Motivasi Pagi Rabu

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda:

” Barangsiapa yang hidup tenang dilingkungannya, sihat badannya, dan tercukupi keperluan sehari-harinya, maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya telah diperuntukkan untuknya’

Maksud hadis ini adalah bahawa jika kita telah mempunyai makanan yang cukup dan tempat berlindung yang aman, maka kita telah mendapatkan kebahagiaan yang sempurna dan kebaikan yang terindah.

Tetapi ramai dari kita ( termasuk saya juga ni ) kadang-kadang telah meraihnya tetapi kita tidak mengingatinya, tidak memperhatikannya dan tidak menyedarinya ( mensyukurinya )

Kita selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki sehingga melupakan kelebihan yang kita miliki.  Sebenarnya bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki, adalah membazirkan apa yang anda miliki

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

– Selamat Ulangtahun Sayang – Imran Ajmain

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bila kita ucapkan rasa syukur, insyaAllah Allah akan lipat gandakan nikmatnya
    Jom terjah post menarik dari Langkah Minda Positif ..Antara Syukur Dan Tidak BersyukurMy Profile

  2. Syukur alhamdulillah, kami berdua dirahmati ALLAH nampaknya. Moga berterusan kasih-sayangNYA itu dilimpahkan ke atas kita semua. Amin.

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

  3. tak kaya takpe, asalkan kita menjaga amalan kita. InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya

    Lan Bingkas last blog post..Bising di majlis perkahwinan

  4. kita selalu lupa

    kita selalu tengok apa kelebihan orang lain ….

    kita adalah manusia biasa ….

    pBs last blog post..513

  5. selalu ingat tapi lepas tu lupa balik. kena diingatkan selalu

    kruel74s last blog post..Social gathering as marketing tool

  6. erm.. mungkin aku belum merasanya ataupun aku sendiri tidak sedar…. ūüí°

  7. mmg kan jie…tu sbb kna selalu tgk yg lg susah dr kita supaya kita sedar betapa jauh beruntungnya kita dr org lain…tp dh namanya manusia…gitulah..cuma nk kna selalu muhasabah diri ni..heheh

    juns last blog post..

    ¬©Kujie ~ sebagai manusia Jun, kadang¬≤ mengeluh jugakan…. susah sebenarnya nak kawalan nafsu, nak kawalan hasrat supaya perasaan diungkapkan secara teratur, harmoni dan mempunyai arah

  8. Benar
    Kita selalu terlupa untuk bersyukur atas nikmat,
    Tetapi kerap mengeluh atas sedikit ujian dari tuhan..
    Termasuklah.. saya juga kadangkala.

    nuaemans last blog post..Cabaran Berbogel di Sekitar Bandaraya Johor Bahru!

    ©Kujie ~Memahami dan menghayati rasa bersyukur bukan hanya dengan lafaz tetapi dengan amalan
    sama-samalah kita ingat mengingati