Kalau udang dibuat gulai,Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri

Kesian Intan… terpaksa siapkan kerja² sekolah tak kira tempat.

 

Saya ada temujanji dengan penyewa rumah di Serdang.  Tak ada pilihan terpaksa usung juga dia ke hulur ke hilir walaupun kerja sekolah menimbun hari ini.

Budak yang menyewa rumah saya sejak 3 tahun   telah  serahkan  kembali rumah dalam keadaan sebaik-baiknya.

Sekejap rasanya dah 3 tahun, dah habis belajar.  Katanya dapat kerja di Melaka , kalau di KL memang dia bercadang ingin terus menyewa.

Ada ramai yang pernah menyewa rumah saya, tetapi dia adalah penyewa yang paling baik pernah saya jumpa.  Kalau balik cuti semester, dia akan telefon dulu beritahu sewa bulan ini lewat – atau kadang2 kelewatan sehari pun dia akan telefon minta maaf.

Jumpa petang tadi, berpuluh² kali ucapan terimakasih keluar dari mulutnya.  Semua  3 set lengkap kunci bilik dipulangkan walaupun pada asalnya saya cuma beri mereka satu set kunci.  Dia tunjukkan setiap bilik dan rumah yang tiada cacat atau rosak.

Saya rasa bersalah kerana membuatkan dia menunggu hingga lewat petang sedangkan dia akan pulang ke Kota Tinggi.  Saya mohon maaf atas kelewatan tersebut.

” Tak apa kak……….. dulu masa saya nak masuk rumah ni pun, abang tunggu saya”

Tersentuh sungguh.  Benda sekecil² itu yang kita buat 3 tahun dulu ( saya pun dah lupa ) masih lagi dikenang untuk dibalas.

“Deposit api dan air RM 200 tu kakak tak payah pulangkan, bil air kami tak pernah bayar…memang dapat percuma rm 11, bil elektrik tak pernah sampai RM100.  Kalau bill akan datang lebih RM 200, kakak telefon saya , kalau kurang tak apalah…. tak perlu pulangkan baki”

Sebelum masing² berpisah, saya mohon maaf salah silap dan segala kekurangan yang ada.  Semoga dia berjaya dalam dunia kerjaya barunya.

” Kak… nak minta tolong…”

” Minta tolong sampaikan pada abang, terimakasih…”

Sebak pula… sedih pula untuk melepaskan anak muda ini.  Baik budi bahasa.

Saya pun agak lega kerana selesai menguruskan urusan ini walaupun penat memandu lebih 100 kilometer dalam kesesakan  hujan selebat-lebatnya.  Rasa puas kerana dapat menjalankan satu amanah dan tanggungjawap seorang isteri iaitu menjaga harta suami.

 

* harta suami bukan semata²  benda atau  material , mak mertua juga harta suami.  Jadi kenalah jaga mak mertua elok² – itu juga harta suami.

 

tazkirah malam Jumaat….wwwiiiiii!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Salam. Saya tertarik dan terharu dengan citer akak nie. Alhamdulillah, akak dapt penyewa yang baik..dan sudah tentu akak juga tuan rumah yang baik. Sebagai orang yang berpengalaman, bolehkah saya bertanya beberapa soalan berkaitan penyewaan rumah? Adakah akak ada membuat surat perjanjian kepada penyewa (pelajar)? Bila cuti semester adakah bayaran sewa tetap perlu dibayar atau tidak perlu? Maaf,saya minta pendapat akak kerana saya sebenarnya ingin menyewakan rumah utk kediaman pelajar..tetapi saya tiada pengalaman. bolehkah akk membantu saya?. terima kasi byk2.

    • waalaikumsalam

      1. Ya, surat perjanjian perlu dibuat
      2. Ya, mereka tinggal atau tidak di rumah tu, sewa tetap dibayar.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sebab Dipanggil HantuMy Profile

      • Saya mmg bercadang ingin membuat surat perjanjian n mengutip sewa seperti berikut. Setelah mendapat pandangan dari akk, ia memberi keyakinan kepada saya untuk menyewakan rumah saya kerana itu adalah hak tuan rumah..betul tak kak. Terima kasih banyak2 yer akak. Semoga saya mendapat penyewa yang baik seperti akak juga.

