Jangan Rotan Saya Cikgu!

Time dapat komen memuji kembang bontot tak hengat ye …… Meh kita intai part² pahit manis kena hentam.

p/s – entri ni sambungan entri sebelumnya Mungkin Mentari Tidak Menjejak Bumi, Namun Cahayanya Tetap Menerangi.

Cikgu ni… dia tegur fakta salah katanya. Entri rujukan : Sejarah Jalur Gemilang.

Saya berharap anak murid cikgu dapat membaca entri ini tanpa langkau…. jangan bersukan kat blog ini tau. Tak boleh baca entri sambil lompat kijang, lompat jauh mau pun lompat tinggi.

Kalau baca tak melompat² mesti jumpa fakta penting yang  saya tulis:

  • Betulkan jika saya salah.
  • EDIT : Angah telah membaca entri saya ini dan membetulkannya . Bukan “Stripes of Glory” tetapi “Stars and Stripes”,katanya.
  • Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Sepatutnya cikgu betulkan jika saya salah kerana saya memang meminta perkongsian maklumat untuk membetulkan fakta.

Kepada murid² – ini blog makcik surirumah, jangan jadikan fakta peperiksaan. Sila rujuk dengan cikgu kamu di sekolah jika ada keterangan yang meragui.   Itulah tujuan pembelajaran antara murid dan guru.  Gunakan kepelbagaian maklumat ini sebagai bahan untuk berbincang bersama guru . Semoga mendapat lebih pendedahan dan membuka minda untuk menjadi pelajar yang aktif.

Terimakasih cikgu atas teguran.  Cikgu tau tak… Angah anak saya yang membetulkan fakta itu baru berumur 14 tahun ( tahun 2008 waktu entri tersebut ditulis).  Dia score A untuk mata pelajaran Sejarah sewaktu PMR.

Saya bangga dengan anak saya kerana dia baca entri ini dan dia betulkan fakta emak dia yang kurang ilmu.

Kalau dapat komen macam ni, terus kuncup tak kembang² dah :lol: Hati terus jadi kering.  Komen seperti ini juga menjadikan kita lebih berhati-hati apabila menulis.  Ada tanggungjawap yang perlu dipikul.

©kujie –   teringat sukan sekolah – saya biasa ambil bahagian 400m dan 4X400m, tak pernah melompat.  Berat bontot!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. rasanya xde apa yg salahpun dgn maklumat tentang jalur gemilang, cuma stripes of glory- itupun telah diperbetulkan
    Jom terjah post menarik dari awza jay ..AVON BabyMy Profile

  2. setuju..takut di sergah2 lansung tersentap nak belajar. he..he..

  3. Perindu says:

    salam kakjie 🙂

    “It takes less mental effort to condemn than to think.”

    *sejarah*
    Nama Jalur Gemilang

    Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

    Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

    Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
    *wiki*

    Jalur Gemilang merupakan bendera kebangsaan Negara. Bendera Negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah yang menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan sebuah Kerajaan Persekutuan.

    Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam-agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
    *Jabatan waris negara*

    *nota*
    – lama tak tinggal jejak 🙂
    – beri jawaban bukankah lebih mudah dari menyalahkan? *sigh* cari masalah dan selesaikan bukan cari isu dan perbalahkan 🙂
    (err maaf terpanjang sangat jawaban )

    ( cadangnya nak tulis bahasa melayu tapi sedangkan filem melayu pun banyak bahasa inggeris saya gunakan bahasa inggeris ya 🙂 )

  4. kak jie..saya tak baca entry yg cikgu tu komen..tapi bukan ke masa nak pilih nama jalur gemilang tu ada dibuat pertandingan kat negara kita??? ada 5 slogan yg dirasakan bagus..lepas tu bila dah dibuat mesyuarat baru pilih jalur gemilang..saya tengok dalam tv dokumentari pasal jalur gemilang ni..

    ni komen org tak pandai..tapi seorang yg cintakan negara..

