Ikhlaskah Dikau Wahai Hati

Agak kerap juga saya membaca orang tweet lebih kurang seperti ini :  “orang dah bagi jalan tu, angkat tangan ucap terimakasih pun tak “

Bila baca luahan hati seseorang seperti ini… saya LOL!

Tujuan asal buat baik dah betul , tapi bila benda dah elok diakhiri dengan ucapan minta balasan, hilanglah keikhlasan yang sangat-sangat kita inginkan dalam membuat sesuatu perkara. Bukan senang untuk ikhlas. Beza satu amalan yang kita lakukan bergantung kepada keikhlasan yang lahir dari sudut hati.

Kita tak perlu fikirkan orang lain ikhlas atau tidak, yang paling penting kita laksanakan bahagian kita terlebih dahulu. Bila dah buat, serah sepenuhnya kerana Allah Taala. Jangan biarkan perkara baik yang kita lakukan tersebut ternoda keikhalasannya.

bunga putih

Tak perlulah kita ungkit sedikit kebaikan yang telah kita lakukan. Saya pernah membaca pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya lebih kurang seperti ini.

“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.”

atau Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api.”

Walau pun benda-benda seperti ini nampak kecil, tetapi ianya boleh membantu  atau melatih kita untuk mendidik hati menjadi lebih  ikhlas.  Terdetik dari lintasan hati pun terhapus ganjaran ikhlasnya , apa lagi kalau kita canang-canangkan di laman sosial.

Lagi pun pemandu yang telah kita tolong tersebut mungkin telah mengucapkan terimakasih tetapi kita tak dengar. Allah Maha Mengetahu, jangan risau. Dia mungkin terlalu memberi perhatian kepada lalulintas, melihat ke kiri dan ke kanan sehingga tak mampu nak mengalihkan tangan dari stereng kereta. Dia pemandu baru yang belum cekap dan tidak berani untuk angkat walau sebelah tangan dari stereng. Kita tak tahu pun situasi yang sebenar, jadi abaikan prasangka yang bukan-bukan.

Buat baik dan lupakan. Jalankan tanggungjawap kerana Allah Taala. Insya Allah, adalah bantuan atau kelapangan yang Allah kurniahkan kepada kita melalui jalan yang berbeza.

Kalau kita mampu angkat tangan untuk mengucapkan terimakasih, itu pun perkara baik.  Itukan adap sopan sesama makhluk.

 

Video menarik ini mengenai pemandu Jepun yang menyalakan hazard light sebagai tanda ucapan terimakasih kepada pemandu yang memberi laluan. Comel je kan. Saya pun nak  cuba  mempraktikkan perkara tersebut.

 

Nota : Saya pun manusia, kadang² tergelincir terlepas cakap juga… sama-samalah kita saling ingat mengingatkan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Perlu tuk dicontoh nie
    terima kasih sudah berbagi inspirasi hidup 🙂
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Listrik PLN Secara OnlineMy Profile

  2. Artikel yang bagus dan memberi pencerahan untuk saya agar lebih ikhlas atas segala yang kita lakukan, terima kasih..
    Jom terjah post menarik dari luthfi ..Mulut Kering (Xerostomia)My Profile

  3. memang hati akan fikir buruk bila tiada ucapan terima kasih. tapi lama kelamaan kita boleh trima juga. maklumlah semua orang pun buat silap.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Bukalah Hatimu- UmbrellaMy Profile

  4. Emm kadang-kadnag saya pun tersasur juga..bukan sengaja tak ucapkan terima kasih tapi masa2 tertentu ada juga hari2 kita lupa..bukan sengaja..hehe..terima kasih kak jir beri peringatan mcm ni..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #49 – Bersantai Dalam KolamMy Profile

  5. betul tu kak jie..nak ikhlas ni payah..kena amalkan buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan.

  6. Kadang2 benda yang kecik pun kita terlepas pandang,peringatan untuk diri sendiri juga ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Ops Burung Turki – Taman Burung Kuala LumpurMy Profile

  7. assalamualaikum kujie…menariknya semoga kita dapat lakukan jika perlu…;)
    Jom terjah post menarik dari maszull ..“Mini Giveaway : Brooch By Aini Zakaria”My Profile

  8. sangat comel bila buat macam kat dalam video tu..kdg2, bukan nak mintak balasan sangat. tapi maybe cara orang kot..bila bagi jalan, pandang pun x, senyum pun x..sebab tu keluar ayat “orang dah bagi jalan tu, angkat tangan ucap terimakasih pun tak “
    Jom terjah post menarik dari wanie ..Ini bukan beli ikan dekat pasarMy Profile

  9. hehe..mmg kadang2 terlepas cakap jugak, nasib baik ada isteri yg selalu pesan dan ingatkan balik…sama2 ingatkan diri masing2…

    itu pentingnya kita bersangka baik…tak susah, tp payah nak amal…

    thanks kak jie beri peringatan =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Super Suami?My Profile