  2. akak ada rumah sewa lagi tak buat masa terdekat nie 🙂

  3. senangnya hati dapat penyewa sebaik itu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Testimoni SD2 dari Sungai BulohMy Profile

  4. baca blogpost kak ni memang terharu.. sebetulnya di sini pun memang sangat susah nak jumpa penyewa sebagus tu 🙂 kalau dapat, memang bertuah!
    Jom terjah post menarik dari Asmaa Hussin ..Room to rent Ladies onlyMy Profile

  5. Ya ALLAH..untungnya kak jie dapat penyewa macam tu..
    Satu dalam sejuta tu..
    Alhamdulillah..
    Tuan rumah baik,penyewanya pun baik 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Hari Ini Hari Keempat &amp Aku Masih Menghitung HariMy Profile

  6. tak pernah merasa ‘pulangkan’ balik rumah kat tuan rumah sebab kene keluar dari rumah sebab tuan rumah yang suruh 🙁

  7. mesti rasa sayangkan lau pnyewa sebaik ni nak tinggalkan rumah.. huhu.. sama juga lau tuan ruma sewa yg baik.. penyewa msti berat hati..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Cara Menggunakan Nursing CoverMy Profile

  8. teringin nak ada hartanah utk disewa. buat masa skg, masih belum ada rumah yg nak dijual yg murah2. loan bank pon belum buat lagi. insyaAllah target saya tahun depan untuk ada rumah sewa sendiri. bestnya kalau dapat penyewa mcm budak tu. baik sgt.
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Rekaan Rumah Gaya Urban Menggunakan KomputerMy Profile

  9. Alaaaa anak muda ni…muda sangat laaa sebab baru abes ngaji, kalau tak nak juga berkenalan :mrgreen:

    Patot ler Kak Jie penat pagi ni..takpe, jumpa orang baik2, penat pun dalam senyum jer.
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Apa barangMy Profile

  10. Assalamualaikum Kak Jie,

    Sini ada pengunguman sedikit. Kepada sesiapa yang mahu menyertai ‘peraduan rebut buku travelog’, boleh ke link blog saya.

    Tumpang iklan ye.

  11. Assalamualaikum,
    Ish! ish! ish! anak sape lah tu…nak pi intai2 buat calon menantu

    Budak2 macam tu dah pupus sekarang ni, sesiapa ada anak, baik sambar cepat-cepat, kerjapun dah ada tu hu hu hu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Aku Gila SEOMy Profile

  12. ye..btol tu kak.. Ibu mertua is our Ibu kandung juga!! 😉
    Jom terjah post menarik dari madammondoq ..HyppTV’s Exclusive Bloggers’ Party!My Profile

  13. Adilla Harun says:

    Benar, saya setuju! Wang itu alat kehidupan. Budi bahasa itu melambangkan akhlak utama. Itu juga agama kita tekankan dalam setiap urusan. Itu juga pembawaan Rasul, idola kita. Akhlak yang baik. Sejuk hati dan mudah urusan kita.

    Memang benar, bab penyewa rumah ni, kekadang ada yang tak bernasib baik. Cth mak saya sendiri. 2 kali ditipu. Yang tak bayar sewa dan lari cabut tengah malam pun ada. Saya pun syukur 3 penyewa setakat ni ok aje.