  5. sebab tu bila rasa nak marah @ kondem orang kene pk betul2 dulu… takut2 malu sendiri 😉
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..obes eh! obseslaMy Profile

  6. Alahai, cikgu… (yang komen guna caps lock – dan penuh ejaan singkatan ala sms)

    Anda nak orang betulkan fakta yang sudah pun dibetulkan 3 tahun yang lalu?

    Saya rasa, anda perlu kembali ke ‘kolej’ atau ‘universiti’ semula.(nak suruh kesekolah,memang dah tiap hari kan?)

    Belajar semula bagaimana nak mengeja. (PN, TP, SY, PE2, TNTG dan NK tu tak pernah ada dalam ejaan Bahasa Melayu)

    Dan… kalau betul seperti kenyataan anda ni:

    TP PERCAYA LA SY SEORG WARGA YG SGT CINTAKAN NEGARANYA DAN TAHU SEJARAH NEGARANYA DENGAN SAHIH! DAN YG PALING PENTING SY ADALAH SEORG GURU!

    Anda sangat memalukan warga GURU / CIKGU kerana anda taip tak serupa bikin.
    Orang (guru) yang cintakan negaranya (Malaysia) yang mendaulatkan Bahasa Melayu sepatutnya boleh mengeja dengan betul.
    Bukan menggunakan ejaan pesanan ringkas (SMS)
    Jangan jadi ketam. Jadilah lilin.

    Ini adalah komen dari seorang pemandu lori. Bukan GURU.
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (bukan GURU) ..Apa bezanya YOU shift DENGAN I -Shift My Profile

  7. Kujie,
    Mula-mula tadi Kak Long nak baca saja, tapi terpanggil juga nak tinggalkan komen.
    Amalan tegur-menegur memang baik.
    Cuma, kenyataan “yang penting sy adalah seorang guru”, membuat Kak Long tertanya-tanya.
    Kalau guru, tak pernah tersilap fakta ke? Kak Long sendiri pun walaupun mata pelajaran yang dah diajar bertahun-tahun, tak berani mendabik dada bahawa kita tak pernah buat silap. Kita pun selalu pesan pada pelajar-pelajar supaya peka dan betulkan jika ada kesilapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumlah, zaman sekarang, pelajar-pelajar pun ramai yang lebih pintar daripada guru-guru mereka. 😆
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Nak berkhemah macam GaddafiMy Profile

  8. kesimpulannya, cikgu sendiri pun tak ikut disiplin untuk mengomen (komen).

    geram pula rasa nak hentam cukup tapi cili yang digunakan tidak begitu pedas sekarang.

    jadinya, rotan diri cikgu sendiri (kahkahkah).
    Jom terjah post menarik dari megat ..Muhasabah diri- mulakan dengan cara mudahMy Profile

  9. sekali kene rotan….adus

    pada pendapat saya tegur-menegur tu bagus sangat untuk memperbetulkan sesuatu yang salah. adalah lebih baik juga jika teguran itu dibuat secara berhemah.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Tips Diet-mengapa tak boleh makan buah ketika diet sd2My Profile

  10. ada sesetengah hal..niat kita dah betul tapi kekadang cara tu yang nda betul.. 😕

    bak kata orang niat yang betul tak menghalalkan cara…
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..20 gerai makan musnah dijilat apiMy Profile

  11. ahmadhaikal says:

    huhu..kena rotan baik punya..
    Jom terjah post menarik dari ahmadhaikal ..Work like tomorrow was goneMy Profile

  12. sapa pun orangnya yang paling penting kita kena berfikiran positif selalu.. 😆
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..20 gerai makan musnah dijilat apiMy Profile

  13. oh, sungguh sy tak berniat sbegitu..sekadar meluahkan apa yg dirasa..melihat Malaysia tanah tempat tumpahnya darah yg semakin tidak jelas masa dpnnya..moga negara ini selamat hendaknya..insyaAllah.
    Jom terjah post menarik dari adele ..Gambar- Anak Gadis yang Mengidap Penyakit BerbuluMy Profile

  14. Entahlah… mungkin Kak Jie dan anak2 dah terbiasa berbincang bersembang tentang banyak perkara isu semasa… jadi anak² biasa share macam2.