  10. kebiasaaannya memang selalu bagi isyarat angkat tangan..tapi kalau kereta tinted just bagi hazard light sebegai pemberitahuan…

    so mungkin kita pemandu malaysia ni kena amalkan buat macam ni…
    Jom terjah post menarik dari norfanil ..Cara Root Ninetology Black Pearl 2My Profile

  11. tula kadang-kadang marah jugak bila dah bagi jalan muka buat dek je..tapi bila baca balik entry ni kene balik kat muka..masa awal bawaak kete memng macam tu pun..angkat satu tangan pun tak berani..melekat je..hehe
    Jom terjah post menarik dari afif ..Tukang Kebun Gaji CEOMy Profile

    • hahaha..tau tak pa.

      yang lama ni pun, sebab dok lena toleh kiri toleh kanan nak ambil ruang masuk… sampai terlepas nak angkat tangan…nak-nak kalau baru-baru dapat lesen, berdebarnya sampai sakit perut.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ikhlaskah Dikau Wahai HatiMy Profile

      • hhoho..lagilah bila nak cepat, kita kadang2 mmg tak sempat nak angkat tgn…

        jadi bila kita angkat tangan kat orang, org tu buat derk ajer…ingatlah cepat2 yg org tu nak cepat, atau dalam perjalanan ke klinik, kucing dia sakit…

        tenang jer…hehe =)
        Jom terjah post menarik dari hafizmd ..5 Cara Tingkatkan Mood!My Profile

  12. tips hanif nak kongsi jugak:

    anggap orang lain lebih baik dari saya walau dia seorang bekas banduan sekalipun.
    Jom terjah post menarik dari Hanif Menhad ..Cara-Cara Menyimpan Bukti Pendaftaran Tempat Mengundi Anda Dengan Print ScreenMy Profile

  13. Susah mahu ikhlas, lebih2 lagi musim pilihanraya macam ni heeh. Tapi seriusly, video tu cool banget.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Kereta Mayat seorang macai UMNO?My Profile

  14. paling susah nak jaga ikhlas ini sebab tu ALLAH kata ikhlas tu makam paling tinggi dalam ibadah
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..PRU13 : Senarai Calon Parlimen BN, PAS, DAP dan PKRMy Profile

  15. Lamanya tak mai singgah tang ni.

    Kadang2 dalam sibuk memberi tumpuan kepada jalan dan kereta memang kita lupa utk angkat tangan. Seboleh2nya kena cuba lah. Ikhlas kadang2 keluaq kat mulut ja tapi kat hati dok mai bunga2 lain…:)
    Jom terjah post menarik dari Aina ..Cincau LabuMy Profile

  16. pernah jgk jd mcm tu. jahatnyalah diri bila jd cmtu. t.kasih kakjie mengingatkan.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Bila Orang Muda Mula BertukangMy Profile

  17. Selalu jugak tengok orang mengeluh macam tu. Rasanya berdiam itu lebih baik. Mana tahu akan datang dia akan tolong kita pulakkan kak.
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah SampaiMy Profile

  18. hehe..kalau jarang tekan hazard light tu takut tekan terlupa padam..

    tapi memang menarik idea tu..
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Rembau Most Wanted-WARISMy Profile

  19. saya selalu angkat tangan beri laluan, tapi kekadang orang tak angkat tangan, tak tahu ler kalau tangannya keras ke @ apa….
    beri hazard light pun boleh tapi dengan betul caranya…jangan ada road block JPJ @ PDRM baru nak beri hazard light…tak betul cara nie….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..BILA SUAMI MULA BERKATA…..My Profile

  20. Iklhas itu tidak berbunyi. Menolong orang dengan harapan orang membalasnya itu satu barah yang sangat kronik dalam jiwa manusia. Kena buat rawatan susulan. Haraplah pada bantuan Allah. Tak kesahlah orang yang kita tolong tu ucap terima kasih atau tidak, yang penting tanggungjawab kita sudah selesai.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Ibadah Merentas KehidupanMy Profile

  21. sama macam di Algeria…..mungkin dia mencontohi jepun kot.

  22. “Lagi pun pemandu yang telah kita tolong tersebut mungkin telah mengucapkan terimakasih tetapi kita tak dengar. Allah Maha Mengetahu, jangan risau.”

    suka ayat ni, harap kita bersangka baik selalu..

  23. terasa pada diri juga ni. dulu rasa macam tu juga. macam tak ikhlas je bagi mereka laluan… tapi sekarang tak kisah, suka hati la mereka.. cuma geram, orang tak bagi signal light nak masuk simpang.. kalau kereta ada roket, serang dia.. heee
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Oh My EnglishMy Profile

  24. Setuju dengan penggunaan Hazard Light utk isyarat terima kasih atau teguran. Tapi orang Malaysia tak reti guna Hazard Light. Yang dia tahu guna HON saja.. huhu~
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Kiyomi Dance Fenomena Baru Selepas Gangnam Style?My Profile

  25. Orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita berbahasa. Tak gitu.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Yongnuo speedlite YN565EXMy Profile