Mengapa Mesti Menjerit

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid²nya, “Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, dia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana ketika itu dia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak.”

“Tapi…” guru itu balik bertanya, “lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah dia tak dapat berbicara secara halus?”

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.

Guru lalu berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi.”

“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?”

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampaknya berfikir amat dalam namun tak seorang pun berani memberikan jawaban.

“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak sehingga sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Sang guru masih melanjutkan, “Ketika kamu sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TAK mengucapkan kata² mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantumu.”

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. JEFFROCKERS says:

    terima kasih jie. tangkap nanges ayat entri ni …

  2. zino kalau marah akan buat operasi senyap sunyi.. hehe

  3. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak sehingga sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

    impian …

  4. umi mia ini cuma artikel lama simpanan kakjie…utk renungan diri kakjie dan kita semua…

    dr azwan ni..sy hulurkan tissu paper…..:p

    may kalau buka luas dalam la maksudnya tu

    kalau yang tu memang esok kena minum air asam jawa berembun jantan la…:p

  5. jun samalah jun, ada byk yg tersimpan…sekurang² sy tak terlepas cakap..itu lebih baik..daripada kita menyesal krn kita cakap..itu lebih buruk

    tapi pakar motivasi ckp tak elok..ha ha ha….dlm hal ni, kita sendiri pertimbangankan mana yg baik mana yg buruk kan….

    kasawari he he he… dgn anak² menjerit tu sbb perihati kot

  6. yonna jerit sowang² tu tgh test pitching…:p

    arsaili utk peringatan diri kakjie juga …kadang² marah boleh membuatkan kita terlupa tindakan sepatutnya kita ambil

    bp tu memberontak tak capai sasaran..ha ha ha..org di sana tak nampk lagi geram

  7. dalam sungguh maksud entri nih…

    tapi kakjie…kalau berteriak sampai abis sora tuh..camna plak???

    hahha 😀

  8. Terasa nak nangis kat sini gak.. huhu

  9. Ha’ah..betul gak macam tu kan….thanks kak jie..for the info…

  10. entir bagus untuk diri saya yang suka menjerit gak.. “ayah.. jangan jerit jerit lagi eh” kata Aiman..

  11. hmmm…rasanyer jun byk simpan kat dalam..selalu pok pek pok pek kat anak j, yg laen sealed! agak2 jie la, kalu meletup tu..sempat jerit x? wahahaha….

  12. blackpurple @ jowopinter says:

    Kalau bercakap dengan orang yang jauh beratus km, di dalam telefon, tapi menjerit-jerit, itu kira macamana ek? 😀

  13. good tazkirah di hari jumaat..jangan kita di kawal oleh emosi, berusaha la agar kita yg mengawal emosi

  14. oho..
    patot la mak asek jerit2 kat yonna
    haha..
    besh entry mama ni 🙂
    tp kan ma..
    kalo jerit sorg2 cmne lak :p

  15. aziS setiap cerita ada 2 side yang berbeza… saya lebih banyak simpan untuk diri sendiri…sekurang²nya saya tidak terhutang dgn orang lain di akhirat.

  16. ibarat kalau kita marahkan seseorang janganlah melulu kita pergi menengking dan sebarkan keburukannya tanpa sedar sebenarnya memburukkan diri sendiri

  17. acai biasalah..mak dok pok pek pok pek hari²..anak² dah tau step dan irama..dia org tak heran..dah lali dgn telinga dah…

  18. sama macam abah sy..dia tengok je kitorang sume dah takut..mak yg marah berjela2 jarang adik bradik sy takut,hehee..