    Macam2lah korang ni…. Kak Jie ni surirumah je… SPM pun gred 3, dok kat hulu ceruk jin bertandang ni… 😉

  15. Jangan cakap macam tu..nanti dituduh tak sayangkan negara. Sedih tau…macam perosak negara pula nanti. 😉

  16. Siapa dia pun tak apa. Apa yang nak difokuskan selepas entri sebelum ni bab pujian2 sampai kembang, sebenarnya ada juga sisi lain yang kita akan terima sebagai blogger.

    Nombor 2 – apa yang kita tulis bukan semestinya betul pada ketika itu. Akan ada orang lain yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza. Kena terima tu 😆

  17. he he he…. kesian cikgu
    nak kena ikut tata tertib dan piagam setiap masa

  18. Waalaikumsalam

    Terimakasih atas pandangan yang terang dan jelas. Terimakasih kerana merungkaikan perkataan JUGA secara detail. Malu down Mama Murai yang komen sebab biasa nampak Mama Murai di blog² yang berprofile tinggi, sekali singgah dan menulis di blog makcik merapu meraban ni…. 😳

  19. salam kakjie..
    kalau saya lagi dalam dilema..
    klo terlajak mesti terima ayat
    “awak tu cikgu.. sepatutnya awak bla..bla..bla..”
    “sebagai seorang cikgu awak tak patut bla..bla..bla..”
    dan last-last..
    “beginikah penulisan seorang guru?!”..
    adehhh..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Memang tak guna punnnMy Profile

  20. Assalaamu`alaikum,
    memang ayat daripada anon itu agak sukar untuk diterima dek kerana terlalu tinggi dan kasar ‘nilai’ bahasanya. Tapi sekiranya kita pandang dari sudut positif, kenyataan beliau itu ada asasnya berikutan hasil tulisan tangan daripada kujie yang seakan-akan cenderung mengatakan bahawa nama Jalur Gemilang yang diberi oleh Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah diaspirasikan daripada nama bendera US (Stars and Stripes). Justeru terdapat kecenderungan mengaitkan persamaan kedua-dua bendera dalam artikel tersebut yang dapat kita lihat dalam petikan ini * Nama “Jalur Gemilang” juga diterjemahkan secara langsung dari nama*

    Adalah lebih elok sekiranya perkataan “JUGA” itu dibuang terus bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terus berlaku.

    *Sekadar pendapat daripada seorang yang bukan cikgu.
    Jom terjah post menarik dari Mama Murai ..Cantikkan kandungan single post anda dengan Style Box WordPress PluginMy Profile

  21. mengikut firasat saya, penulisan sebegitu tak menggambarkan seorang cikgu..mungkin sengaja menjual nama cikgu kerana bagi sesetengah orang, cikgu tu semuanya tahu :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..PDRM summon alert oleh MYEGMy Profile

  22. saya tak suka anon…jika anda guru yang berilmu mengapa takut utk mendedahkan identiti…
    Jom terjah post menarik dari adele ..Penghargaan Bulan FebruariMy Profile

  23. haih, stuju sgt dgn caprianne..jgn berbangga sgt jd guru tu atau jgn berbangga dgn apa yg kita jadi hari ini..sedangkan ulama’ pun tidak berbangga dgn mereka sendiri..

    kak jie, bagus apa budak2 sekolah baca entri mcm ni, biar buka mata n minda, biar luas pemikiran mereka, tak ada lah ikut bulat2 apa yg disuapkan dgn sejarah kita yg kebanyakannya sudah diputar belit..

    majulah kak Jie utk negara! 😉
    Jom terjah post menarik dari adele ..Mari Uji IQ Anda – Yes I Can!My Profile

  24. sy tak pernah baca entri jalur gemilang kak Jie tp sy stuju kata2 kak Jie! tak mustahil kalau Malaysia ambil bendera tu dari Amerika sbb hari ini 1 Malaysia tu pun kita tahu ‘pinjam’ dari 1 Israel? opss, btulkan sy jika sy salah..huhu
    Jom terjah post menarik dari adele ..Gambar- Anak Gadis yang Mengidap Penyakit BerbuluMy Profile

