, lagi jauh kita berjalan lagi mudah kita tersasar dari jalan yang sebenar. Hanya kerana sebuah perjalanan. Terima kasih sharing info nih.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Tag Dari OmuriceMy Profile

  3. terlalu ghairah dengan keseronokan duniawi juga bisa buat kita terlupa sapa kita yang sebenar, lupa pada tanggungjawab..lupa pada yang lebih memerlukan.

    terima kasih kerana sering mengingatkan kami disini…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Dia Tetap Mahu Yang MurahMy Profile

Comments are closed.