Tulus Hati

kudung said
jika kita difitnah dan dianiaya secara terangan,apakah layak untuk kita bangun dan bersuara? atau berdiam diri lebih baik? Tolonglah saya Puan – msg yang ditinggalkan seseorang di MSJBOX

Saya tak tahu kisah sebenarnya dan tentu tidak adil untuk saya memberi ulasan panjang lebar kerana setiap yang berlaku ada sebab dan musababnya. Segala pendapat dan pandangan dari saya dan juga mungkin dari kawan² saya yang lain adalah pandangan umum yang mungkin tidak memenuhi sasaran situasi sebenar yang di hadapi oleh saudara/saudari kudung.

Fitnah – Saya pernah mengalaminya banyak kali, dan beberapa kali dari orang yang rapat. Orang yang rapat dengan kita kadang² adalah orang yang sering menyakiti hati kita kerana mereka selalu menyatakan sesuatu yang benar tentang kita, menjadi mata kita untuk memberitahu apa yang tidak kena pada diri kita. Walaupun saya merasa pedihnya tetapi saya sering berfikir lebih baik dipendamkan saja dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga terlupa saya pernah merasa sebegitu. Biarkan ianya ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan…

Bangun bersuara atau berdiam diri?


Kedua² tindakan ini boleh diambil dan kedua²ny punya kesan terhadap diri kita. Sama ada untuk bangun fight for your right atau berdiam diri berharap masa akan menyembuhkan dan membentang segala kebenaran mempunyai kesan emosi yang bukan sedikit terhadap diri kita, persekitaran kita juga terhadap tindak tanduk kita selepas itu.

Untuk bangun bersuara mempertahankan diri perlu kekuatan yang jitu (jie2 ) untuk menerima serangan balas.  Perlu ada bukti kukuh, sokongan dari orang yang rapat juga kekuatan dalaman kita sendiri.

Berdiam diri, ini yang selalu saya amalkan. Biar apa pun orang bercakap tentang saya, saya tidak akan izinkan mereka mengusik ketenangan saya. Sakit hati, sedih, menitis airmata, kritikan pedas atau merasa tertekan semua pernah saya tempuh. Saya manusia normal yang tidak pernah sempurna dan saya percaya setiap orang memandang sesuatu dengan pandangan berbeza mengikut kehendak dan keperluan dia. Tentunya saya tidak mampu memenuhi semua kriteria atau standard piawaian untuk memuaskan semua orang.

Saudara/saudari kudung…

Saya hanya mampu ucpakan , bersabarlah. Hari ini tetap berlalu dan orang yang berbuat fitnah kepada anda itu juga seorang makluk Allah, seorang insan biasa yang juga punya kelemahan dan kekurangan. Jadi untuk apa perlu bersedih.

Kita tak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi tentu kita setingkat lebih baik dari mereka kerana kita mampu menjaga mulut dan mengawal lidah kita. Lawan tindakan mereka dengan diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan kita kerana tak mungkin kita cukup baik dan sempurna, dicintai semua orang atau terhindar dari cela . Kesempurnaan adalah sesuatu yang mustahil terjadi!

Terima Qadha dan Qadar Allah.

Qadha adalah peraturan (decree) yang diberikan untuk sesuatu perkara supaya ianya berlaku atau berjalan mengikut peraturan itu, contohnya matahari tidak boleh terbit waktu malam, juga manusia ada dua pasang kaki. Qadar pula ukuran yang dibuat supaya perjalanan atau kejadian seterusnya untuk sesuatu perkara itu mengikut apa yang telah diukurkan itu ( pra-ukur , “pre-measure or pre-destiny”), contohnya manusia hanya mampu hidup sehingga 100 tahun.

Ikutlah pesanan dari buku Jangan Bersedih – Dr Aidh Bin Abdullah Al- Qarni ,

” Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih”

Katanya, jika keyakinan kita pada Qadha dan Qadar Allah tertanam kuat pada jiwa dan kukuh dalam hati, setiap bencana akan menjadi kurnia, setiap ujian menjadi anugerah dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala. Setiap itu merupakan takdir Allah dan pasti terjadi dan kita yang ditimpa musibah banyaklah bersabar dan rela terhadapnya.

Tak perlu kita merasa gundah dan bersedih keterlaluan sehingga saraf² menjadi tegang ( kena menten anggun…he he ) kerana kegundahan jiwa kita tidak akan reda , kecemasan di dada kita pernah sirna. Jangan biarkan diri larut dalam kesedihan, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup atau memelihara kaca agar tidak pecah kerana semua itu memang telah digariskan keputusan dan pelaksanaanya.