  25. Mrs.Ayie says:

    Setuju. Pembelajaran face to face tu penting. Macam belajar baca al-Quran juga. Senang kalau salah terus guru betulkan 🙂

    Jadi guru harus menegur dengan cara hemah. Barulah sejuk hati dan insaf saja dengar. Macam juga pelajar yang perlu menghormati guru. Orang berbudi, kita berbahasa 😉
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Koleksi gambar hancurMy Profile

  26. maaf jika comment nie agak kurang ajar…berkenaan comment cikgu “PERCAYA LA SY SEORG WARGA YG SGT CINTAKAN NEGARANYA DAN TAHU SEJARAH NEGARANYA DENGAN SAHIH! DAN YG PALING PENTING SY ADALAH SEORG GURU!”…jangan terlalu berbangga dengan apa yang kite tahu kerana mungkin akan salah…bg saya la kan, orang ygang terlalu menunjuk nie hanye tahu bercakap…takperlu mendabik dada, mencanang yang kite mengetahui segala2 nye…hanye sekadar membetul kn apa yg salah sudah memadai…

  27. Err….
    Sebenarkan Jie, Tie ni ada habit suka baca lompat-lompat terutama bila entri panjang. Bukan sengaja, tapi mata ni meliar, tak sabar… aderk.

    Pastu terus nak komen. ikut citarasa sendiri. Dan bila sedar, adoi laa.. malu la pulak!

    Tak pe, ini boleh jadi pengajaran buat semua, hehehe… :mrgreen:

  28. CypherHackz says:

    Ini makcik kalau tanya sejarah, memang silap la. Tapi kalau tanya pasal resepi masakan, kemas2 rumah, boleh la. :p
    Jom terjah post menarik dari CypherHackz ..9 WordPress Plugins Yang Wajib Anda MilikiMy Profile

  29. Hehehe… ni orang bahasa datang, kalau ejaan kak jie salah tolong betulkan.

    Kak Jie nak highlightkan cara pembelajaran – cara kita menerima sesuatu info dan rujuk dengan guru. Kak Jie masih percaya pembelajaran face to face dengan guru dan berbincang dengan guru boleh meningkatkan pengetahuan.

  30. Kak Jie tak ada masalah untuk terima komen dari ‘tanpa nama’ tetapi sepatutnya betulkan fakta
    beri tahu kita yang tak cukup ilmu dengan ilmu

    mesti semua orang yang membaca lebih menghargai sesuatu pendapat, terutama dari seorang guru.

  31. muhammad fakhruddin says:

    Kalau benar pun ingin menegur perlukah berselindung di sebalik ‘Tanpa Nama’
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Penunggu Bernama BukuMy Profile

  32. Angah anak saya tu juga Author blog ni..kadang2 dia update blog ni tapi sejak dah tinggal di asrama, memang tak update lagi.

  33. Entri ni sambungan dari entri di bawah , tentang pujian pujian…. maksudnya sebagai blogger kita akan terima berbagai perspektif dari penulisan kita.

    setiap yang membaca mempunyai tafsiran tersendiri bergantung pada cara mana dia baca

  34. Salam..
    Tegur menegur tukan amalan mulia…
    Tapi, ada cara dan keadah agar smuanya diterima baik, bak menarik rambut dalam tepung..
    Jom terjah post menarik dari URY ..Kemalangan Ngeri di Tapak Pembinaan 18SGMy Profile

  35. Sabahan Bloggers Club says:

    Ni anak emak kan? Kecik2 dah ada ciri2 nak jadi blogger tu…. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Charlie Sheen Twitter ManiaMy Profile

  36. Mrs.Ayie says:

    Mungkin cikgu tu tak baca yang kak jie edit di bawah. Tapikan cikgu, saya nak betulkan ejaan saja di dalam komen cikgu. Tiga cukuplah ya.

    Cikgu Bahasa Melayu saya kata, apa-apa bukan pe2, menampakkan, bukan menempakkan, saya , bukan sy.

    Maaf cikgu, saya orang bahasa mata saya cepat tangkap salah ejaan. Maaf cikgu, jangan rotan saya.