Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah, Tadarus hari tu dah selesai.  Majlis Khatam Quran hari ini berjaya disempurnakan dengan izin Allah Subhanawataala . Semoga segala amal baik yang kita perhebatkan sepanjang Ramadhan ini dapat diteruskan untuk sepanjang hayat akan datang. Insya Allah.

* Antara sebab kenapa saya sangat selesa tinggal di sini adalah kerana kehidupan kemasyarakatan sama ada orang Islam atau bukan Islam berpuas hati, rasa senang dan tenang, rasa aman dan damai, selamat dan menyelamatkan, merasa gembira dan bahagia, merasa kasih sayang dan harmoni.
Kawasan kejiranan saya mempunyai ramai orang alim atau para ulama yang sentiasa menjadi obor penyuluh hidup setiap manusia ke jalan yang diredhai oleh Tuhan.

Majlis tadi dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha 2 rakaat di ikuti Solat Sunat Tasbih yang dipimpin oleh Ustaz Amin dari JAIS .

Selesai solat, tazkirah ( Pengajaran Yang Ke-28) dari kitab Al-Mawa’izd Al-Badi’ah.

Menurut ustaz, kepatuhan kita kepada Allah ini ada 4 jenis :

1 – Taat
2 – Derhaka
3 – Taat tetapi derhaka – mentaati perintah Allah tetapi masih ada yang tidak dapat dielakkan seperti riak di dalam amal ibadah, penyakit hati atau menzalimi.
4 – Derhaka tetapi taat – melakukan dosa² besar, membunuh, mencuri dan sebagainya tetapi tetap dia sembahyang, zakat atau menunaikan haji.

Katogari orang Islam juga ada 4 :
1 – Islam yang abai – contoh ‘aku tak kacau orang, orang jangan kacau aku’
2 – Islam yang cuai – ada ilmu dan merasakan perlu beragama dan perlukan Tuhan tetapi hanya bermasa – mengikut kesesuaian / kesenangan sendiri.
3 – Islam yang lalai – ada ilmu, ada pengetahuan tetapi lalai daripada penyakit hati yang meracuni fikiran, merasa sudah bagus dan cukup amal ibadah. Rasa sempurna dan yakin masuk syurga.
4 – Islam yang beriman, beramal dan ikhlas di sisi Allah.

Hai hambaKu, Bahawanya badanmu itu amat dhaif ( lemah ) dan safarmu ( perjalananmu ) itu amat jauh dan tanggunganmu itu amat berat dan titi sirathal mustaqim itu amat seni ( halus), dan yang meniup sangkakala itu Israfil , dan yang menerima amal itu melihat, dan qadhi itu Rabbun Jalil, yakni yang menghukumkan itu Tuhan yang Amat Qahhar ( keras ).

Selapas tazkirah, kami meneruskan majlis khatan Al-Quran 30 Juzuk Sempena Sambutan Bulan Ramadhan

* Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

*Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat Sunat Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam . Solat Sunat Tasbih waktu malam  dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan satu salam
Niatnya : Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala

Maklumat lanjut :cybermosque.mpsj.gov.my

Saya mohon entri ini janganlah diandaikan saya menunjuk² atau riak tetapi saya hanya  sekadar memanjangkan sedikit ilmu yang saya dapat tadi .  Saya juga hamba Allah yang tidak cukup sempurna malah masih lagi mencari dan mengejar ilmu untuk melengkapi hidup.  Ini hanyalah perkongsian saya bersama kawan² saya disini yang amat saya sayangi.

Berdoalah untuk mendapat husnul khotima (saat tua dan kematian yang menggembirakan) dan jauh dari suul khotima (saat tua dan kematian yang menyedihkan).

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Saya jadi pengen juga segera mengkhatamkan Al Qur’an sebelum idhul Fitri datang
    Nice info Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Google Update Algoritma Baru, Google PenguinMy Profile

  2. assalamualaikum….

    alhamdulillah..lega sekarang dapat menyempurnakan majlis khatam alquran disekolah. dalam majlis tu.. ada 4 kategori pertandingan antaranya dikir barat bahasa arab,kalam jam’i, tilawah alquran dan kuiz jawi. program kemuncah ialah khatam Alquran beramai-ramai.
    yang bermasalahnya sekarang,.. macammna nak amalkan membaca alquran setiap hari agar boleh khatam setiap tahun…boleh tak kongsi masalah…

  3. Salam Ramadhan Kak Jie.

    Su tak sempat nak sertai majlis khatam dgn geng tadarus masjid snn Su dah balik kg pada 26 ptg. Majlis tu pulak 27 malam. Dan sedihnya tak sempat nak habiskan 30 juzuk bersama kumpulan sbb kami tak ramai, masa terhad dan ada yg datang kejap, pastu tak muncul-muncul lagi. Asalnya ada 7 org, skrg tinggal 3 je. Ada 2 org pulak ke Mekah utk puasa kat sana pd 15 Ramadhan.

