What is your highest priority in life?

Kita sering ditanya apa keutamaan dalam hidup , kadang-kadang jawapannya berubah-ubah dan ada kalanya kita sendiri baru mencari apa yang hendak kita letakkan pada kedudukan utama. Terlalu banyak mungkin keinginan mengatasi keutamaan atau keperluan yang berbagai ragam.

Homework untuk hari ini – jangan mengelat ye kawan-kawan. Senaraikan 10 perkara yang menjadi keutamaan dalam hidup.

Sebagai ahli keluarga – adakah rutin-rutin harian memenuhi keperluan anak-anak sudah kita penuhi keperluan dan perhatian mereka?

Pasangan hidup – selepas menyediakan rumah besar, kereta selesa, penuhi keinginan isteri membeli belah, temani suami menonton bola lewat pagi, bertolak ansur dalam perhubungan syarat layak mendapat perhatian keutamaan?

Diri sendiri sebagai individu – adakah cukup bahagia dengan tempat tinggal, kerjaya, tubuh sendiri, hubungan yang stabil bersama pasangan sudah mencapai keutamaan yang ditagetkan?

Kehidupan adalah satu perjalanan tanpa diketahui dan hati adalah petanya – belajarlah membaca peta supaya kita tidak sesat!

eh…. jangan lupa tu, listkan 10 keutamaan dalam hidup masing-masing. Saya pun sedang mengisi ruang yang perlu untuk mebezakan keinginan dan keutamaan… nafsu bersimpang siur kena fikir yang mana satu!

Yang mana satu pilihanku
Kutak tahu
Tak tahu yang mana satu

5.07 am
putra hotel, KL

22 Replies to “What is your highest priority in life?”

  1. since kita single lagi..my priority
    1. mak & family
    2. kerja
    3. part time business(baru nak selitkan ni..hehe)
    4. shopping( susah la nak elakkan)
    5. travel(at least once a year kena terbang2..hehe)
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Testing 123My Profile

  2. susah jugak nih. Kalau ikutkan nafsu memang banyak. Tapi dengan keadaan sekarang keutamaan saya ialah diri sendiri and mak. Yang lain ada juga tapi dua tuh yang utama.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Cucu dan Atuk ModenMy Profile

  3. buat masa sekarang highest priority…diri dan keluarga…belum sampai tahap yang sebetulnya…kalau ikut sebetulnya mesti allah dan rasul kan… tapi tetap berusaha ke arah itu…insyaallah…
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..SENYUM SEDEKAHMy Profile

  4. ISH…PENING JUGAK ERK NAK LISTKAN KEUTAMAAN DALAM HIDUP NI…
    MACAM SAYA, DIRI SENDIRI FIRST KOT.
    KEDUA KEWANGAN
    KETIGA FAMILY.
    KAAU DIRI DAN KEWANGAN DAH STABIL BARU LEH BANTU KELUARGA (BUJANG LER)
    TAPI KALAU FOCUS KAT DIRI SENDIRI N KEWANGAN JER, TAKUT KELUARGA TERABAI LA PLAK.
    KENA SAMA RATA LA ERK…KALAU DAH SAMA RATA MANA PRIORITYNYER ERK…?ADEHHH

  5. Prioriti bermakna ada yg pertama dan seterusnye kedua, ketiga… di mana kalau ada pertama dan ketiga di dalam tangan seretnak, kita akan utamakan yg pertama.

    bagi sy yg pertama adalah cinta, dan bekerja untuk yg sy cinta gembira.

    Yang lain-lain kena buat satu post kot. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Over stress buat ramai manusia jadi gilaMy Profile

  6. keutamaan maza!
    Di pagi yang suam2 dingin ini kompas di atas peta minda maza asyik menunjuk ke periuk di dapur dan hanggatnya bergebar di atas tilam yg empuk!….

    hahahaha

    selamat berbengkel kak jie..
    dengan ucapan, ingatlah nama maza patplohpatkali.. insyallah selamat gitew.. hahahahha
    Jom terjah post menarik dari maza ..Taman Orkid- Kuala LumpurMy Profile

  7. 😉
    Selamat pagi kak jie!

    singgah kat blog saya nanti kak jie, saya dah buat priority of life kt situ. hehe. saya buat homework hari minggu dari kak jie! 🙂
    Jom terjah post menarik dari zzeffa ..Terima Kasih TemanMy Profile

  8. 1. Anak-anak
    2. Suami
    3. Diri sendiri , mak, ayah dan adik-adik.
    Wang, harta benda tu kita boleh cari tapi yang di atas tu manalah ada gantinya….

Comments are closed.