Why I Like It Longer

By Kujie, 21/01/2010 8:50 pm

handphone

Hello
Do you miss me?
I hear you say you do
But not the way I’m missin’ you
What’s new?
How’s the weather?
Is it stormy where you are?
Cause you sound so close but it feels like you’re so far


Bila kali pertama anda memiliki telefon bimbit dan jenama apa?

motorola 8500 Why I Like It Longer

Saya kenal telefon bimbit tahun 1991 . Suami saya mula menggunakan telefon bimbit Motorola 8500 yang sebesar batu bata menggunakan Art 900 dengan nombor 010 . Dengan bentuk sebesar ini, handbag sayalah yang selalunya menjadi mangsa, terjulur batang antena. Harga telefon waktu itu mencecah sehingga 4-5 ribu. Walaupun saya hanya segelintir yang menggunakan telefon bimbit, saya malu jika dilihat oleh orang lain..ha ha ha..orang mesti tak percaya dan akan menganggap itu adalah botol air!

nec primero ex Why I Like It Longer

Kemudian bertukar kepada jenama Nec Primero Ex dan saya masih lagi terkenang tiap kali melalui Lebuhraya Persekutuan iklan telefon ini terpampang besar berdekatan Asia Jaya . Zaman naik bas Sri Jaya lalu depan Asia Jaya. Asia Jaya pun dah arwah lupus ditelan zaman.

Motorola MicroTAC 8700 250x250 Why I Like It Longer

Seterusnya adalah talian 018 ( Mobikom) dan menggunakan telefon flip pertama di pasaran, Motorola MicroTAC yang pada waktu itu berharga RM 1600.00. Masa ini sistem pesanan ringkas /Short Message Service ( sms) masih belum digunakan lagi. Saya menggunakan 018 tak sampai setahun kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya dan kembali menggunakan Celcom Art 900.

Pada tahun 1998, saya telah bertukar kepada Celcom GSM – 019

Selalu sangat flip flap – mudah betul tertanggal sampai kena guna aksesori tambahan – getah (rubber band):lol:

motorola c350 Why I Like It Longer

Pernah guna Motorola 350C , telefon bimbit pertama yang berwarna.

Nokia N1600 Why I Like It Longer

Selepas lebih dari 15 tahun menggunkan telefon bimbit, saya bukan lagi pengejar model terbaru di pasaran . Kami pernah menggunakan Nokia N1600 antara telefon yang paling murah yang terdapat di kedai telefon!!   Berbanding dengan ramai pelajar kita di pusat pengajian tinggi ( termasuk anak² saudara saya), telefon cap ayam saya ini tak dipandang sebelah mata pun. Keutamaan saya bukan lagi jenama tetapi untuk perhubungan yang mudah – bila² masa dan dimana juga tanpa bimbang tiada kredit! huhuhu….

Betul ke saya tidak gilakan telefon terbaru di pasaran? Tidak tergoda dengan telefon canggih dan exotik?

Tipulah kalau saya cakap tidak! Saya belum mengalami simptom menopause ,  belum hilang nafsu untuk memiliki telefon terseksi di pasaran.

LG BL40 Nuffnang 724x1024 Why I Like It Longer

Pak Aji bertongkat pun terketar-ketar lutut tengok inovasi terbaru siri LG Chocolate yang tidak besar tapi LEBIH PANJANG. Telefon bergaya ini lengkap dengan kamera 5,0 Mega Pixel layar sentuh sepenuhnya , 4 inci widescreen dengan resolusi HD  lebih jelas untuk memberikan pengalaman sinematik dalam genggaman. Dengan nisbah 21:9 yang terbentang panorama HD skrin, LG Chocolate BL40 membawa pengalaman yang lebih baik waktu melayari halaman web, menyemak email atau melihat video seperti di skin pawagam.

Lebih menarik lagi LG Chocolate BL40 ini telah berjaya memikat pihak Twentieth Century Fox dan James Cameron dengan kemunculan istimewanya di dalam filem aksi boxoffice AVATAR.

Siapa yang tidak teruja untuk menjadi pemilik  telefon ‘Supermodel’ ramping  yang mendebarkan?

LG BL40 mobile phone 410x250 Why I Like It Longer

kredit photo : www.lge.com

LG Chocolate BL40 yang diilhamkan oleh Sienna Miller yang elegan , ramping seperti candybar cukup untuk mempengaruhi gelora cinta dan perasaan romantis kerana chocolate telah dibuktikan mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.