  14. terima kasih perkongsian asam garam kehidupan 😎
    Jom terjah post menarik dari maksu ..PBAKL 2011My Profile

  15. yg mulia itu budi, yg indah itu bahasa. selamat mendapat tenant yg baru

  16. seronok kalau dapat penyewa dan tuan rumah yang baik, tidak mcm sy sekarang….tuan rumah banyak masalah…

    selalu minta advance sewa la, nak pinjam duit la…janji 26 setiap bulan tapi kadang, 23 ataupun 25 dah telefon minta sewa…minta saja takper siap marah2 lagi, ugut nak naikkan sewa

    padahal semua benda sy buat kat rumah dia, janji ms nak masuk dulu nak pasang semua benda tapi sy masa rumah kosong, lampu, kipas, paip sinki semuanya sy buat sendiri

    dari hari mula2 serah kunci sampai skrg dah tak pernah jumpa…bila mengadu rosak itu ini, semuanya suruh sy buat…tapi sy tak kisah repair itu ini, cuma terkilan bila tiba bab bayar sewa, tiap bulan mesti nak gaduh2
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kisah hantu di ofis kuMy Profile

  17. ooo dekat situ yer, sy pun pernah menyewa situ dulu kakjie masa belajar kat upm…

    em berapa kakjie sewakan sebulan untuk rumah tu?
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kisah hantu di ofis kuMy Profile

  18. tazkirah malam jumaat.. tapi baca hari jumaat.. erkk.. malam tadi tak sempat nak belek hehehe…
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Web Hosting – NetMyNe adalah Lemau Provide by @TMCORP UnifiMy Profile

  19. desa serdang belakang minlon
    ahad ni nk pi kemas2, cuci apa yg patut
    nak cari penyewa baru
    kena bagi cantik2 dulu baru bagi org tgok 😆

  20. aimannajmy says:

    bagus dapat penyewa yang sebaik itu..kita pun tak penin kepala bila saat terakhir memulangkan kunci rumah

  21. uh!!sungguh tinggi budi bahasa dia.kaau jumpa orang yang macam ni, sememangnya membuatkan diri segan dengan dia kerana budi pekerti dia yang tinggi.terharu juga dibuatnya!

  22. kalau ada sumur di ladang
    boleh lah saya menumpang mandi
    kalau ada umur yang panjang
    boleh lah kita berjumpa lagi

    cewwahh!
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Yang selalu kita tak perasanMy Profile

  23. decrewz says:

    Sopan santun orangya.. ANak siapa la ni yer..he3
    Jom terjah post menarik dari decrewz ..Kisah Benar Lagenda Budak Setan Ruby &amp Shah – PengenalanMy Profile

  24. Tak ramai yang berpeluang sebegitu kak.
    Syurga dibawah telapak kaki ibu,
    syurga isteri pada……

  25. er, maaflah, tak pandai buat pantun.
    jangan mara…
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..Tips Untuk Bahagia 1My Profile

  26. Beruntung sungguh apabila mendapat penyewa yang begitu… setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, semua balasan terhadap tuan rumah yang baik hati juga… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Dalam kelembutan boleh membinasakanMy Profile

  27. indah alam nikmat kurnia,
    dari Tuhan yang Maha Penyayang,
    inilah sunnah hidup di dunia,
    jika berbudi pasti kakjie sayang.
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..kesilapan dalam rancangan Maharaja LawakMy Profile

  28. er, kejap, nak fikir pembayang pantun
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..Tips Untuk Bahagia 1My Profile

  29. belalang says:

    kelmarin belalang ke kwsp berurusan dgn staff2 yang sangat peramah d sana…senang jer hati apabila berjumpa dgn org sebegitu…
    Jom terjah post menarik dari belalang ..Barcelona vs Real Madrid 21-04-2011- Video Jaringan Christiano RonaldoMy Profile

  30. senangnya hati bila berurusan dengan orang yang tinggi budi bahasa 🙂

  31. saya yang baca pun tersentuh jugak..susah dah nak jumpa macam tu..serdang kat mana kak jie?akak ada satu rumah kt balakong, disewakan jugak
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Kem Satu Murid Satu SukanMy Profile

  32. Jumpa orang berbudi bahasa macam ni boleh buat kita yang penat driving jauh-jauh tak terasa penat langsung.

    Alhamdulillah, semoga anak itu terus mengamalkan sikap sebegitu bila bekerja pulak. InshaAllah.
    Jom terjah post menarik dari NailahAzman ..Perlu Ke Nak Bagitahu Jumlah Dah Berapa Kali Pergi Buat Amal IbadahMy Profile