Kerana Sebutir Pasir

Penakluk pertama Mount Everest, puncak tertinggi dunia di Pegunungan Himalaya, Sir Edmund Hillary, pernah ditanya wartawan apa yang paling ditakutinya dalam menjelajah alam.

Dia lalu mengaku tidak takut pada binatang buas, jurang yang curam, bongkah ais raksasa, atau padang pasir yang luas dan gersang sekali pun!

Lantas apa?

“Sebutir pasir yang terselip di sela² jari kaki,” kata Hillary.

Wartawan hairan, tetapi penjelajah melanjutkan kata-katanya,

“Sebutir pasir yang masuk di sela² jari kaki sering sekali menjadi awal malapetaka. Ia boleh masuk ke kulit kaki atau menyelusup melalui kuku. Lama kelamaan jari kaki terkena infeksi, lalu membusuk. Tanpa sedar, kaki pun tak dapat digerakkan. Itulah malapetaka bagi seorang penjelajah sebab dia harus ditandu.”

Harimau, buaya, dan beruang, walaupun buas, adalah binatang yang secara naluri takut menghadapi manusia. Sedang menghadapi jurang yang dalam dan ganasnya padang pasir, seorang penjelajah sudah punya persiapan memadai. Tetapi, jika menghadapi sebutir pasir yang akan masuk ke jari kaki, seorang penjelajah tak mempersiapkannya. Dia cenderung mengabaikannya.

Apa yang dinyatakan Hillary, kalau kita renungkan, sebetulnya sama dengan orang yang mengabaikan dosa² kecil. Orang yang malakukan dosa kecil, misalnya mencuba² mencicipi minuman keras atau membicarakan keburukan orang lain, sering menganggap hal itu adalah dosa yang kecil. Kerana itu, banyak orang yang biasa melakukan dosa² kecil sehingga lambat laun jadi kebiasaan. Kalau sudah jadi kebiasaan, dosa kecil itu pun akan berubah jadi dosa besar yang sangat membahayakan dirinya dan masyarakat.

Melihat kemungkinan potensi kerosakan besar yang tercipta dari dosa² kecil itulah, Nabi Muhammad saw memperingatkan agar umatnya tidak mengabaikan dosa² kecil dan tidak melupakan amal baik walaupun kecil juga.

Dalam kisah sufi, seorang pelacur masuk syurga hanya kerana memberi minum anjing yang kehausan. Perbuatan yang cenderung dinilai sangat kecil itu ternyata di mata Allah punya nilai sangat besar kerana faktor keikhlasannya. Bukankah semua roh yang ada di seluruh alam ini, termasuk roh anjing tersebut, hakikatnya berasal dari Tuhan Yang Maha Pencipta juga? Itulah nilai setitis air penyejuk yang diberikan sang pelacur pada anjing yang kehausan.


Biodata Sir Edmund Hillary
Lahir : Auckland, NZ – 20 July 1919
Meninggal : Auckland, NZ -11 Januari 2008 ( 88 tahun)
Isteri : Louise Mary Rose ( 1953 – 1975, meninggal dalam kecelakaan pesawat)
June Mulgrew ( 1989 – 2008 )
Anak : Peter ( 1954 )
Sarah ( 1955 )
Belinda ( 1959 – 1975, meninggal bersama ibunya Louise Mary Rose )

* terselip = termasuk di antara benda² lain, terselit, tersisip
* sela-sela = ruang di antara dua benda, celah

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1429H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.
Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
Selamat Berpuasa

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Aje ngan iye, Jie. Tambah dah duduk kat tempat tinggi jauh dari manusia. Siapa nak tolong? Sakit ooo kalau ibu jari bengkak. Serba tak kena dibuatnya.

    ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…

  2. isk isk… yg first comment tu tak sempat nak delete… sowwiii …

    >>> no hal lah….semua blogger akan faham sbb pernah terbuat mcm tu juga 😆

  3. hmmm kalau cam tu bila jumpa harimau atau lain2 binatang ganas, kita masukkan pasir ke celah jari2 dia… boleh ker?

  4. hmmm akalu cam tu bila jumpa harimau atau lain2 binatang ganas, kita masukkan pasir ke celah jari2 dia… boleh ker?

    >>> owh..kalau itu hariman sarkis yang pakai kasut 😆 😆

  5. kakjie.. mencicipi tu maksudnya apa…

    >>> rasa dihujung lidah..mcm kita rasa masakan.. 😆
    tapi sebenarnya mencicip tu bunyi..bunyi halus ..ala..bunyi masa kita rasa masakan tu la…

