Mengembalikan Aura Positif Dalam Hidup

Cuaca baik sangat hari ini. Mentari bersinar terik dan angin bertiup lembut. Setelah hampir seminggu rumah diselubungi virus selesema dan cas-cas negatif, saya ambil kesempatan hujung minggu yang cerah ini untuk mengembalikan aura-aura positif dalam persekitaran.

Saya buka semua pintu dan tingkap seluasnya,tukar cadar , jemur bantal , vacum setiap bilik sambil menyusun atur buku majalah, berpuluh-puluh CD game di bawah katil anak-anak bujang.

Saya suka rumah yang terang disimbah cahaya matahari dan menikmati gerakan alunan langsir apabila dibuai tiupan angin.

taman yang sedang dibaikpulih , tapi tukangnya nun jauh kat Tasik Kenyir …balik sebulan sekali dan mungkin projek baikpulih ini memakan masa berbulan-bulan hikhik…

Kemudian saya clean up almari. Masukkan baju-baju yang masih elok tetapi dah lama tak pakai dalam plastik Self Adhesives untuk didermakan.

Ini kali ke 2 saya hantar baju lama kepada pusat pengumpulan. En. Zaki yang mengutip pakaian lama dan diagihkan ke rumah orang tua dan anak yatim beritahu cara saya mengasingkan dan menyusun tiap pakaian di dalam plastik seperti ini memudahkan kerja-kerja pengasihan.

Saya masukkan dua pasang baju kurung dalam setiap beg plastik dan kalau blouse, saya akan masukkan padanan sesuai pakaian tersebut sama ada seluar panjang atau skirt.

Saya juga hantar tudung yang tidak dipakai lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. dah lama xdpt aura positif.
    mungkin sbb badan pon dah lama xbersenam2, asyik mengumpul lemak je, jd bila bdn xselesa, aura pon kurang
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..The Atholl: Hotel Super Mewah Dengan Hanya 4 Pilihan Bilik TidurMy Profile

  2. bestnya kalau duduk kg, dapat udara segar.. kt sini dapat habuk je.. huhu..

    susah saya nak mengemas macam kak jie, nanti kemas, bersepah, sebab de 2 askar kecik yg tolong, tolong menyepahkan barang.. ahah.. tak pun sibuk nak tolong, last kali malas nak kemas..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Wordless Wednesday #14 – Ayam, oh Ayam!My Profile

  3. Hati Kak Jie baik sekali.. perlu untuk diteladani
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Daftar Dan Verifikasi / Klaim Blog di AlexaMy Profile

  4. budakserius says:

    Alhamdulillah.Hidupkan untuk memberi!HEHE
    Jom terjah post menarik dari budakserius ..Seorang Awek Tertangkap Kamera CCTV Mencuri Televisyen di HotelMy Profile

  5. seronok gak sekali-sekala buat kerja-kerja rumah yang mungkin jarang kita buat… boleh menyegarkan badan sekali… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Robot Wanita Pertama yang Paling CanggihMy Profile

  6. Sejuk mata memandang… hijau diluar rumah…
    Jom terjah post menarik dari Dieyna ..Amaran Tsunami ditarik BalikMy Profile

  7. aimannajmy says:

    wah syok buka ja pintu nampak hijau-hijauan yang menyegarkan mata.. kat sini buka ja pintu terus nampak jalan ngan keta/moto lalu lalang huhu
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Sayugia – Menjadi PastiMy Profile

  8. Best dapat bukak luas2 camtu. Kalau rumah taman kat sini, nak bukak pintu pagat luas2 pun risau. Amik aura kat sinilah skit… =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Terima kasih daun keladi, malam tadi makan meggi.My Profile

  9. Assalamualaikum,
    Saya sangat2 memerlukan aura positif macam tu, mintak sikit boleh?
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Keputusan dan Pemenang ABPBH ke 25, 2011My Profile

  10. Cara Kak Jie akan membuatkan orang lain akan rasa gembira.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Model baharu Proton Preve’ bukan sekadar namaMy Profile

  11. maka cas cas positive pun akan singgah…kan kan kan

  12. banyaknya baju..semoga memperolehi keberkatan.
    Jom terjah post menarik dari Man ..Perbezaan Kek Mahal Dengan Kek MurahMy Profile

  13. hidup mesti ceria kan kak
    Jom terjah post menarik dari azura ..Pecah Tanah Mersing LagunaMy Profile

  14. Salam kakjie ,

    EN Zaki tu kutip dari rumah ke ? kalau ya saya pun nak menderma dengan dia lah .. banyak baju2 terpakai di rumah ni , disimpan2 , buat penuh almari jek baik dermakan pd org yang memerlukan ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Cara Kira Gaji Baru SSM ( Sistem Saraan Malaysia )My Profile

  15. Mood Kak Jie dah datang balik nih…ayat pertama diatas menunjukan kecerian tuan blog…hikhik..
    Jom terjah post menarik dari azmanisma ..Mee Kari KacakMy Profile

  16. pagi pagi kena simbah air dulu baru cahaya matahari baru syok..hehe
    jangan kesihatan ok! 🙂
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Proton Preve Baru – Adakah Anda Sudah Bersedia?My Profile