Janganlah kita merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna dimata kita. Padamkan panasnya keburukan dengan dinginya kebaikan. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza,yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.

Semua yang baik, yang indah yang bahagia yang sempurna dikumpulkan Allah di syurga.

Tulisan ini bukanlah untuk si kudung tetapi untuk diri saya sendiri. Apa salahnya di penghujung 2007 ini kita mengaudit diri, ambil kalkulator campur tolak, darab dan bahagi apa ‘pendapatan’ kita sepanjang tahun ini. Sesekali kita perlu berundur selangkah, mengambil nafas yang panjang untuk berlari kehadapan dengan lebih yakin dan lebih bersemangat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah entri kitar semula saya, akhir 2007. Saya ada satu kegemaran membaca semua entri lama. Apa yang saya tulis begitu dekat dengan diri saya biar pun penulisan saya sangat buruk. Tiap kali saya membaca kembali entri lama, saya terkenang apa peristiwa yang berlaku pada waktu itu. Entri ini juga untuk seorang teman yang sms saya semalam ( saya tahu dia baca blog saya ) … bersabarlah!

Whatever good things that happen to you, enjoy it, but dont have to hold too tight to it, treat it as a surprise in your life. Whatever bad things that happen to you, dont have to feel too sad or despair, in the end, it might not be a total bad thing after all.

If one can understand this, we will find life much easier. It is better to light a candle than to curse the darkness.

Kujie ~ Saya bukanlah sahabat yang sempurna dan terbaik, maafkan saya andai ada janji yang telah dimungkiri, ada kata yang menyinggung perasaan atau ada tindakan yang meninggalkan luka..

Saya menang sibuk hujung minggu ini, dari semalam saya ke Darul Quran Kuala Kubu Baru kerana saya membantu kakak ipar saya yang membuka gerai di Pesta Konvo Darul Quran. Jomlah datang…petang nanti ada majlis perasmian.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Jika berdiam itu adalah solusi terbaik, maka berdiamlah.

    Apabila di kaji bahawa bangun lalu bersuara tu lebih baik dari duduk berdiam, maka bangun dan bersuaralah.

    Yang nyata, kebaikan tetap akan memang walaupun diselubungi keburukan pada awalnya.

    -ShueQry-

  2. May be patut bersuara dulu..lepas tu terpulang pada org nak percaya @ tidak. Redha & mengadu pada yg Satu… Lama-kelamaan kebenaran pasti terserlah. Waallahuaalam.

  3. klw sampai memalukan diya, mmg diya bersuara. huhu. teringat kisah lama…

  4. kadang2 bila kita difitnah dan kita beriya2 pertahankan yang kita tak salah, orang ramai akan anggap memang kita salah. Bila kita diam pun orang akan anggap kita salah juga. Yang baik ialah kita berdoa kepada Allah sebab doa orang yang teraniya itu makbul. Insyaallah..

  5. Fitnah dan menjaja hidup orang.. Haih… saya lebih suka mengadap dan selesaikan tangtu. Boleh start perhubungan yang baru. Mohon maaf dan move on. Kalo org tu masih jugak menjaja. Sabar dan redha saja la.

  6. panjangnya tulis kakjie.. pada am lah.. tak dengar takpe.. am dengar.. ko tunggu jer.. am cari diri mulut siapa yang mula2 keluar cerita tu..

    am pegang 2 jer.. kalau orang bercakap buruk tentang kita ni..

    1. yang betul tu – mengumpat..
    2. yang salah tu- fitnah..!!

  7. Secara peribadi bagi Am, kena tengok situasi, Am pernah kena dan bila Am lihat semua yang dengar lebih suka percaya dari dengar penjelasan Am, Am senyap dan malas nak bersuara kerana bagi Am suatu hari nanti kebenaran akan timbul juga.

    Berlainan pula jika orang yang mendengar boleh menerima penjelasan, maka Am akan berdiri menjelaskan dengan sebaik-baiknya.

