Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang. Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”
“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.
“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu.
“Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan.
“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi.
“Ya”.
“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?”
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”
Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?”
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
“Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
“Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pedayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting.
Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?”
Professor itu menggelengkan kepala.
“Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
PENGAJARAN:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untukH digunakan dan boleh digunakan?
No related posts.


makcik combi gelak bertingkat² dgn cakap berdegar² tu 2 benda berbeza..ha ha ha
aku mmg x bijaksana sbb aku gelak bertingkat2..org yg bijaksana gelak cmner ekk??
~ adehh !!
13 may cuma utk peringatan diri sendiri
jun kelebihan yg kita ada sedikit tak leh nk eksen dgn org…kita tatau apa yg dia tau entah2 lebih byk dr kita..org yg bijaksana lebih byk diam…:p
lestat lama hang hilang..p mana? jgn sedih2…
Dah sedey dah ni..jangan ek dgn org..
salam jie, betui tu..tu sbb kelulusan bukan penentu kejayaan..kalu dpt kedua2nya, mmg bagus kan? yg pasti..rezeki ade kat mane2..camner anak skolah hari ni? harap sume lancar ye..
bermakna sungguh