  6. Selamat berpuasa Kak Jie… Ampun dan Maaf jika ada tersalah kata…

    >>> sama2..kak jie pun..maafkan kepoyoan kak jie..hehehee 😆

  7. selamat berpuasa kak jie

    >>> ye..selamat berpuasa

  8. aeropama dot com says:

    salam jumaat kak jie,

    mana theme baru tu pergi? br tadi saya masuk ada theme br. tup2 bila klik entri ni dh tukar theme lama lak

    ps: tgh adjust2 n godek2 wordpress ke kak jie? godek jgn xgodek 😆

    >>> tgh menerai…sengal2…klik2 je tukar 😆

  9. sebutir pasir tu la boleh memakan kaki..
    dan kerana sebuah dosa kecil pun,
    boleh memakan diri =)

    sangat suka entry ini,mama! 😀

    >>> 😆 baguskah dah faham

  10. Tajuk entry macam tajuk lagu pulak! 😀 Selamat berpuasa buat K.Jie. Mohon ampun & maaf sekiranya Intan ada tersilap kata sengaja @ tidak sengaja…

    >>> ada ke tajuk lagi mcm tu..
    hehehe..skrg ni kak jie suka cari tajuk entri yg …jiwang merayang2
    kadang2 ada maksud yg diri sendiri saja faham.. 😆

  11. ulang tayang lagiiiii :)) muehehehehe
    slamat menyambut ramadhan juga kujie.

    >>> entri sy ada byk la pakcik
    500+…kalau boleh tak nak laju sgt… slow2..tapi udah tebiat tiap pagi ade entri
    tu yg cari buat ulangtayang..alaaaaaaaaaaaa…
    astro yg berbayar tu dok ulangtayang 8000kali kita boleh terima..kehkehkeh 😆

  12. sejak hg kawan dgn aku hg pun dah pandai ckp sabah noo 😉

    melakukan………>> mAlakukan :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    >>> ngeh..terang mata, rajin makan keret ke? 😆

  13. Jie cyg..slamat berpuasa yer…..mmuahhh! 😉

    >>> sama2 Jun..slmt berpuasa…

  14. kebenaran yang memang tidak dapat disangkal. pengajaran seperti ini terlalu banyak ditunjukkan dalam agama kita.

    elakkan dari timbulnya bintik-bintik hitam didalam hati kerana apabila bintik-bintik hitam itu semakin banyak maka hitamlah keseluruhan hati tersebut.

    >>> banyak hal2 penting/akar umbi yang perlu kita betulkan untuk mendapatkan result yang cemerlang.. 😆

  15. mz kita beringat sesama sendiri….

    acai buatlah sesuatu yang meninggalkan kesan atau gambaran yg baik pada org lain..walau secubit biarlah apa yang kita titipkan untuk teman² kita yg dtg ini memberi satu ketenangan jiwa..kita akan ditanya di pertanggungjawapkan apa yg telah kita lakukan…..walau hanya satu entri di blog!

    waterlily pengalaman dijadikan sempadan ….

  16. bp sebutir pasir , dua butir…kalau dikumpulkan..tak terbilang kita pasir di pantai…:p

    combi kita hanya manusia yg lemah, semoga kita masih punya hati yang hidup untuk bertindak balas dgn teguran dan ingatan…. peringatan ini utk diri aku sendiri combi..sebab tu aku suka membaca entry lama² dan membaca blog orang lain..banyak yang dapat dikutip sebagai sempadan hidup …kita bukan semakin tua…untuk menongkat langit!

  17. waterlily says:

    wooo..terselit ribuan makna mendalam ni kak jie.

  18. slm kak jie,lama sy tak mampir sini,heheh..kak, entry akk kali ni mmg beri keinsafan betul,huhu..:) mmg bukan amal ibadah sahaja yg dipandang olehNya, subhanallah..kalau renung kembali kata pendaki yg mati tu mmg byk benarnya,huhu..

  19. sighhh … dosa besar dah la manyak. apatah lagi dosa kecik …

  20. echah_syed says:

    aku byk dosa kecik sbb anyam ketupat pulut bila meshorat tangga..jd ari baik bln baik ni mai kita salam cium pp ngn tgn naa 🙂

    ~ amponn tuhan ~

  21. blackpurple @ jowopinter says:

    Pasir itu juga diibaratkan sebagai perkar yang remeh temeh, bagi seseorang orang. Kebanyakan orang cuma nampak batu. Padahal pasir yang halus itulah nanti yang menjadi fillernya.

    🙂

  22. rio

    Jadilah setitis embun yang cuba memuaskan dahaga sebutir kacang hijau untuk dapat bercambah….

    muadz

    kalau dtg sini, bukan semangkuk cencol , sepinggan mee rojak pun kakjie sanggup..eee…sedapnya…panas² ni fikirkan cendol…:p

  23. muadzlife says:

    ya….jadi mulakan hari anda..sekurang2nya membuat kebajikan yang kecil2..hehehehe contoh nya..KakJie belanja saya cendol…

  24. Jie..Salam Jumaat. Yang tersela dijemari kaki.Sekadar sebutir pasir.Seandai enggan teliti.Hakikat tak mungkin mungkir.

Trackbacks

  1. negaraku.net says:

    Kerana Sebutir Pasir | Hidup Biar Sedap…

    Sebutir pasir yang masuk di sela² jari kaki sering sekali menjadi awal malapetaka. Ia boleh masuk ke kulit kaki atau menyelusup melalui kuku. Lama kelamaan jari kaki terkena infeksi, lalu membusuk. Tanpa sedar, kaki pun tak dapat digerakkan. Itulah ma…