    Seperti kata Kujie, kita tak tahu kisah sebenar jadi tak dapat memberi ulasan secara menyeluruh

  8. mamaranggie says:

    kak jie,sepupu mama ade sorang kat darul quran tu…

    Kujie ~ owh ye ke…sem berapa?
    bile dah konvo nnt bgtau ye..
    kita leh dtg meriahkan.. 😆

  9. alahhhhhhhhhhhhhhh … recycled entry lagik! x aci betui aaaaaaaaa :p

    tak semua fitnah kita kene tentang abis2an. selalu nya yg menyentuh perihal peribadi bleh di diamkan kerana kebenaran itu tak mampu di nafikan oleh sesiapa dan apa-apa pun. masa selalu nya akan membongkar segala-gala nya.
    namun yang menyentuh maslahat dan kepentingan umum … wajib di tentang.
    pendapatan pak cik yang tak seberapa …

    Kujie ~ 😆 😆 sy dah bagitau ..ni entri kitar semula untuk seseorang yang sms saya malam tadi.. 😆 😆
    mode saya sendiri pun dalam situasi si kudung , pakcik..cuma sy tak pernah hebohkan pada orang..sy ni kan jenis kuat simpan rahsia. 😆
    sy tgh bz tak sempat nk publish entri baru… sy nk p Pesta Konvo Darul Quran, hari ni dan esok….ptg esok nak balik Baling lagi…
    lagi..bersedialah dgn entri kitar semula ye…hahahahha
    sy suka..sy suka..mengimbau kenangan lama… 😆

  10. perindu Salam Perindu

    Kadangkala kita ingin meluahkan perasaan, tapi bila sudah terluah kita berfikir adalah lebih baik kita tidak melakukan demikian.

    Kita berfikir lebih baik kita pendamkan saja dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga kita pun terlupa kita pernah merasa sebegitu..

    Ia ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur…dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan…

  11. salam kakjie

    Lebih sedekad saya di internet terlalu banyak saya menyaksikan kisah sebegini dan hampir 3 dekad saya bernafas saya melihat perkara ini seolah-olah menjadi perkara lazim dalam kehidupan 🙂 namun berdiam dan bersabar adalah tindakan terbaik kerna hanya kita yang mengenali diri kita bukan mereka mereka yang berkata kata itu 🙂 ibaratkan bunyi bunyi itu seperti bunyi lalat yang menyemakkan telinga sahaja 🙂 namun ada ketikanya kita perlu suarakan seperti mana air yang mengalir tenang sesekali bah ramai yang tercengang hehe ah ya tahniah atas kejayaan anak kakjie

    salam

  12. cik mika menyesal sebab tak cakap lebih baik dari menyesal kerana tercakap…sekurang² hal tersebut hanya melukakan kita seorang. Tapi pakat motivasi tak setuju ni..dia suruh berterus terang supaya perhubungan boleh diteruskan dengan lebih baik..tetapi adakah dengan berterus terang perhubungan tersebut lebih cerah…tak terbekaskah di hati, terguris rasa….

    rasanya tak ada keputusan yg tepat untuk semua rumusan..segalanya bergantung dgn kekuatan diri kita sendiri menghadapinya dan siapa pihak yang satu lagi.

  13. pak ngah betul tu, tiap org berbeza², ada yg dpt menyerap segala tekanan dgn positif dan ada juga terus lanyut di telan semangan yg hilang.

    Diam dan luahkan bukan pada semua situasi, bergantung pada akal kita mana yang sebaiknya…pertimbangan dengan sebaik ..

  14. mikaounik says:

    saya memilih diam jalan yg terbaik..kalau bersuara pasti ada kepincangan pendapat..kalau bersuara jugak bisa melukakan hati..hanya dengan kata² boleh musnah apa skali pun…

    tapi diam bukan diam bersahaja..diam ada makna di sebalik renungan….

    yg pasti kebenaran akan selalu berpihak kepada kemenangan..

  15. :: salam… kekadang perlu dikeluarkan… perlu diluahkan… di samping ada masa dan ketikanya perlu dipendam… tapi apa2pun semua tu bergantung kepada yang empunya diri… sebab PakNgah pernah berjumpa dengan orang yang punya pendekatan itu… sebab lain orang lain auranya… lain orang lain caranya…

  16. diya aka aria ayumi yg comel mama jenis tak reti nak bertekak..cepat keluar airmata..dah kalo hingus meleleh..bercakap pun org dah tak faham..wat rugi je……baik dok dendiam..merajuk…kot2 org faham bahasa kiasan tu..kehkeh..selalunya tak der pun org nk faham….ha ha ha..kesian kan!

  17. aria ayumi says:

    berdiam diri pun perlu jugak… tapi, klw diya… cuba bersuara dgn cara baik… klw tak paham bahasa gak, diya guna cara brutal plak. huhu

    bagus penerangan mama… 🙂