Langkah Bijak Usahawan Terbilang.

Buku terbaru bacaan saya Ogos 2009 – Langkah Bijak Usahawan Terbilang tulisan Β Mohd Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria.

Langkah Bijak Usahawan Terbilang

17 Β Sifat keperibadian seorang usahawan

1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.

2. Memandang masa hadapan dengan jelas . Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran.

3. Berkeupayaan untuk bekerja keras – Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau ‘workaholic’ . Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.

4. Berfikiran positif – Seperti sikap hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.

5. Berani membuat keputusan – Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan dengan kadar segera. Β Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.

6. Bersikap optimistik – Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah ” Masa kini ialah masa yang terbaik” dan ” Semua perkara boleh dilakukan”

7. Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.

8. Berani mengabil risiko secara berhemah – Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza.

9. Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah

10. Bekerja sendiri – Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapatkan pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidamtan buat suatu jangka masa yag pendek.

11 – 17 – kena beli buku sendirilah dan terokai berbagai ilmu yang dikongsi di dalam buku ini. Buku ‘Langkah Bijak Usahawan Terbilang ‘ terbitan Telaga Biru Sdn Bhd adalah hasil tulisan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria.

Dalam buku ini dinyatakan sifat 1-6 dikenali sebagai sifat semula jadi yang dimiliki ketika lahir atau daripada susur galur keluarga. Sifat ini timbul dan berkembang kesan gabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat dirangsang secara dibuat-buat.

Sifat 7-17 adalah sifat yang dapat diperolehi atau dipelajari melalui latihan dan kemahiran.

Buku menarik menggunakan pendekatan yang santai, bahasa yang mudah, gambar, foto, ilustrasi dan kartun, isi dalam bentuk carta dan jadual akan sangat menarik untuk bacaan setiap orang yang ingin bermotivasi sebagai usahawan berjaya.

Boleh juga dijadikan hadiah. Cenderahari yang tidak mungkin mencederakan hati

Harijadi suami pun tak lama lagi , kan…

37 Replies to “Langkah Bijak Usahawan Terbilang.”

  1. Saya percaya sikap positif dan optimistik adalah yang terpenting. Kerana sikap inilah yang mendorong seseorang itu untuk terus mara walaupun telah kecundang dan tersungkur banyak kali. πŸ˜€

    1. @tekkaus, wah….saya semakin kagum dengan tatabahasa awak sekarang… itu adalah sikap semulajadi yang perlu dikembangkan…

  2. salam ziarah kembali.. err.. sy uat umah baru takde pulut kuninglah.. ongkosnya nggak ada.. huhuhu… dah lame saya tak bace buku yg berunsurkan motivasi ni.. πŸ˜€
    .-= Faarihin´s last blog ..Dari Jauh Ku Pohon Maaf =-.

      1. @Kujie, aaa buku lain… huhuhu.
        Malam esok malam baru balik sebab tadi habis kerja pun dah lambat. So esok siang boleh lah putaQ2 di Bandar Seri Begawan ni.hehehe.

  3. Jie ..
    kadang2 bila akak tengok orang2 ni jadi usahawan dan berjaya
    tingin gak ..

    tapi, akak ni nak jual petai pon cuak
    takut orang takmo beli :mrgreen:
    (nilah dia … blom apa-apa dah pesimis 😐 )
    .-= uji6june´s last blog ..aku bukanlah … =-.

  4. bab berani mengambil risiko yang neeza agak lemah banyak.. neeza pernah bukak restoran tau kak Jie.. tapi tak sanggup… heheh.. takleh cerita lebih2.. nanti jadi entry pulak hahahaha!!!
    .-= Neeza´s last blog ..Uhuk! Uhuk! =-.

    1. @Neeza, owh….neeza dah ada pengalaman tu… restoran tu perniagaan runcit..dpt cash…erkk..seronoknya πŸ˜†

      balik ke Malaysia nnt , ajak lah kita potong reben buka restoran baru..hehehe πŸ˜†

    1. @Bb Hussain, buku ini lebih kepada amalan perniagaan yang beretika, ciriciri kepemimpinan seorang usahawan juga langkah awal untuk membina diri ke arah usahawan terbilang.

      kak jie dah melepasi zaman baca novel cinta… πŸ˜†

  5. Menarik sangat tapi buku ditangan ada yang belum habis dibaca.. apapun buku-buku motivasi camni memang tak rugi kalau belipun..

    1. @nuaeman, buku ini mmg bagus untuk menjadi menambah ilmu keusahawanan. Takmahal pun, sebab apa bagus sangat kandungannya

  6. syarat no 4: berkeupayaan untuk bekerja keras. BD ada satu cerita mengenai kerja keras. Seorang isteri mengomel pada suaminya…”sebab abang suka bekerja keraslah saya beranak setahun dua kali….”

Comments are closed.