Chocolate juga dapat  meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, untuk menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas .

Owhhh….. Why I Like It Longer!

LG New Chocolate BL40 Why I Like It Longer

The saying, life begins at 40 means a lot to me… How  my life began at 40 ? I had grown so much and I felt like I was a much better person. Every moment we go through is a learning curve, so we must have taken something from the year gone by.

Join Nuffnang -LG Chocolate BL40 Contest is one of my personal experience and I think it would be a good experience to have one.

Hopefully I could win the big prize.

Why I Like It Longer!

I’d like to have the LG Chocolate BL40 because owning the  LG Chocolate BL40 means you’ll be one of the first to experience it and feel “glossy, sleek and thin like a supermodel ” in my hand . The long chocolate bar design it really explains an elegant smartphone style and more importantly it should have no problem squeezing into my handbag.

If ever a phone was good enough to eat then it would be the new LG Chocolate BL40.

LG BL40 Why I Like It Longer

So, you as my reader, can still have a chance to win the prize too. Join now and Win an LG Chocolate Phone Just Because You Like It Longer !

©Kujie – post ini menggunakan font ‘pink – merah jambu’ supaya nampak sweet dan seksi seperti chocolate.

Post Lain Yang Berkaitan

102 Responses to “Why I Like It Longer”

  1. hydir says:

    saya pon join juga kontest ni .. hohoh
    hydir´s last blog ..Why I Like It Longer – in video! My ComLuv Profile

  2. Hazwan Hakim says:

    so detail and very information..

    see my post also..hehe

    Hazwan Hakim´s last blog ..Why I Like It Longer My ComLuv Profile

  3. paeh says:

    mudah-mudahan akak menang juga. tapi kan kak. zaman dulu, sape yang pakai handphone dah di kira org kaya ape. walaupun antenna terjulr kuar handbag. hohoho…

  4. tekkaus says:

    Ouh….post ini tentang LG chocolate competition kan?
    tekkaus´s last blog ..Learn The ABC of Avatar’s Na’vi Language My ComLuv Profile

  5. beliamuda says:

    bila baca, rasa macam baca advertorial pos. tapi ada rasa macam untuk contest. lepas baca komen baru tahu ni entri contest. ramai lak yg join eh..

  6. ajie says:

    terasa ringkas sangat pulak entry saya.. huhuu..
    ajie´s last blog ..Why I Like It Longer My ComLuv Profile

  7. sop says:

    nice post and good luck

  8. zuls says:

    huhu.. memang cantik LG chocolate ni… semoga kak jie menang
    zuls´s last blog ..Wordpress blog tidak diindeks Google My ComLuv Profile

  9. Faarihin says:

    wah.. persaingan hebat ni kak.. hehehe.. entry akak lebih berinformasi tak macam saya.. merapu merapan.. huhuhu.. (^__^)

    good luck yer kak..
    Faarihin´s last blog ..Hobi Sepanjang Berblog Part 1 My ComLuv Profile

  10. Mr Fathi says:

    akak ni dibayar nuffnang ke utk entri ni???

    Selingan:mampir2…kenal2…orak salah kan???
    Mr Fathi´s last blog ..Cerita ceriti nasi ambeng… My ComLuv Profile

  11. luthtextile says:

    banyak betol contest pada tahun baru ni. Tak tau nak masuk dan tulis apa sebab semua orang dok masuk kontes yang sama bila sy blogwalking. aduhai..

    iklan telefon pulak, sy pon nak panjang jugak! :shock: :shock:
    luthtextile´s last blog ..Oh PTPTN! I Love U! My ComLuv Profile

  12. denaihati says:

    eemmm tajuk ni best juga lahh.
    Pertama kali guna hp Ericcson line mobikom .

