Boleh Ke Puasa 31 Hari?

Hari ini saya nak kongsi kisah seorang teman blogger knizam yang sedang bertugas di Islamabad , Pakistan. Keadaan dan situasi ini mungkin kita tak terfikir sehinggalah terjadi sendiri.

Beliau pulang bercuti ke Malaysia dan menyambut awal 1 Ramadan di Malaysia dan kembali ke Paskitan seminggu kemudian.

Masalah timbul apabila kita di Malaysia menyambut 1 Syawal pada hari Jumaat ( lengkap berpuasa 30 hari ) dan Pakistan menyambut 1 Syawal pada hari Sabtu. Dalam keadaan ini, knizam akan berpuasa 31 hari.

Boleh ke kita berpuasa 31 hari kerana mengikut kalendar Islam, sebulan hanyalah 29 hari atau 30 hari.

JawapannyaJumhur fuqaha’ tidak membolehkan kita berpuasa melebihi 30 hari. Kita hendaklah berbuka pada hari ke 31 secara sirri (rahsia) dan mengikuti solat hariraya ( keesokkan harinya ) untuk mengelak fitnah.  Kita mengikut tempat menetap ketika itu.

Rujukan: Abu Bakar Jabi al Jazairy (minhaj al muslim)

 

Pendapat 1

Seseorang yang mula berpuasa 1 Ramadan di lokasi lain dan kemudian akan menyambut 1 Syawal di lokasi lain pula harus mengikut ketetapan tarikh setiap lokasi yang dihadirinya itu dan dia tidak tertakluk kepada berapakah jumlah hari-hari yang dia telah berpuasa. Ini adalah kerana permulaan 1 Ramadan dan permulaan 1 Syawal adalah bergantung kepada persaksian anak bulan tidak kira di mana seseorang itu menyaksikannya atau berapa hari seseorang itu telah berpuasa.

Pendapat ini didasarkan kepada hujah bahawa permulaan dan pengakhiran ibadah puasa itu adalah dari anak bulan ke anak bulan dan ia tidak dipengaruhi oleh jumlah bilangan hari puasa. Dalilnya:

Abu Hurairah radiallahu-anhu berkata, Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Bermulalah puasa apabila kamu nampak anak bulan (Ramadan) dan berhentilah hari-hari puasa kamu apabila kamu nampak anak bulan (Syawal) dan jikalau langit sangat mendung maka kiralah bilangan 30 hari bulan Sya’ban (bagi menentukan permulaan Ramadan) Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Jumlah bilangan hari-hari puasa di atas tidak bercanggah dengan kehendak syari’at Islam kerana ia dimulai dan diakhiri berdasarkan persaksian anak bulan.

Pendapat 2

Seseorang yang memula berpuasa 1 Ramadhan di lokasi lain dan kemudian akan menyambut 1 Syawal di lokasi lain pula harus mengikut ketetapan tarikh setiap lokasi yang dihadirinya itu tetapi jumlah bilangan hari-hari puasanya tidak boleh kurang dari 29 hari atau tidak boleh lebih dari 30 hari.

Ini didasarkan kepada hujah bahawa bulan-bulan Islam, dalam sudut ini bulan Ramadhan, adalah berjumlah samada 29 atau 30 hari, oleh itu seseorang itu hendaklah berpuasa samada 29 atau 30 hari juga, tidak kurang dan tidak lebih.

Dalilnya adalah hadith penerangan Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhu:

Di satu ketika Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mengisyaratkan dengan kesemua 10 jari-jari tangannya tiga kali seraya bersabda: Satu bulan itu adalah begini, begini, begini; menandakan 30 hari. Kemudian beliau mengisyaratkan 10 jari-jarinya dua kali dan diikuti isyarat 9 jari sekali lalu bersabda: Ia juga boleh jadi sebegini, sebegini, sebegini; menandakan 29 hari. Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Selain itu Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah menyatakan bahawa jumlah maksimum bilangan hari-hari puasa Ramadhan adalah 30, iaitu dalam hadith berikut: Apabila bulan Ramadhan menemui kamu maka berpuasalah 30 hari kecuali jikalau kamu nampak anak bulan baru (Syawal) sebelum itu.

Apabila seseorang itu tiba ke suatu lokasi di mana tarikh penentuan Hari Rayanya adalah dalam masa sehari dua lagi padahal dia sudahpun mencukupkan jumlah bilangan 30 hari puasa maka seharusnya dia menunggu kedatangan Hari Raya tersebut dengan tidak berpuasa.

sumber rujukan : Hafiz Firdaus Abdullah

 

 

*****************************************************

Ini pula gambar  suami di Algeria menyambut 1 Syawal.  Pertama kali menyambut Aidilfitri berjauhan.


