Aduan Masalah NotifyMe Celcom 22022

sms celcom 22022

Pernah dapat sms dari Celcom ” RM0 Pggln gagal lagi? Cuba NotifyMe & ketahui bila rakan2 anda blh dihubungi semula! Htr SUB ke 22022 utk percubaan 7 hari PERCUMA ! RM1/bln. MsgfrCelcom.Info:1111 “

Rimas sungguh dengan SMS ni.  Setiap kali panggilan yang dibuat tidak dapat dihubungi, saya terima SMS macam ni.  Ada banyak yang telah didelete, maklumlah suami saya berada di kawasan capaian talian telefon yang sangat teruk!

Notify Me adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Celcom untuk beritahu kita sekiranya orang yang dipanggil tidak dapat dihubungi, dimatikan telefon atau dalam suatu kawasan liputan yang rendah. Notify Me akan menghantar SMS memberitahu bahawa telefon tersebut telah ada capaian perkhidmatan.

Nota : Saya tak perlukan perkhidmatan macam ni kerana sebagai isteri yang memahami keadaan lokasi tempat kerja suami, saya tak pernah curiga atau terdetik prasangka yang bukan-bukan.

Saya nak ‘add to spam number” pun tak boleh sebab takut SMS  lain dari Celcom juga ditapis kerana saya terima bil bulanan melalui SMS Celcom.

Atas nasihat kawan di Facebook, saya cuba menghentikan service dengan menghantar SMS STOP ke 22022.

stop sms spam

Sebelum SMS di hantar, saya terima amaran SMS ini mungkin akan dikenakan bayaran.

Pelik pula…senang-senang nak cas service yang kita tak teringin.  Kebetulan di depan komputer, saya cari maklumat di laman web Celcom.

Stop sms Celcom NotifyMe

Maklumat di laman web Celcom beritahu untuk menghentikan perkhidmatan tersebut adalah PERCUMA!

sms spam 22022

Selepas hantar SMS Stop, dapat balasan yang pelik.   “‘ RM0.  Sorry, ur subscription request cannot be completed successfully.  Please try agian & send ON to 22022. Thank you “

Nampak tak perangkap di situ?   Kena ON dan akan dicas RM1 sebulan.

Hasil daripada  Google cache, saya jumpa Masalah NotifyMe di forum Komuniti Celcom yang telah retired.

notifyme celcom

Anggaplah perkhidmatan NotifyMe ini telah berjaya dihentikan. Kita tunggu kalau-kalau ada lagi selepas ni… baru kita cili Celcom.

 

aduan pengguna skmm

Kalau masalah ini tak selesai, kita boleh buat aduan melalui Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( CMCF ) atau Forum Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( CFM) atau melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ).

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. salam, saya bru sahaja nyah langgan NotifyMe hari ini. apa yg pelik saya tak penah pon taip ON dan htr ke 22022. kerna sya tidak memerlukan perhidmatan ini. nmpk company ini mcm terdesak jew nk cri duit free.

  2. Akhirnya dapat juga deactivate service tu… your request to unsubscribe is successful..patutla hilang duit cepat, kena scam ngan celcom :X

  3. amaran MESSAGING itu bkn dr celcom atau notify me. ia standard utk fon android. try hantar sms to maner2 shortcode , sama je dpt amaran android.

  4. Sebab tu saya berenti guna Celcom, skrg guna Digi tak de pulak dapat SMS karut marut begitu, kecuali ada sekali dua team Dr. Azizan spam SMS.
    Jom terjah post menarik dari Stuwie ..James Brooke Cafe & Bistro – Laksa Sarawak Kat Sini Sedap Sangat!My Profile

  5. pernah juga melanggan.. pastu dah unsubsribe dah

  6. alhamdulillah selama ini guna Celcom tak ada masalah ini semuga tiada di masa depan
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Tarsus kota purba menarik di TurkiMy Profile

  7. Serius busuk melihat trik mereka dengan caranya hendak hentikan perkhidmatan yang tidak diperlukan. Baik tidak langgan jadi terlanggan kerana terperangkap.

  8. Tak pernah guna lagi Celcom, emm, memang nampak mengganggu servis NotifyMe tu.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Ziarah orang sakitMy Profile

  9. info yg sgt berguna..tq kerana berkongsi kak 🙂
    Jom terjah post menarik dari Homestay Melaka ..Homestay Melaka oleh AS HomestayMy Profile

  10. makasih infonya kami tunggu update selanjutnya
    Jom terjah post menarik dari alat bantu ..Obat Vimax Pembesar Penis AlamiMy Profile

  11. Kalau pengguna dari jenis yang tak ambil port, tentu dah send ON..akibatnya lepas tu, kena charge macam2..
    Jom terjah post menarik dari Hijab Terkini ..Tutorial Cara Memakai Shawl Chanteks Hijab Terkini #1My Profile

  12. Sebagai satu company yang mempunyai nama besar, agak memalukan bila kita dapat kesan sesuatu yang meragukan dan berunsur penipuan seperti ini..
    Jom terjah post menarik dari iOSGEAR ..Perbezaan Antara iPhone 6 Dan iPhone 5s Yang Lebih Terperinci [Gambar]My Profile

  13. Bahaya tu..ada pulak unsur3 perangkap..suruh hantar ON la pulak padahal kita nak STOP..kena lebih hati2 dengan msg dari syarikat telco ni..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Manchester City Juara EPL/BPL Musim 2013/2014My Profile

  14. ce try STOP ALL send ke no yg selalu hantar mesej tu……
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..21 Blog Terbaik di MalaysiaMy Profile

  15. yap. selalu gak dapat.

    annyoing gila rasa.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Anak No.2 memang sesuai jadi Penulis Blog yang berjaya.My Profile

  16. Harus kena tu nanti hehehe..
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Umi saya cantik, Umi saya baik, Umi saya pandai masakMy Profile