Nilainya Tiada Tanda Harga!

Hidup kita tak lama, singkat saja jadi biarlah apa yang ditinggalkan benda² baik atau gambaran yang baik. Walaupun benda² kecil atau remeh bagi kita, mungkin bagi orang lain satu kesan yang begitu mendalam.

image : gettyimage

Hari raya kedua, kami anak beranak bersarapan memasuki satu premis makanan segara. Sebulan dah mengidam ni……….pujuk anak².:lol:

Seperti biasa, lepas selesai makan – kami akan kutip segala sisa dan angkat tray dan buang sisa makanan dalam tong dan letakkan tray di tempat yang disediakan. Saya memang ajar dan suruh anak² buat macam tu. Bukan berat pun.

Sewaktu berjalan untuk keluar, seorang staff menegur kami ” terimakasih kerana angkat tray, jarang orang nak buat macam tu…”

Bila ada peluang, buatlah kebaikan. Walaupun kecil dan sikit tetapi sekurang²nya kita mengembirakan hati seseorang.  Tiada harganya untuk sebuah senyuman.

Saya sebenarnya mengamalkan budaya ini selepas melihat sepasang warga asing ( dari eropah ) yang melakukan benda yang sama… hanya mereka yang bersihkan meja makan sendiri. Kemudian saya terfikir, kenapa tak boleh ikut benda² baik yang untuk diadaptasi dalam hidup seharian.  Saya kongsi kisah ini dan tabiat ini bersama anak².

Saya tanya anak² – kenapa mesti malu untuk berbuat baik?

©kujie – jadilah macam lebah…kat mana-mana pergi, dia akan mencari bunga untuk hasilkan madu… jangan jadi resmi lalat, kat mana² dia pergi, dia akan cari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada…

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. moscow hotel says

    I have read so many content on the topic of
    the blogger lovers except this post is truly a pleasant
    post, keep it up.
    Jom terjah post menarik dari moscow hotel ..moscow hotelMy Profile

  2. says

    betul tu… buat baik walaupun kecil…. bukankah da tertulis dalam Al-Quran, sebesar zarah pun Allah kira…

    p/s: kemas tray takdela, cuma lepas makan, bersihkan meja, kemaskan balik botol sos cili(letak balik tempat asal) dan bersihkan meja ngan tisu(lap air, buang kotoran sisa ayam yang terjatuh atas meja.) dan lagi satu masukkan kerusi semula dalam meja…heheheh hatta kalau meja orang lain pun masukkan juga… da terikut budaya 5s…heheheh
    Jom terjah post menarik dari zikri ..MyPC – Kad GrafikMy Profile

  3. Azham Zanal says

    Kakjie, dulu saya pernah kerja cafe terkenal, selalunya memang mat susly yang rajin buat camni.. orang kita susah sikit. Nasib baik kawan2 lepak dorg jenis feeling american so, kami banyak ambil budaya yang baik, salah satunya macam kajie ajar anak-anak.. sentiasa amal lepas makan kumpul atas tray dan kemas. Yup.. rasa macam nak makan mcd lah.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Azham Zanal ..Local SEO Dengan Google MapMy Profile

  4. rozy says

    totally agree dengan kak jie…. ;-)
    saya pun kalau ke fast food telah mengamalkan tabiat macam ni….lepas balik dari negara matahari terbit……di sana
    memang dah jadi budaya dn resam…..masyarakat setempat…
    kedaimakan boleh kurangkn manpower untuk buat kerja pembersihan disana.

  5. says

    kita bayar -dia dapat gaji

    itu adalah dari sudut apa yang dia dapat

    untuk kita?

    apa yg kita dapat selain kenyang? Bagilah Malaikat belah kanan tu kerja sikit..catit apa yg perlu…dah le Malaikat belah kiri tak pernah rest….dok catit je kerja kita :lol:

  6. denaihati says

    Malang sungguh orang Melayu yg dikatakan beragama Islam tetapi berbudaya yg tidak baik. Lihat sahaja ketika memandu berbondong-bondong mengunakan line kecemasan ketika berlaku kesesakan. Orang barat sivik mereka lebih tinggi dari kita yang diajar akhlak yg baik dalam Islam. Sombong kita jadi tinggi hanya kita dikatakan pengguna yg dikatakan KING. Sedih sungguh melihat orang Melayu sekarang…entah apa yg mereka kejarkan???
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Sayangkan Suami OrangMy Profile

