Ketika Cinta Terurai Menjadi Perbuatan

Kulitnya hitam. Wajahnya jelek. Usianya tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja dia percaya kalau dia berada di rumah hantu.

Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali. Sanggupkah dia meneruskan keputusannya? Tapi dia segera kembali pada tekadnya. Dia sudah memutuskan untuk menikahi dan mencintai perempuan itu. Apapun resikonya.

Suatu hari perempuan itu berkata padanya, “Ini emas²ku yang sudah lama kutabung, pakailah ini untuk mencari wanita idamanmu, aku hanya mengharapkan status bahawa aku pernah menikah dan menjadi seorang isteri.”

Tetapi lelaki itu menjawab, “Aku sudah memutuskan untuk mencintaimu. Aku takkan menikah lagi.”

Semua orang merasa hairan kerana keluarga itu tetap utuh sepanjang hidup mereka. Bahkan mereka dikurniakan anak² dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa.

Ber-tahun² kemudian ada yang bertanya rahsia keutuhan dan kebahagiaan keluarga ini padanya. Lelaki itu menjawab mudah, “Aku memutuskan untuk mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang mampu dia lakukan untukku. Sampai aku hampir tak pernah merasakan bahawa kulit hitam dan wajah jeleknya itu dalam kehidupanku. Yang aku rasakan adalah ketenangan jiwa yang melupakan aku pada fizikalnya.”

Begitulah cinta ketika ia terurai menjadi perbuatan. Ukuran sebenar cinta adalah ketika ia bersemi di dalam hati…berkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan…Kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata… Kalau cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhunjam dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya berjuntai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini, bahawa cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang kuat. Cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus disemai setiap saat sepanjang hidup bersama.

Rahsia dari sebuah hubungan yang berjaya bertahan dalam waktu lama adalah bukti cinta terus menerus. Yang dilakukan para pecinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan kerana perasaan cinta yang bersemi di dalam hati, tapi kerana kebaikan tiada henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.

Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan isterinya dan terus memutuskan untuk mencintainya. Dan isterinya, yang terus menerus melahirkan kebajikan dari cinta tanpa henti. Cinta yang tidak terurai jadi perbuatan adalah jawapan atas angka² perceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat kita.

“Jika kita memiliki kesempatan utk menjadi seseorang yg LUAR BIASA, Kenapa kita memilih untuk menjadi biasa-biasa saja? Bukankah hidup ini hanya sekali saja? Pastikan diri kita BERGUNA untuk orang banyak.”

Jie ~ ini artikel lama yang sangat² saya suka… seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

~ Bulan puasa macam ni, saya agak sibuk jadi maafkan saya jika hanya ada  entri kitar semula.

~  Kepada sesiapa  yang sudi, klik pada ” Hubungi Saya” di atas entri ini dan berikan saya alamat @ no.tel.  Terimakasih

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kalau Jie nak tahu, ex atuk anney selalu kacau kami dulu. Dia kata kat anney, kenapa nak stay ngan opah sebab opah tak elok macam dia. Yalah, hindustan. Lawa-lawa belaka. Well, anney tak adalah jawab macam lelaki kat atas tu jawab tapi dia kata, masa dengan isteri pertama, dia tak makan. Duit gaji dia dia orang habiskan. Barang-barang dia dia orang gadaikan. Dengan opah (cewah, terasa macam puji diri pulak), kalau dia tak makan, opah tak nak makan. Kalau dapat gaji, opah suruh buat jadual barang-barang yang nak dibeli supaya tak membazir, kalau ada duit lebih, opah suruh dia beli barang-barang yang elok dan tahan untuk diri dia sendiri dan banyak lagilah anney cakap sampai opah teroyak sebab tak sangka dia perhatikan apa yang kita buat.

    ODs last blog post..Opah Mohon Jutaan Maaf

  2. wahhh tukar theme lagi ek. hehe 🙂

  3. sukanya artikel ni. menusuk ke kalbu..
    tp rasa2nya susah lg nk jumpa lelaki camtu kat dunia skang ni…
    sume org bekata dr mata turun ke hati. kalau kat mata tak cantik kat hati pun tak berkenan….

    >>> hehehe..biasa tu
    ini kes istimewa…entah berapa ramai yg berani

  4. jika tak salah, selepas berkahwin cinta makin menipis, tanggungjawab makin bertambah,
    jika masing-masing bertanggungjawab, kasih sayang akan kekal. Pokoknya kalau ingat
    amanah dari Allah, selamatlahkan.
    Kak Jie, manalah nak jumpa lelaki macam tu lagi ye?
    Koman2 pun depa nak isteri cun macam artis ke 😀 , he, he……..

    >>> mgkn ada, cuma kita tak jumpa
    dia utk org yg istimewa juga… 😆

  5. subhanallah kak jie… cukup baik kisah ni.. sungguh terkesan di Hati…

    >>> moga menjadi pedoman utk kita semua…kebahagiaan bukanlah terletak pada kesempurnaan fizikal…

  6. waaah…sy suke entry ni..sgt mendalam maksud.. 🙂

    >>> dan amalkan..

  7. rasa..macam nak nangis….

    >>>nah tisu…

  8. memang bertuah pada sesiapa yang mempunyai hati macam tu.. neeza belum ke tahap tu lagi kak Jie.. tapi memang akan bahagia hingga ke mati lah pasangan macam tu kan.. 🙂

    >>> hehehehe… kakjie pun…
    sekurang2 kita tahu…fizikal belum tentu dpt memberi kebahagiaan mutlak

  9. Tiada org yg sempurna. Cinta yg luhur melengkapkan ketidaksempurnaan antara pasangan. Try & learn to be better day by day…

    Thanks for this n3, K.Jie! 😀

    >>> tiada yg sempurna..ttp kita berusaha menjadi yg terbaik…bukan utk org lain..ttp utk kehidupan kita sendiri
    kita boleh memilih

  10. aeropama dot com says:

    saya ingin menjadi lelaki sebegitu. tp masih belum berjumpa perempuan yang sgt luhur cintanya. wujud lagi ke perempuan yg luhur cintanya?

    >>> Insyaallah..kalau berniat mcm tu
    lepas tu berusaha
    lepas tu berdoa
    lepas tu tawakal..

  11. alahai…… adakah lelaki sebegitu di dunia ini?

    >>> ada… mgkn bukan utk kita..hehehee 😆

  12. mama!
    gila suka la entry ni!! 😛

    ade ke laki cmni lg kt dunia skang ni?
    tak jemu2 memberi cinta tanpa melihat fizikal? 🙂
    susah ma..
    err boleh la dikatakn xde..

    tu yang ramai org cerai je kot nowadays ni :roll:

    hoho..

    >>> bab cinta suka ye..
    ni utk sama2 bermotivasi
    bkn utk yg baru mengenal cinta
    tapi pada yg hampir pudar 😆

  13. cerita yg harus dikongsi dgn suami… 😉

    >>>huhuhu…betul tu… dua2 kena main peranan..tak boleh sorang je..tak jadi 😛

  14. Cinpa, Cinta APA? ❓

    >>> jgn cipan udah.. 😆

Trackbacks

  1. negaraku.net says:

    Ketika Cinta Terurai Menjadi Perbuatan | Hidup Biar Sedap…

    cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhunjam dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya berjuntai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal….