Motivasi Pagi Jumaat
Abdul Malik bin Marwan pernah berkata: “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kamu mahukan dari diri kami seperti yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kamu tidak pun melaksanakan apa yang mereka (rakyat Abu Bakar dan Umar) amalkan?”
Pemimpin yang baik itu sebenarnya dilahirkan daripada masyarakat kebanyakan iaitu kalangan kita sendiri. Sepatutnyalah peribadi yang baik itu terbentuk daripada diri setiap individu, diikuti peringkat keluarga dan seterusnya kepada masyarakat yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara.
Jadi hendaklah kita mula membina sesebuah negara yang baik itu dengan mula mengubah diri kita terlebih dulu. Maka hendaklah kita sentiasa bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.
- Nawawi Subandi ( BH Online )




Salam Kak jie,
Bila pemimpin menjadikan dunia sebagai matlamat, adakalanya mereka lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia sentiasa melihat dan mengawasi. Jika seseorang pemimpin itu sedar Allah sedang memerhati dan ‘memberi markah’ untuk apa yang dilakukan, pasti mereka akan mengikuti jejak langkah Khalifah Umar.
Tak guna jika hanya mata kasar mampu melihat tapi buta mata hati. Mampukah seseorang itu menjadi pemimpin yang baik, jika hanya tangga dunia yang dipanjat? Bagaimana dgn tangga akhirat?
p/s : su juga sedang meneliti diri… mata hati su dah terbuka atau masih tertutup? huhu…
Yupe! A great king must be first be a great servant to humankind. No doubt about it. A great king will always put his people’s interest above his.
Anyway Kujie! I just wanna tell you that I’m following you right now via:
1~Google’s Friends Connect.
2~Blogs I follow
3~Blogrolls.
Hehe
hmm betul tu… dari nuclear bergabung dgn proton, electron membentuk ion dan seterusnya berkembang menjad susuk tubuh badan…
Oleh itu, jika peribadi kita mulia ia akan berkembang pula kepada negara!
huhuhuhu…
pemimpin yang agung adalah pemimpin yang lebih susah dari rakyatnya bukan yang hanya bersenang lenang hasil dari kesengsaraan rakyatnya
sedar atau tidak, kesemua kita adalah pemimpin kepada sesuatu, kecil atau besar, maka setiap insan ada tanggungjawab masing2.
note: tambah lawor laman nih, bravo
pemimpin yang lahir dari golongan bawahan macam kita akan mengerti masalah kita. tetapi pemimpin yang lahir dari kalangan orang kayangan, tidak akan mengerti masalah yang orang kita alami… begitulah adanya…. Wassalam…
Sebesar bangunan bermula dari sekecil bata
Sebesar dinasor bermula dari sezarah sel
Salam hormat wahai kujie.
Pemimpin yang ADIL adalah orang pertama akan dimasukkan kedalam Syurga.
Pemimpin ZALIM adalah manusia pertama akan dihumbankan kedalam NERAKA.
Ramai pemimpin yang ADIL, dahulu sering menangis. Ramai pemimpin sekarang yang KETAWA TERBAHAK – BAHAK.
Pemimpin perlu tahu tanggungjawab yang mereka pikul berat. Ramai yang tahu tapi tak peduli… keluar topik, Michael Jackson mati hari ni umur 50 tahun…sakit jantung
kruel74´s last blog ..How not to launch a new car… (BMW Z4 post)