    Ada juga plan nak masuk contest ni tapi tunggu balik Malaysia.
    denaihati´s last blog ..Hari pertama musafir di Negara orang My ComLuv Profile

  13. izzah says:

    salam kak jie,
    tajuk entry jer dah mengujakan..huhuhuhu..
    kalau dapat henpon slim cantikk tu..lagi bertambah teruja..
    hehehehe…
    izzah´s last blog ..Jangan rebut-rebut! My ComLuv Profile

  14. salam tuan umh…jom tukar link.. best g blog nie. mcm2 menda blh belajo. kalau saya x tahu pape blh tanya awk x?
    kinakoyu@mamaAdam´s last blog ....:: aDam Oh aDam!! ::.. My ComLuv Profile

  15. wanmus says:

    wahh paid post dari nuffnang..chocolate ni tak sebest macam cadbury sebab mahal giler..hehe..tapi kalau kak jie nak bagi free, saya ok je..hehe
    wanmus´s last blog ..Tweet MCA Dan Menang USD25 My ComLuv Profile

  16. hehhehe….
    bila tgk pic henpon2 nih…
    teringat henpon ayah dulu…..
    dia pakai henpon yg mcm walkie talkie tu

    hehehhehe :mrgreen:

  17. Ryehanna says:

    teringat lagi first time pegang dan main henpon adalah henpon Sagem milik kawan masa Form 4 (2001).

    Dah abis SPM baru Mak bagi pegang henpon. Masuk sem 3 baru la beli henpon kesukaan sendiri…

    baru je semalam henponku rosak. hampeh… nak duit la tu… isk. :(
    Ryehanna´s last blog ..Bubbles My ComLuv Profile

  18. mrs sufian says:

    handphone pertama jename sony eriscon… tapi tak ingat model apa.. seksi kaler marron.. pas tu tukar nokia pn tak ingat model apa.. tp masa tu tengah hot pas tu mahal plak. hehehe masa tu rasa canggih sangat.
    tipon ke 3 pn sony guna sampai screen tak bleh nampak and skang guna sony k550i.
    iskh klu dapat free chocolate ne pn best gak walau panjang…
    tajuk entri yg seksi. ;-) buat suspen jek. hik3

    • Kujie says:

      @mrs sufian, teknologi cepat sungguh berkembang..kadang terfikir apa lagi yang akan dicpita 3 tahun lagi

      skrg ni jam loceng pun dah mengaku kalah dgn hp :lol:

      hehehe..tajuk tu memikat, biar seksi :lol:

  19. Abang Ngah says:

    First time Abang Ngah pakai hp tahun 2006..baru lagi..dlu dok giler nak hp skrg dah ade senyap je hp tu..topup pun jarang..ha ha

  20. ~mrs azmi~ says:

    skang dah tak kisah sangat ngan henpon. ca ayam pon cap ayamlah.. janji boleh cakap n boleh sms..

    sampai satu tahap menyampah ngan tepon sebab asik bunyi (pasal kejela ni) :roll:
    ~mrs azmi~´s last blog ..kerana kamu aku jadi begini~ My ComLuv Profile

  21. srikandi says:

    good luck akak….. nakal yer tajuk ni :mrgreen: hee
    srikandi´s last blog ..YeaYYYYY dapat Conway… My ComLuv Profile

  22. maza says:

    erk! tajuk entry membuatkan maza berfikir sendirian..

    adakah semua wanita dlm dunia suka yg lebih panjang?
    bagaimanakah saiz pula? mahu lebih gemuk atau slim?

    kalau maza asal selesa sudah ler..
    tipon ramping itu kalau kudut sangat, takut patah! wakakakaak
    maza´s last blog ..King atau Kuli?! Pilihan anda yang mana satu? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @maza, tak de larangan utk fikir apa pun ttg tajuk..hahaha

      anda bebas utk berimaginasi :lol:

      ooo..kalau panjang takut patah ye…

      alasan yg boleh diterima..kahkah :lol: :lol:

  23. maza says:

    m aza dah lama hilang napsu terhadap telefon jenis macam tu.. huhuhu

    pakai yg biasa2 juga.. jenama sony erricson W900 made in China.. huhuhu
    maza´s last blog ..King atau Kuli?! Pilihan anda yang mana satu? My ComLuv Profile

  24. amirulfaiz says:

    Wah kak jie.. mudah-mudah dapat la LG Chocolate tu. Saya dah klik iklan LG Chocolate tadi. Hehe. :mrgreen:

    Good Luck.
    amirulfaiz´s last blog ..Minta kebenaran untuk bernikah My ComLuv Profile

  25. wahwah kak jie…

    saya masih lagi memerasss otak nak buat entri panjang ni… kak jie already came up with one… kena cepat ni!

