Lidah dan hati

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan:

“Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”

Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?”

tanya ibu tersebut kepada Loqman.

Loqman menjawab:

“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”

Mendengar jawapan Loqman, mengertilah ibu itu akan maksudnya, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

* Scheduled post

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bulan2 pose ni elokla buat schedule post..
    mase perut tgh penuh leh wat byk2, schedulekan je…
    mase tgh perut kosong xleh pikir lak…

  2. terima kasih atas tazkirah ni kak…. very nice 🙂

    >>> sharing is caring 😉

  3. nice post,mama 🙂

    so meaningful..
    pokok pangkal.. lidah ngan hati kita 😀

    >>> hati tu buat masak kicap pun sedap 😆

  4. itulah kebenaran yang seharusnya diterima!

    kebenaran yang tidak dipraktikkan pada orang islam sekarang. mungkin mereka lupa agaknya.

    apa pun terkesima seketika dengan kisah seperti ini.

    >>> sebab itu entri ini di publish..untuk ingat mengingat…saya suka baca entri saya sendiri yang lama2…boleh ingatkan diri sendiri..dan kawan2 sekitar…

  5. sebab tu ada peribahasa “lidah itu lebih tajam dari mata pedang”.

    >>>luka yg tidak berdarah… kita boleh lupa apa yg org buat pada kita tapi kita sukar utk melenyapkan apa yg kita pernah rasa dari kelukaan itu..ye ke..hehehehe….

  6. 2-2 kena baik. kalau hati baik tp lidah jahat pun org x suka. kalau lidah baik hati jahat laaaaaaagggiiii le jahat org tuhh.. huhu

    >>> lidah baik, hati jahat…hehehe..jadi watak drama ni..meleleh air mata nengok 😆

  7. Kalau hati busuk, semua yang dibuat akan jadi tak elok.. kalau lidah suka mencerca, orang yang dengar pulak akan sakit hati..

    tapi kalau lidah berkata yang baik2, semua orang suka. Kalau hati baik, tak payah kita war2, pasti orang senang dengan kita kan Kak Jie.. 🙂

    >>> setuju dgn neeza.. susahnya mengekang hati mengawal …menghindar dari tercela….

  8. Byk perkara bermula dengan hati kemudian diperkatakan dengan lidah… kalu hati beringin yg baik, maka baiklah perkataannya… begitulah sebaliknya… harap kita dapat menjaga hati dan lidah kita sepanjang masa. Peperangan bole berlaku hanya dengan lidah…

    >>> lidah itu mengzahirkan apa yg terdapat di batin

  9. mamaranggie says:

    betul tu kak jie,semua perbuatan kite dimulakan dgn niat..dari hati…

    >>> hati @ jiwa @ an-nafs mutmainnah tu hati/jwa yg disuluh dgn cahaya hati..nur sehingga bersih dari sifat² tercela..beruntunglah kalau sampai ke tahap tu..tapi tak apa..kita berusaha…

  10. Lidah & hati…. Nampak sgt mudah, tapi realitinya sgt payah.
    Thanks for sharing, K.Jie! 😆

    >>> betul tu Intan…banyak tahap utk mencapainya..tak pe..sekurang² kita berusaha… berniat utk berubah..menjaga hati yang seketul ini. Hati yang letaknya 2 jari di bawah susu kiri..
    heheheh…cepat p letak jari kt bawah susu masing²..kat situlah terletaknya objek hati… 😆

  11. Senario politik di Malaysia yang paling banyak melibatkan soal lidah dan hati!
    Apa pandangan Jie…
    penyokong parti bertelagah dalam blog!
    mengumpat mengeji / memfitnah dan saling kata mengata dan tuduh menuduh!

    Bila kita akan dapat lihat keamanan di bumi Malaysia ini?

    >>> Salam lawa, saya tak mampu nak merubah semua itu…saya masih tahap orang awam, belum sampai ke makam orang² salik atau pun khawas. Tiap orang akan mendapat hidayat sesuai dgn kedudukan masing² termasuk juga saya
    Bukan senang untuk mencapai hati yang mutmainnah. . Hati yang basirah. Hati yang hidup. hati yang bersih. Apa yang boleh, saya bermula dari diri saya… saya jaga diri saya…dan tentunya dengan kawan² sekitar saya…dan dgn sebab itulah entri ini dipublishkan untuk diri saya dan kawan² sekitar saya.
    Saya suka bab hati… krn kita mmg memiliki 2 bahagian zahir & batin. Yg zahir mcm anggota mata, telinga dsbnya. Dan satu bahagian lagi adalah roh atau batin sepeti sodrun,qalbu,fuadun….dan tahap paling tinggi adalah sirrun…sirr hati…hati yg terdalam atau lubuk hati.
    Berbalik kepada ahli politik atau sesiapa yg dimaksudkan itu, saya cuma boleh bercakap itu adalah berbalik kepada diri mereka sendiri..bukan siapa mereka @ jawatan mereka. Jika setiap dari kita yang berusaha membentuk jiwa yang suci, InsyaAllah kita akan mempunyai kelompok@ masyarakat yang begitu… semuanya bermula dari diri kita…yang penting kita mesti mendapatkan hati yang bersih/suci itu sama ada melalui cara kashi atau ikhtiar atau pun secara samaie ( mendengar)
    😆 sebulan cuti Ramadhan..rindunya dengan kelas. Maaf ye kalau saya membebel berjela²..saya suka bab hati ini.

  12. ye betul tu kak “kerana mulut badan binasa” 😆

    >>> apa yg keluar dr mulut, secara otometik berasal dari hati….

Trackbacks

  1. negaraku.net says:

    Lidah dan hati | Hidup Biar Sedap…

    “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”…

  2. […] Kujie2 – kuchi kuchi ku?  👿 […]