Berita untuk anak bujang saya. Dalam minggu ini makin kerap soalan bila tarikh keputusan spm nak keluar, Along? Masa awal-awal cuti, kalau saya tanya dia boleh gelak-gelak… ‘mama jangan risaulah….”
Tapi sekarang kalau saya tanya , jawapan lebih kelat. huuhu….
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis 11hb Mac 2010.
Keputusan SPM 2009 akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi. – sumber Mstar
Inilah anak menakan baru – adik ipar saya baru bersalin pada 01/03/2010 secara pembedahan dirancang atas nasihat doktor kerana kesihatan si ibu yang mengidap Thalassemia . 4.08kg tu… Alhamdulillah ibu dan anak sihat.
Namanya Ku Saiful Aizal. Gebu macam Mak Long dia ni ….
p/s – baru sms suami, dia yang terlebih seronok sebab nama dia Saipul Anwar.
EDIT : Untuk jawap semua komen gebu-gebu dari abang kakak, pakcik dan macik , ni Mak Long Aizal nak pesan…Kalau korang tak sihat, elakkan dari melawat atau mencium bayi yang baru lahir kerana sistem imunisasinya yang masih lemah.
Isnin lepas, saya ke KTM belikan tiket keretapi untuk Angah balik bercuti dari Sungai Petani – Rawang. Lepas tu saya pergi Mcdonalds untuk sarapan.
Perempuan kalau seorang diri tempat yang selesa untuk makan tanpa dipandang macam rusa masuk kampung adalah di restoran makanan segera. Saya tak makan di kedai mamak ( geli nengok bulu ) . Kalau masuk kedai makan yang biasa, alamat nak suap pun tak jumpa mulut. Orang macam pelik kalau perempuan makan di kedai seorang diri. Kalau berdua atau berkumpulan gelak terbahak-bahak macam Raja Lawak, orang boleh terima pula.
Ok… balik pasa kisah sebenar. Tiket KTM panjang, saya selit antara purse . Kat kaunter saya buka purse masa buat bayaran.
Sampai di rumah, saya cari tiket tak jumpa-jumpa. Tercicirkah?
Sehingga 28/02/2010 blog ini mengandungi 1,352 Post dan 36,597 komentar. Sepanjang Februari 2010 blog ini menghasilkan 33 Post . Antara 10 post yang mendapat perhatian pengunjung :