Norman Hakim ditangkap khalwat?

Berita dari web gossip terhangat atas bumi sekarang ini, murai .com.my mengesahkan Norman Hakim pelakon utama siri Gerak Khas ditangkap khalwat bersama pasangannya pelakon baru Memey atau Suhaiza Suhaimi.
Tapi khabarnya Norman dakwa dirinya disabotaj

Simpati untuk Abby. Besar sungguh dugaan yang ditempuh. Bersabarlah…. Moga rumahtangga mereka masih dipelihara Allah.

Perkahwinan tidak wajar dilihat dari sudut kepuasan seks dan material semata-mata, ia haru dilihat sebagai ikatan persahabatan dan persefahaman antara lelaki dan wanita .

Dalam setiap perkahwinan pasti ada motifnya……….. kerana cinta dan kasih sayang?

kesunyian?

tekanan hidup?

desakan keluarga?

pengaruh kawan-kawan?

Petua RumahTangga Bahagia – Oleh Ustadz Asmungi Sidek

(Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

Post Lain Yang Berkaitan

60 Berkongsi Rasa

  • Pada 2008.10.31 09:49, negaraku.net menulis:

    Norman Hakim ditangkap khalwat? | Hidup Biar Sedap…

    Kasihan Abby…masih dalam pantang. Besar sungguh dugaan yang ditempuh. Bersabarlah…. kata Abby anggap saja kes ini jawapan kepada masalah pergolakan rumah tangga mereka selama ini….

    • Pada 2008.10.31 10:03, am menulis:

      aiyo kakjie.. tak sangka mamat tu kuat berskandal yer.. kalau betul disabotaj harap2 pasni elakkanlah masuk dalam situasi yang boleh mendatangkan curiga..

      ams last blog post..Police: Ark. campus shooting not random

      • Pada 2008.10.31 10:05, anasfadilah menulis:

        saya tak tahu pokok pangakal masalah rumahtangga depa ni

        tapi saya kesian kat abby,masih dalam pantang..

        *tengah salin nota tips2 kat atas :) *

        p/s::kasik print aje tips ni terus,nanti tampal kat peti es.

        anasfadilahs last blog post..::hehehe::

        • Pada 2008.10.31 10:29, mz menulis:

          x baik tau menjaja aib orang walo pun dah masuk suratkabo ….

          • Pada 2008.10.31 10:39, Kujie menulis:

            @mz, patut pakcik baca tajuk yang ada tanda soal
            lepas tu pakcik baca kesemua link yang saya sertakan
            ada hubung kait
            lepas tu pakcik baca entri yang saya blockquote.
            itu adalah fungsi backlink.

            • Pada 2008.10.31 10:39, Zana menulis:

              sedih dgr kes macam nie. bila dah berumahtangga patut jaga la rumahtangga bbtul. yg kurang ditegur, yg salah diperbetul. ini pi cari penyelesaian kat luar yg sebenarnya membawa masalah yg lebih besar kepada rumahtangga. as wife, takkan lupa sampai mati n even that lady pun takleh dimaafkan. huh!

              (ya saya mmg kejam ;) )

              Zanas last blog post..Betul ke?? Norman Hakim, Memey Ditangkap Khalwat!

              • Pada 2008.10.31 10:40, Kujie menulis:

                @anasfadilah, masalah rumahtangga artis, kita cuma simpati pada isteri
                betul atau tidak..kesannya sudah mengganggu emosi si isteri.

                rasanya kena tampal kat cermin meja solek :mrgreen:

                • Pada 2008.10.31 10:42, Kujie menulis:

                  @am, mungkin tidak seperti yang kita fikirkan..mmg tak mau fikir yang negatif pun tetapi kalau meletakkan diri dalam situasi mcm tu…

                  kesian Abby….

                  • Pada 2008.10.31 10:59, muadzlife menulis:

                    wat camner..selagi benama manusia..dia x pernah puas…

                    muadzlifes last blog post..Bakal2 Haji

                    • Pada 2008.10.31 10:59, zany menulis:

                      Allah maha berkuasa, kalau betul, inilah jawapan kepada persoalan yang bersarang dalam kepala seorang isteri macam Abby. Kalau takde angin takkan pokok bergoyang sendiri ye. Kesian anak-anak. :sad:

                      • Pada 2008.10.31 11:05, Kujie menulis:

                        @Zana, sebab tu kak jie letak tips dan petua sekali… jangan nampak tang gossip saja..

                        yang no # 7 tu – Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

                        Panduan penting ni… :wink:

                        • Pada 2008.10.31 11:08, Kujie menulis:

                          @muadzlife, bercinta dan berumahtanggalah adalah seni – seni pengurusan bagaimana kita mentadbir dengan baik soal peribadi dan emosi

                          • Pada 2008.10.31 11:10, Kujie menulis:

                            @zany, kemuncak kepada gossip selama ini…. Moga jalan penyelesaian yang elok utk kedua belah pihak ( tiga sebenarnya – anak² juga satu individu yang punya hak dlm keluarga )

                            • Pada 2008.10.31 11:22, Umimia menulis:

                              Kesiannya Abby…sedih lah mengenangkannya…hari tu Nora Danish ni Abby….sampai hati suami diaorang….

                              Umimias last blog post..Gambar-gambar cun from Penang Trip

                              • Pada 2008.10.31 11:33, Kujie menulis:

                                @Umimia, :sad: itu suami dia orang….kita ni kena jaga suami kita pula…

                                • Pada 2008.10.31 11:41, |1f34|-|1r3 menulis:

                                  haiya kak jie….norman pon org tergilakan ek? isk isk isk..kesian abby x abes pantang lg kan ?

                                  |1f34|-|1r3s last blog post..I got an email from Tony Fernandes !

                                  • Pada 2008.10.31 11:43, aqima menulis:

                                    dia tu harap je hensem n kaya tp prangai low class nauzubillah…… Moga2 dia ditunjukkan jalan yg bnar…… Cian kak abby tuh dah la baru bersalin waktu nuzul al-quran ari tu……. Insaflah norman oooi…… ko nk ilang peminat ker?

                                    • Pada 2008.10.31 12:03, nur'ain menulis:

                                      salam ziarah…~ ^_^

                                      bagus tips yg diberi. den nak kawin cepat la gini. hikhik :mrgreen:

                                      nur’ains last blog post..Lailahaillallah

                                      • Pada 2008.10.31 12:59, intan menulis:

                                        No komen lah pasal Norman Hakim tu. Tapi yg pasti simpati intan melimpah-ruah buat Abby…

                                        Kak Jie, Intan mintak izin nak copy petua rumahtangga bahagia ni. Buat pedoman. :wink:

                                        Awat template betukar je ni Kak Jie? Mood bandung x habis lagi ke??? :twisted:

                                        intans last blog post..My Bag, My Witness

                                        • Pada 2008.10.31 13:40, cakap kosong menulis:

                                          org lelaki nih tak cukup satu……………pompuan pun lebey kurang jer pun(tapi tak semua) :sad:

                                          cakap kosongs last blog post..Cerita Ujung 2 Raya……………

                                          • Pada 2008.10.31 14:40, Mak Su menulis:

                                            tak tahulah nk ckp apa, pasal r/tangga org ni… semoga jadi pedoman buat kita semua :shock:

                                            Mak Sus last blog post..Terima kasih kamu :)

                                            • Pada 2008.10.31 14:54, menteil menulis:

                                              disabotaj?
                                              erm.. aku sikit pon takleh terima…

                                              macam mael cakap, memey lepas nie dapat la anugerah perampas yang terunggul!!

                                              • Pada 2008.10.31 14:57, megat menulis:

                                                gosip!? kurang berminat. dunia yg penuh dgn keterbukaan dlm hubungan.

                                                yang menarik bagaimana nak jaga keharmonian dlm rumahyangga. dah agak lama tak mandi bersama huhu.

                                                • Pada 2008.10.31 15:18, chuckiesd menulis:

                                                  wah mmg suker berskandal mamat ni…betuljugak kalau takder angin tak kan pokok bergoyang kan…bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi…kecuali tepukkat dinding komponm bunyi./..hehehehhe

                                                  chuckiesds last blog post..Keep Your Credit Card Safe

                                                  • Pada 2008.10.31 15:49, Kujie menulis:

                                                    @chuckiesd, kesian Abby…masih dalam pantang

                                                    • Pada 2008.10.31 15:49, Kujie menulis:

                                                      @megat, hehehehe….a’ahalah
                                                      lama dah tak mandi bersama… :lol:

                                                      • Pada 2008.10.31 15:50, Kujie menulis:

                                                        @menteil, erk..bukan ke award tu utk sorang lagi artis tu…. :wink:

                                                        • Pada 2008.10.31 15:51, Kujie menulis:

                                                          @Mak Su, Suami seperti matahari sentiasa panas,
                                                          isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,
                                                          manakala anak-anak pula umpama bintang :mrgreen:

                                                          • Pada 2008.10.31 15:51, Kujie menulis:

                                                            @cakap kosong, lelaki dan perempuan sebenarnya sama saja..tak mungkin satu pihak saja :wink:

                                                            • Pada 2008.10.31 15:55, izzah menulis:

                                                              sepatutnya norman belajar dari kesilapan lalu..bukan ambil kesempatan masa isteri masih dalam pantang..itulah..kalau iman kita tak bawa bersama kemana2..inilah jadinya…

                                                              • Pada 2008.10.31 15:56, Kujie menulis:

                                                                @intan, ambil je Intan, sharing is caring..
                                                                moga rumahtangga kita sesama dilindungiNya

                                                                • Pada 2008.10.31 15:58, Kujie menulis:

                                                                  @nur’ain, berkongsilah……… :eek:

                                                                  • Pada 2008.10.31 16:01, Kujie menulis:

                                                                    @|1f34|-|1r3, amboiii…selagi namanya LELAKI, tua gayut 70 tahun pun ada harga tauuu… :mrgreen:

                                                                    • Pada 2008.10.31 16:02, Kujie menulis:

                                                                      @izzah, jadi..kita yang ambil ini sebagai pedoman

                                                                      • Pada 2008.10.31 16:30, mz menulis:

                                                                        x baik tau menjaja aib orang lain walopun dah masuk suratkabo.

                                                                        *stetment ini tak berubah dan tak akan berubah* :p

                                                                        • Pada 2008.10.31 16:33, Kujie menulis:

                                                                          @mz, :mrgreen: tak mahu komenlah, pakcik lebih bijak pandai :mrgreen:

                                                                          • Pada 2008.10.31 17:02, chuckiesd menulis:

                                                                            Yer ker abby masih dalam pantang…kesian sungguh..

                                                                            chuckiesds last blog post..Keep Your Credit Card Safe

                                                                            • Pada 2008.10.31 17:18, samdaddycool menulis:

                                                                              gossip.. saya malas nak komen.. saya tertarik dengan Petua RumahTangga Bahagia – Oleh Ustadz Asmungi Sidek..

                                                                              Semua dah dibuat tapi Allah Maha Mengetahui….

                                                                              samdaddycools last blog post..Artwork – batik painting.. 1st attempt

                                                                              • Pada 2008.10.31 20:12, diva menulis:

                                                                                bila baca yg nombor 1 tu diva teringat jamban dalam blog UJ…. boleh beraksi bersama….

                                                                                divas last blog post..PANTUN DIVA

                                                                                • Pada 2008.10.31 21:22, |1f34|-|1r3 menulis:

                                                                                  pada pendapat kak jie la kan….btol ke org lelaki ni..makin tua…makin berharga ? hehe :wink:

                                                                                  |1f34|-|1r3s last blog post..What happens when your office mates read your blog?

                                                                                  • [...] Norman Hakim ditangkap khalwat? | Hidup Biar Sedap 31 Okt 2008 … Berita dari web gossip terhangat atas bumi sekarang ini, murai .com.my mengesahkan Norman Hakim pekalon utama siri Gerak Khas ditangkap … [...]

                                                                                    • Pada 2008.11.01 00:26, suara menulis:

                                                                                      Manusia berubah dan beralih arah disebabkan oleh keinginan untuk memenuhi kekurangan yg ada pd pasangan. Itu keadaan yg sering berlaku. Tapi kalau kita faham bahawa semua org punya kekurangan dan sbg pasangan, harus cuba utk saling melengkapkan.

                                                                                      Su cuba jadikan kisah sedih org lain sbg ingatan pada diri… nak jadi hamba yg sentiasa bersyukur. Moga diberi peluang sekali lagi utk Norman dan Abby membetulkan diri agar rumahtangga damai kembali…

                                                                                      suaras last blog post..Demi Kameelah…

                                                                                      • Pada 2008.11.01 06:12, callister menulis:

                                                                                        Lor..patut la..
                                                                                        lagi xnak ngaku si memey 2…

                                                                                        wah byknya petua kujie..
                                                                                        akan saya semat dalam hati dan amalkan bile dah kahwin.. :grin: :lol:

                                                                                        callisters last blog post..Be careful what you wish for

                                                                                        • Pada 2008.11.01 08:19, Kujie menulis:

                                                                                          @callister, print tempek kat cermin solek :mrgreen:

                                                                                          • Pada 2008.11.01 08:25, Kujie menulis:

                                                                                            @suara, ramai yang suka pasangan ini, kita doakan moga rumahtangga mereka masih dapat diselamatkan…moga terus kekal

                                                                                            • Pada 2008.11.01 08:38, Kujie menulis:

                                                                                              @|1f34|-|1r3, bergantung laki tu mcm mana…org nk letak harga pun kena tgok qualiti gak…mana leh letak borong main loggok je kan.. :wink:
                                                                                              lelaki yg makin tua makin berharga tu lelaki yg stabil hidupnya dari segi kewangan, kematangan atau pun tahap sosial dia..kalau yg diri sendiri pun tak dapat nak diurus dengan baik………….yang tu susahlah nak masuk dlm pasaran bebas… :mrgreen: :grin:

                                                                                              • Pada 2008.11.01 08:40, Kujie menulis:

                                                                                                @diva, semua aktiviti boleh dibuat bersama-sama :razz:

                                                                                                • Pada 2008.11.01 08:49, Kujie menulis:

                                                                                                  @samdaddycool, Kita tidak tahu apa yang disediakan di harapan…teruskan jalan yang di depan

                                                                                                  • Pada 2008.11.01 08:50, Kujie menulis:

                                                                                                    @chuckiesd, moga dia lebih tabah

                                                                                                    • Pada 2008.11.01 08:58, callister menulis:

                                                                                                      haha..ok gak idea kujie 2…
                                                                                                      :idea:

                                                                                                      callisters last blog post..Be careful what you wish for

                                                                                                      • Pada 2008.11.01 11:16, Kujie menulis:

                                                                                                        @callister, time berbedak tu…kena feeling2 utk bahagiakan yang tersayang
                                                                                                        kalo kat pintu peti sejuk lak….tu melalui perut
                                                                                                        yang tu petua lain pula
                                                                                                        nantiiii…………. :mrgreen:

                                                                                                        • Pada 2008.11.01 11:25, callister menulis:

                                                                                                          hahaha…tapi msalahnya sy lmbt lagi nak kawin kujie..
                                                                                                          jaga perut sniri dulu la kot.. :roll:

                                                                                                          callisters last blog post..Be careful what you wish for

                                                                                                          • Pada 2008.11.01 11:32, Kujie menulis:

                                                                                                            @callister, uik..lama lagi ke?
                                                                                                            ari tu dah tgk masing² buat tag :lol:
                                                                                                            tak lame lagi la tu..

                                                                                                            • Pada 2008.11.01 15:53, farah menulis:

                                                                                                              owh..yke.. br tau berita ni.. btw thanks for sharing kakjie

                                                                                                              • Pada 2008.11.01 22:27, Ketut menulis:

                                                                                                                aku xkesian lansung kat abby tu …in fact…cam lagi bagus ….

                                                                                                                skrg bkn zaman pompuan nak merintih merayu…

                                                                                                                • Pada 2008.11.02 10:55, abdfatah menulis:

                                                                                                                  pengajaran yang berguna untuk semua orang. biarpun memey suahaiza semakin femes sekalipun… hidup perlu diteruskan dan norman hakim perlu kembali dengan rutin hariannya sebagai ketua keluarga dan mencari duit poket dengan perniagaannya itu…

                                                                                                                  • Pada 2008.11.03 13:44, OD menulis:

                                                                                                                    Salam Jie…
                                                                                                                    Kalau betul, kasihan kat Abby Abadi, kan. Baru bersalin isteri dia tu… sabar… sabar.

                                                                                                                    ODs last blog post..The X Files

                                                                                                                    • Pada 2008.11.03 23:14, izan menulis:

                                                                                                                      bagus petua untuk suami isteri ni. boleh jadikan pedoman hidup

                                                                                                                      izans last blog post..sehari di bulan ramadhan

                                                                                                                      • Pada 2008.11.13 15:28, lati menulis:

                                                                                                                        semua lelaki yang betul x tahu berape ramai perempuan kerje sara lelaki x gune mc norman hakim tu

                                                                                                                        • Pada 2009.05.31 17:26, nadya menulis:

                                                                                                                          :pehh!ak memg bengang btol ar dgn memey suhaiza nie..de gak owg cm2 kt dnie nie..da tau norman 2 dah de bini ngan ank leh lak skandal ngan dye..ish memg bengang ur ak.. :twisted:

                                                                                                                          Switch to our mobile site