Sesuaikan Diri Dengan Keadaan Raih Kemahiran

Di sekeliling rumah kami ada banyak kucing. Ada Stokin, Tuxedo, Kecik, Mak, Nenek, Nexus, OS dan beberapa ekor yang selalu transit sebelum hilang dua tiga hari kemudian. Saya tak rasa saya pemilik mutlak kucing-kucing tersebut. Kami cuma berkongsi ruang bersama secara harmoni.

BIla masak nasi, saya lebihkan segenggam beras, bila goreng ikan saya lebihkan seekor.  Sesekali saya bagi makanan segera kucing.  Tak ada jadual tetap dan kucing ini  bukan tergolek baring tunggu di depan pintu.  Bila buka pintu, baru kucing-kucing ini muncul.  Bila dah bagi makan, walau pun pintu dapur terbuka luas, kucing-kucing ini tak masuk mengeledah ke dalam rumah.

Kami tak pernah ada sentuhan fizikal tetapi saya tahu dari sinar mata dan tindakbalas, ada kasih sayang yang tak terucap… hahaha.. macam ucapan untuk kekasih je bunyinya.

Saya tidak mahu terlibat dengan komitmen hubungan yang lebih jauh kerana sedar tak mampu menjadi penjaga  seperti yang diamanahkan.  Saya kerap keluar daerah, balik kampung atau ke Terengganu.  Saya tak mampu untuk mengupah atau memberi penjagaan yang sempurna.

Saya risau apabila kami tak ada di dirumah, kucing-kucing ini akan terbiar kelaparan kerana sudah terbiasa makan berhidang.  Saya tidak mahu kucing-kucing ini hilang sifat berdikari  dalam habitat semulajadinya dan kemahiran menyesuaikan diri sesuai dengan penciptaan binatang tersebut.

makanan kucing
Balik dari bercuti 2 minggu baru-baru ni, saya nampak beberapa tompokan bulu burung disekitar ceruk rumah. Terus teringat Nat Geo Wild , mesti ada aksi-aksi exotik antara kucing dan burung tersebut.

Persekitaran rumah kami ada pelbagai jenis burung yang sering singgah, serangga dan kolam ikan yang cetek.  Saya pernah melihat kucing-kucing tersebut mengintai-intai dan sedang berusaha mencari idea untuk menangkap ikan.

Saya rasa lega…. kucing-kucing tersebut mempunyai kemahiran dan berkemampuan untuk hidup dalam apa saja keadaan.

Nota : ini bukan saja kisah kucing, kisah burung , kisah saya.. kisah ini boleh dilihat dari sudut yang luas dalam kehidupan kita.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kucing jika sudah jadi binatang peliharaan naluri mencari makan secara alami akan hilang apalagi bila si pemilik selalu memberi makan yang berkecukupan belum tentu jadi pandai mencari tikus..

  2. kat rumah nih pun ada kucing, dan dua2 pandai tangkap tikus or burung.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Jom Makan Mee Goreng Sempoi JeMy Profile

  3. Bulu tanda bukti hukum alam tidak dapat dielakkan antara pemangsa dan mangsa.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals.My Profile

  4. antara banyak-banyak kucing saya. seorang je yang pandai tangkap tikus, burung pun relek je dia tangkap. yang tak tahan asyik nak bawak masuk rumah je
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Telatah : Siput dalam Badan Saya!My Profile

  5. banyak kelebihan pelihara kucing…
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Resolusi Muktamar Ulamak UmmahMy Profile

  6. Pernah tgk dalam Astro,kucing depan tuan nampak bodoh jer,bila mereka rakam aktiviti malam hari,memang ganas kucing ni bila memburu.Lagipun memang patut pun kucing ada kemahiran memburu.

    *Jangan dia tangkap burung dalam sangkar dah lah 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Cara nak hilangkan seduMy Profile

  7. Tu lah lapar kot..hehe..memang banyak kebolehan kucing ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Sekeping Nota Untuk AyahMy Profile

  8. bela 2 ekor , tp kucing mak dan bapak kepada kucing yg kita bela selalu dtg makan juga … cuma tk nak dia masuk dlm rumah je .. suka pancut … heee beli 7 kilo makanan kucing , sebulan tk habis … tkde masak2 sy malas haha
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Sabtu disiniMy Profile

  9. Saya tidak membela kucing tetapi hanya memberi makanan sahaja. Setiap kali memberi makan saya selalu berbisik kepada kucing-kucing tu supaya mendokan kebaikan kami sekeluarga. Amin

  10. Saya juga mengamalkan prinsip yang sama. Tak mampu nak bela kucing. Tapi bila ada kucing yang datang minta makan, berikan saja… 🙂

  11. saya suka sekali melihara kucing.
    kucing itu hewan yang lucu..hehe
    Jom terjah post menarik dari Nakusan Bali ..XL Berikan Kecepatan dan Kualitas Lebih BaikMy Profile

  12. penyayang kepada binatang..rezeki bertambah murah kerana ia termasuk dalam amalan bersedekah..
    Jom terjah post menarik dari kakiblog ..Pencarian 10 Mentor Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  13. Betul tu. Setuju sangat dengan pendapat di atas. Anak-anak kami pun mahu bela kucing di rumah tapi kami tak benarkan sbb hal2 yang berkaitan cuti lah ni. Nanti, tak pandai cari makan, susah diaorg. Tambahan pula, kampung kami jauh. Jadi kalau cuti balik kampung, sure lama-lama punya.
    Kalau kucing-kucing datang lepak rumah pun kami tak lah sentiasa bagi makan. Tak mahu depa semua terlalu attached sampai pindah terus. Cuma setiap dua atau tiga hari selalu, memang kami sediakan makan besar utk diaorg manjamu selera. 😀
    Jom terjah post menarik dari Ismail N ..DIY – Check Your Feelings Before You Post Anything on FB, And Think Hard Before Sharing an FB PostMy Profile

  14. tinggal bulu-bulu burung je… ngeee.. ganas kucing tue.

  15. hoho..ganas kucing-kucing tu..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Cerita seram malam Jumaat.My Profile