    Sedih gak sbb ini kali pertama su sertai tadarus. Dan ia tak dapat su sempurnakan dengan sebaiknya. Memang kekurangan diri su. Huhu…

    Tapi insyaAllah, su akan cuba habiskan habiskan bacaan 30 juzuk sblm raya. Akan teruskan walaupun sorang. Moga Allah berikan kekuatan. Kak jie doakan Su juga ye… 🙁

    suaras last blog post..Antara Sedih Dan Syukur.

  4. dah khatam habis.. waa bagus bagus… saya lum lagi.. hujug minggu ni kot…

    Huhu… jarang buat solat tasbih… lama gak ni… especially time rukuk.. hehehe

    • Tadarus tak semestinya perlu cepat² khatam sebab tadarus itu sendiri bermaksud mempelajari, meneliti, menelaah, mengkaji dan mengambil pelajaran.

      Kat tempat Kak Jie, kami buat setiap tahun setiap kali khatam Al-Quran…

  5. Alhamdulillah…. niat K.Jie nak khatam pada tarikh yg diingini dimakbulkan Allah. Thanks 4 the info too! 😉

    • Ye lah Intan… majlis yang meriah..ada bunga telur..majlis yg bagi kak jie cukup..dari awal aturcara
      tapi………..
      kak jie CUTI! 😥

  6. Ah Mat Gebu says:

    Terima kasih pada kak Jie, kerana sudi berkongsi ilmu yang berguna..Moga Allah memberkati kak jie sekeluarga…..

  7. rindu untuk bertadarus macam tu.. dulu masa sekolah selalu buat cam tu.. sekarang ni dah lama tak buat.. buat sendiri2 aje.. ikut mana dan je kak Jie.. 🙁

  8. aeropama dot com says:

    walaupun di zaman skolah saya byk diajar tentang ini, tetapi penghayatan saya terhadap ilmu yang saya perolehi masih cetek lagi. saya akui saya lalai tentang beberapa perkara. entri kak jie mengingatkan saya kembali. terima kasih…

    • Sukar untuk kita samapi ke tempat yang dituju kalau kita tidak tahu arah dan jalannya. Lama lagi kita berjalan dan lagi lagi kita berjalan nescaya lagi jauh kita tersasar dari destinasi yang dituju. Oleh itu, dalam perjalanan, adalah baiknya kalau kita dapat berhenti seketika, melihat arah dari mana kita datang, menetapkan di mana kita sekarang dan mencari arah yang betul dan jalan sebenar untuk sampai ke destinasi yang kita tuju. Jika perlu, kita ubah haluan. Jika mampu kita percepatkan perjalanan. Ini penting dalam perjalanan di dunia. Ia lebih-lebih lagi penting dalam hendak menuju destinasi Akhirat.

  9. subhanallah sungguh besar ilmu islam. melalui suara merdu mengalunkan setiap bait-bait perkataan didalam kitab al-quran seolah-olah menyedarkan kita dari suatu kealpaan dan kelalaian.

    jika didalami dan difahami maksudnya, hati ini bisa meronta. air mata tidak dapat disekang. betapa jauhnya aku dengan agamaku secara ilmiah huhu.

    entri yang bagus untuk saya kak.

  10. alhamdulilah.. 😀

    aku selalu buat sunat duha ngn sunat hajat tiap-tiap pagi..

    dah jadi mak ni kena banyak berdoa utk anak-anak kan.. 😎

    >>> betul lah tu combi
    kena selalu berdoa…. doa utk diri sendiri, suami , anak2..keluarga, jiran tetangga malah utk seluruh muslimin muslimat 😆

  11. masa sekolah dulu menteil selalu ikut tadarus nie..
    tiap2 tahun.. tu pon sebab duit….
    tapi bila dah besar nie macam pemalas plak..
    aduh..
    teruknye aku…
    huhu
    😳

    >>> kita kan boleh bila2 masa saja berhijrah
    usaha berikan ruang utk diri sendiri
    membuat pelaburan hari akhirat.. 😆

  12. betul tu kak jie,ilmu yang ada mesti di kongsi, barullah berkat. 😀

    >>> org lain share resepi pun…ilmu yang baik juga… 😉