    • Kujie says:

      @.D.d L a L a., kak jie ingat nak simpan dlm draft utk seminggu dua lagi
      tapi tengok ramai dah publish………….. :mrgreen:

  26. LG ni panjang macam remote control.. :lol: Tapi, kalau dapat free, siapa yang tak nak, kan? :)
    sayahappyslalu´s last blog ..How Much USD I Earn From Facebook PayPal Wish List? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @sayahappyslalu, memang pun, tak sesuai utk gadis2 muda yang pakai jeans ketat2…tak de tempat nak letak

      tapi utk makcik2 vogue macam kak jie….wahhh…boleh letak dalam hangbag LV…hahahaha :lol:

  27. Aini says:

    saye first time pakai handphone tahun 2004. Lepas SPM masa tu. Sementara tungu result SPM kerja kilang jap, gaji trus beli handphone..hehe
    Aini´s last blog ..Kaitan Hani Tarmizi Dan Facebook My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Aini, teknologi cepat berkembang – telefon pun sentiasa ada yang terkini –

      dalam semua telefon yang pernah guna, kak jie suka Motorola MicroTAC , sebab tulah sampai kena guna getah nak ikat….

      :lol:

  28. zool says:

    Memang best la baca kak jie punya entri.. Rasanya budak muda pun tak boleh tulis se’catchy’ kak jie…
    caiyok.. Nuffnang mesti kena bagi kak jie menang…
    Ni yang tak berani nak masuk contest ni…
    zool´s last blog ..Tip ‘cover’ malu My ComLuv Profile

  29. Aelfi says:

    harap2 kakak akan menang.good luck! ;-)
    Aelfi´s last blog ..RM350 sehari.berbaloi ke tak? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Aelfi, memang sesuai betul utk wanita vogue macam kak jie , kan..sbb dia panjanggggggggg…. sesuai nak simpan dalam handbag :mrgreen:

  30. samdaddycool says:

    Handpone pertama saya tahun 1998, boleh guna bateri AA kalau bateri original dia ‘conked’. Berlagak.. masyaallah.. malu kalau ingat balik. :sad:
    samdaddycool´s last blog ..Tirai sebuah surau di Muar terbakar My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @samdaddycool, kemudian masa orang dah ade yang canggih2 tu…. polyphonic ringtones , kita masih pakai yang muzik macam gitar kapok tu…. kalau dok dalam tempat awam..dalam lrt ke….dok doa..jangan lah hp bunyi…hahaha…malu arrr :lol:

  31. Ayah Aiman says:

    first time pakai hp dlm tahun 2000. hp nokia 3210. beratnya amat & blh bt baling anjing. skrg AA dh pakai nokia 5800XM…bertapa cepat teknologi berubah…

  32. 1st time ada hset… biasalah model digemari ramai. nokia 3315. malu jgk besar gedabak mcm tu. kwn2 slalu ckp, “baling anjing .. mati.”

  33. tpinky says:

    kali pertama ada hp sendiri pd tahun 2000 Nokia 3310…time tu form 6.. tpinky sorang jer ada hp tu kt sekolah..hadiah dari seseorang xcited la weii huhuuhu….. guna hp tu sampai tahun 2005…(uishhhh tahan gak hp tu) abah budak2 bg present Nokia 3250.. nokia yg boleh pusing2 tu…sampai skrg masih ada.. but now tpinky guna HP e71… buat bisnes sikit2 boleh ler beli the new one.beli pun sebab boleh WIFI. tempat tgl tpinky WIFI Free 24hours..E71 best!! tp lagi best HP yg kak jie nak ni huhu :lol:
    tpinky´s last blog ..Kenapa?? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @tpinky, dapat hadiah dari seseorang…pheeewit

      utk sesiapa yang tak de idea nak beli hadiah…………. belilah hp :mrgreen:

      kak jie dah bergaya seksi macam ni pun belum tentu dapat free LGBL40 tu…. :lol:

  34. mohdisa says:

    sekali pandang tajuk dia, lain je maksud dia. bila baca, baru mengerti entri mengenai contest dari nuff. semoga kak jie boleh menang, mmg boleh punya lah. hehe
    mohdisa´s last blog ..Misi Memenangi RM13000 My ComLuv Profile

  35. Hafizd says:

    perghh..ingkt beras BASMATHI tadikk…pannnjannngggg~ hehe

    nice entyr~ good luck!
    Hafizd´s last blog ..Awan~ My ComLuv Profile

  36. mrkay says:

    Nec Primero Ex tu telefon bimbit pertama yg saya pegang dalam hidup saya. abah pakai. igt lagi zaman tu baru satu kedai handset dekat segamat. abah tolong promote dan jadi wakil penjual dia. sekarang kedai tu dah jadi kedai telefon bimbit terbesar kat segamat. hampir semua kedai telefon bimbit ambil stok dari kedai tu. fuh. kenangan dengan telefon bimbit.. hahaha
    mrkay´s last blog ..Lawak Geek – Upgrade My ComLuv Profile

  37. cikgu isza says:

    xde idea lah..
    leh bagi idea x?
    :lol:
    cikgu isza´s last blog ..ANAK BIJAK – SABAR JE LAH My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @cikgu isza, senang je…dia punya point penting..kenapa suka LG BL40 yang lebih panjannnnnnng tu?

      yang lain2 tu isi sampingan je…buat panjannnnnnngkan entri :lol:

  38. KakChik says:

    ramainya penyokong kak jie :razz: tapi nak ucap juga selamat berjaya sama-sama ya.
    KakChik´s last blog ..Hilangkan gundah di hati My ComLuv Profile

  39. jmr says:

    wah..k.jie dh post ke..sy ngh pk nak wat pe nih..cam best gk..
    jmr´s last blog ..Biarlah gambar berbicara, tanda kebesaran Ilahi.. My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @jmr, ooooooooooo,,, nak intai2 idea org ye..

      kak jie mula2 tu simpan kat draft, ingat dekar2 nak due date baru publish
      tapi…………takut nnt idea tu dah ade org guna..tak fresh lagi
      tu yg cepat2 publish :mrgreen:

  40. Akuro San says:

    best ker telefon LG nih? tiba-tiba~ :razz:
    Akuro San´s last blog ..Berapa Lama Masa Yang Anda Ambil Untuk Khatam Al-Quran? My ComLuv Profile

  41. Wow! Kak jie pn join. Best of luck kak jie!

    Sy pn igt nk join gk, tp puas fikir. Idea xmo dtg. Haisshhh!
    Fathiha Zainal´s last blog ..Melz, Bila lagi aku nak Puji diri? My ComLuv Profile

  42. syin says:

    hahaha…mcm bekas pensil…ramai gak join contest ni..

  43. Eriyza says:

    Nak join gak laa tp cam malas nak
    cari input jer. Huhuhu!!! :roll:

  44. mix and match entry yang boleh mendatangkan untung ni kak jie huhu… sapa tau leh dapat coklat yg ni, nampak pon sodap dan mengiurkan w/pun takleh dimakan :mrgreen:

    errr mintak kek coklat kak jie :mrgreen:

    • Kujie says:

      @iza~de~bintang, entri lama dikitar semula bersesuaian dgn tema…hehehe….tadi dah beli cokelat..tak sabar nak tunggu yg ni

      yummm…yummm…. :lol:

      bila nak terbang?

  45. zati says:

    gud luck kak Jie..sy pn nak msk kontes ni..sedang pikir idea..hehee :)

    • Kujie says:

      @zati, entri yang awal tu…. idea dari post yang lama
      dah mengenai telefon..syarat dia cerita pengalaman..so inilah pengalaman

      gudluck eh :lol:

  46. ariff says:

    all the best =)

  47. Melz says:

    Phewitt kak jie kalau pakai tepon cam batu bata tuh mesti sexy miahahaha

    hot gitu . miahhaha

    neway Good luck kak jie ! kita pesaing yang sihat yoh

  48. Mr.Bintang says:

    hehehe.. kak jie punya lagi best.. :P

    • Kujie says:

      @Mr.Bintang, macam topo cakap…permulaan entri adalah post lama yg dikitar semula..rasa mcm relevan nak cerita bab sejarah telefon

      mgkn cara kak jie tidak memikat juri sebab kak jie letak telefon lain juga… saingan gitu..tapi itu nostalgia lama…telefon tu pun dah tak de :lol:

  49. topo says:

    pergh.. ni advertorial ke? ohohoh tapi macam pernah nampak la tepon2 kat atas tu kat blog ni.. hehehe post recycle ke?

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Panorama Theme by Themocracy