  7. says

    Salam akak.
    Sbnrnya kalau kt negara lain, mmg kena kemas sndri.
    Saya skg sdg belajar di Kanada, mmg kena kemas sndr. Tak kira lah McD ke, Burger King ke, mmg sume kemas sndr. Mungkin malaysia patut amalkan

  8. says

    ouh..kie-yu pun pernah nampak mat salleh wat gini mse kt outstation to KL

    staff kt situ senyumm je sbb dah tlg kemaskan table tu
    org kita selalu sgt guna dialog ‘kita bayar lah!’
    Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Laptop Baru ServisMy Profile

  9. says

    Semasa dok kat jemen dulu, memang semua orang, lepas makan, hantar balik tray kat tempat letak tray yang memang dah disediakan, kira memang dah jadi budaya. Kalau tak letak tuh, nanti akan nampak sangat pelik. Mungkin budaya yang sama perlu di pupuk di kalangan orang kita di sini.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Apa yang anda nampakMy Profile

  10. samanosuke_04 says

    appreciate bende2 kecik camnie laa yang buat hidup bermakna.. takkan nak tunggu jadik millionaire dulu baru nak jadik baik kan? iman ade 70 lvl, level paling noob ialah alihkan benda menyakitkan kat tengah2 jalan tue.. ceewah!
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Same Apartment- Different Perabotsss!My Profile

  11. ann says

    sometimes kebaikan yang kecik dipandang remeh itu, besar maknanya bagi mereka yang menerima.

    dulu time study ann keja part time kat mcd pun slalu nampak orang putih buat macam tu.. we feel appreciated. walau sometimes tak bersih sangat pun, better than those yang dah la makan bersepah-sepah cam tak makan berbulan-bulan, berlagak, pastu cara pandang staff yang keja sana tu umpama kuli dia plak.

    p/s: kakjie sayangggg.. thanks for the comment. ngah try cari other solution plak, tukar theme dah, upload opera baru dah.. kena usaha lagi ni. :(
    Jom terjah post menarik dari ann ..Announcement and I’m in trouble Please HELPPPPPP ME!!My Profile

  12. says

    totally agree kak jie
    sini klu makan kat kedai mana-mana
    mesti dieorg cari bekas untuk buang sisa makanan
    klu tak dibuang
    memang rasa pelik

    kat malaysia sebab dah terbiasa dengan buang sisa makanan
    siap orang pandang pelik
    adusss
    buat kerja ‘mudah’ pun dianggap pelik

    sedih bila nilai islam orang kafir yang buat….
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Kahwin Lambat versi kesimpulanMy Profile

  13. says

    Kita boleh ajar apa yang baik, kadang2 diluar pengetahuan kita….lalai juga

    bukan orang lain…anak2 kak jie sendiri pun.
    sedar tapi itu terdaya kita buat..jangan tak didik langsung

  14. says

    hehe… pernah tgk warga asing yg buat kerja tu depan mata zana juga. tapi… rasanya zana buat benda yg sama hari tu gak kot. lelepas tu lupa balik. hehehehe…

    masa kerja di restoran makanan segera satu ketika dahulu mmg begitulah keadaannya kak jie. kalau ada pun org tempatan bekemas dan buang sampah mmg leh kira ngan jari.
    Jom terjah post menarik dari zana ..Kesayangan kuMy Profile

  15. afiq aiman says

    nice..akhlak yang baik suma orang suka..tak kira di mana kita berda..mesti orang akan respect jika akhlak kita baik…sangat hebat kak jie mendidik anak2 kak jie
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..DiGi iPhone 4 PlayMy Profile

  16. Lee says

    saya rasa saya tak pernah dengar lagi cerita mcm ni. ni lah first time sy tau yg ade org di fast food angkat tray mereka. tahniah kak jie..satu perbuatan yang sangat bagus!! :)

    betol ckp kak jie, buatlah kebaikan sementara masih ada masa. walaupun kecil, i.allah ianya akan diberi ganjaran olehNya… :)
    Jom terjah post menarik dari Lee ..Kuning Itu Bukan Sekadar WarnaMy Profile

  17. says

    memanglah benda2 ni tak boleh mengubah dunia menjadi lebih baik tetapi nilai moral , kepuasan hidup kita yg positif bukan perlu tunggu dunia berubah…. hal2 besar2 bermula dari kecil ;-)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge