Secebis….

1 – Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali. Tetapi percayalah, sebenarnya dia masih berada disisi telefon dan mengharapkan kamu menghubunginya semula sebagai bukti kamu belum puas mendengar suaranya..

2 – Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..

3 – Dia mungkin akan berkata ‘tidak’ setiap kali kamu mempelawa untuk membelikan hadiah untuknya. Tapi jauh disudut hati, dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..

4 – Setiap kali dia merajuk, sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..

5 – Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..

6 – Jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!

7 – Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya. Jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!

8 – Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya. Dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dengan mereka. Tetapi percayalah, cintanya tak pernah berubah terhadap kamu. Dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. Namun begitu, itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dengan dia.

9 – Sikap ambil beratnya kadang-kadang merimaskan kamu. Percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat tentang dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!

10 – Perempuan lebih suka memikirkan masa depan. Oleh itu, kamu harus faham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.

11 – Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu, itu bermakna kamu telah benar- benar mengguris hatinya!

12 – Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu, ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..

13 – Perempuan paling benci pada janji yang tak ditepati! Kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.

14 – Pada hari- hari tertentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. Tambahan lagi di saat-saat dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!

15 Jangan sesekali membiarkan dia dalam masa yang lama, dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..

(* ni baru 15, sebenarnya ada lagi 15 ribu….he he he he)

It’s not like I want it to happen. It’s not like I wanted to hurt you. Why can’t you understand? Sometimes things just happen. Who could ever predict it would turn out this way? I’m sorry. I can’t be perfect. I can’t live up to your expectations, because I can’t even live up to mine. You said get over it. Yeah. So what if I do?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kiki amboiii..sapa la yg tak berhati perut yg selalu mungkir janji tu ye..tak baik kan..kiki….jgn buat kt org nnt dpt balasan, baru dia tau :p

  2. I like this…huhuhuhu…

    13 – Perempuan paling benci pada janji yang tak ditepati! Kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.

  3. jun tu la jun, kita bkn nk cari yg sempurna sbb diri kita sendiri pun tak terencat akal juga kadang² tu..he he ..cuma berusaha utk mempunyai hidup yang lebih baik….dari kedua belah pihak

    azlanlin sbb tu yg penting adalah komunikasi…dan jgn mudah fed up utk terus berusaha..InsyaAllah…

  4. yonna biasalah….pompuankan selalnya byk keinginan…napsu 9!
    he he he

    OD kalo nk translate kena ckp jelas²…ramai lelaki tak faham bahasa kiasan..derang jenis direct to the point..tak de bunga² dah…:p

  5. :: Mencari seperti itu tidak menjadi masalah kerana semua itu akan muncul setelah hidup bertahun lamanya untuk mencari kesesuaian abadi bersama pasangan. Namun, kesediaan minda & psikologi kedua2 pasangan untuk ke arah itu perlu ada persamaan.

    :: JIka sebelah pihak je yang bertungkus lumus..alamatnya…. ngeh..ngeh..ngeh…yang macam semua org rasai…ngeh..ngeh..ngeh…

  6. bagusnyer, kalu dapat yg begitu memahami..alhamdulillah…untuk dpt yg sempurna, amat mustahil..untuk dpt yg hampir2 sempurna, diri sendiri juga harus sama..yg pasti si dia mmg yg terbaik untuk kita! walau apa keadaan sekalipun, tiada yg sempurna melainkan Dia!
    hehe Jie, Nobody is perfect n Give n Take again are the best words! pernah impikan mcm2 dulu..,wahaha…!dapat yg perfect 15 tu pon leganyaaaa…!

  7. © Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad says:

    Jie…
    Makin sayang kat Jie… ni tengah translate kat anney yang memuncung cam musang je mukanya… gegegegegege.

  8. yeah2!! perempuan lebih telus :p

  9. cikgu Panji tu la pasal..sbb manusia tu berbeza² dr segala segi..memahami dah difahami ada pandangan berbeza…selagi kita dah berusaha…tawakal sekurang²nya kita mencuba…:D

    ziana ha ha..mmg sakit jika kalo kena yg “kayu”…tak kan semua nk kena bagi tahu…org kalo dah berani nak mempunyai komitmen dgn org lain , kita kena byk belajar..belajar menguruskan emosi org lain :p

  10. sy suke kesemua 15 tuh..
    🙂

    tp kan kak..
    kalau dpt y ‘kayu’…
    lg haru..

    kite jek penat dok pk itu ini..
    dia wat sengal jek..

    hehehe..

  11. cikgu panji says:

    Kak Jie, susah jugak nak tahu apa yg ada dlm kepala/fikiran org lain.Kekadang kita nampak ok, baik…tiba-tiba dia buat jahat.Kadang2 nampak sayang,tiba2 berlaku curang.Entahlah Kak Jie,lepas berusaha, bertawakkal je la…ya tak??