About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ohh..begitu rupanya..hoho
    Jom terjah post menarik dari titan ..Apa itu MyKad Smart Shopper?My Profile

  2. Wah..satu perkongsian agama yang menarik. .:)
    Jom terjah post menarik dari Daus Hafiz ..Ramadhan di madrasahMy Profile

  3. mrs jamal says:

    owh baru tahu..tapi ye la kat malaysia ni x pernah puasa smpai 31 hari..hmm ilmu..ilmu
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..OwhTerharunya MakcikMy Profile

  4. Dalam entri ini ada link disertakan, kena klik link untuk baca sebagai rujukan . Bila klik – rujukan itu akan memberitahu sumbernya datang dari Rujukan: Abu Bakar Jabi al Jazairy (minhaj al muslim)

  5. The Fallen says:

    mungkin sbb Hari Raya Aidilfitri 1 hari sahaja. Hari Raya Haji 3 hari. Kat Malaysia pantai timur yg mengamalkan cara ni juga. Apa yg kita buat tak semestinya tepat

  6. The Fallen says:

    Mungkin kena rujuk dgn ulamak sbb ni melibatkan kes 1 negara ke negara lain yg jauh. Masa perjalanan pun kena ambil kira sbb kadang2 ikut hari kita akan untung 1 hari dlm perjalanan tp klu ikut jam perjalanan hanya 1 hari sahaja.

  7. Ok betul
    Jom terjah post menarik dari Ayie ..Puasa di bulan SyawalMy Profile

  8. Dalam kes ini, kalau beliau berpuasa pada hari Jumaat mengikut tempat di Pakistan…bilangan hari puasa beliau telah menjadi 31 hari… itu yang tak boleh.

    Kerana bertukar lokasi – bagi beliau yang bermula puasa lebih awal di Malaysia, 29 Ramadan di Pakistan adalah 30 sama bilangan hari berpuasa.

  9. Memang benar kata kak jie itu. Masa untuk dunia ini tidak sama. Setiap tempat itu berlainan waktunya dgn tempat2 yang lain. Malaysia sambut 1 syawal pada hari Jumaat. Maka kita haram berpuasa sunat 6 hari pada hari tersebut.

    Pakistan menyambut 1 syawal pada hari Sabtu. Maka orang yang berada di Pakistan tidak boleh berpuasa sunat pada hari sabtu.
    Jom terjah post menarik dari Ayie ..Puasa di bulan SyawalMy Profile

  10. Jadi… bagaimana kes 1 Syawal di Malaysia jatuh pada Jumaat dan 1 Syawal pada hari Sabtu di Pakistan.

    Terfikir tak – dalam dunia ni, 1 Syawal di sambut berbeza hari..kita akan sambut 1 Syawal bergantung pada lokasi di mana kita menetap ketika itu.

    Cuba faham jalan cerita tersebut….

  11. Sebenarnya saya tak faham apa maksud jawapan akak tu. Pada pemahaman saya, kita haram sama sekali berpuasa pada 1 Syawal. Jikalau kita ingin berpuasa 6 sekalipun, hendaklah berpuasa pada 2 syawal.
    Jom terjah post menarik dari Ayie ..Cerita tentang BLOG-AYIEMy Profile

  12. itulah….tak fikir pun akan lalui keadaan mcm ni
    kitanya satu pengalaman menarik 😆

  13. tak dapat nak ucaplah mcm mana…tambahan lagi ini tahun pertama kali tak raya bersama 😥

  14. memang sesak teruk kami semalam..biasa 2 setengah jam dah boleh sampai rumah..semalam 5 jam…penat kat jalanraya.

    sesak dari Asam jawa Kuala Selangor sampai area Stesen Penimbang JPJ…

    Hari ni balik ikut Paris Panjang – Tanjong Malim..jalan clear

  15. ni dah raya ke 3 dah kujie… semalam jalan memeang sesak
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Nyawa NyamukMy Profile

  16. Fitrihadi.com says:

    oh saya baca kat jawapan tu tak leh puasa lebih dari 30 hari..takde pun tulis untuk 29 hari..thanks anyway 🙂
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi.com ..Salam Aidilfitri Sebenarnya Hadi Adalah Nama Arwah Ayah Saya!My Profile

  17. apa nak musykilnya…kan dah cakap kat entri tu

    kalendar Islam ada 29 atau 30 hari…jadi kalau 29 hari, bolehlah.

    Kita pun ada beberapa tahun berpuasa 29 hari ….

    masalah hanya timbul bila BUKAN 29 atau 30, contoh 28 atau 31
    itu yg tak boleh.

  18. Salam Aidilfitri…Taqabbalallahu minna wa minkum

    area tu dah tak jauh dari sekolah lama saya.SBPI Sabak Bernam 😎

    Selasa ini akan baraan ke sana melawat rumah cikgu-cikgu.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Pakej Ramadan 1431H Hingga Syawal 1432HMy Profile

  19. sedihnya bila ry suami x bersama, kan?

  20. Selisih lah kita ni saya baru je meninggalkan Parit Baru petang raya kedua..boleh tahan semaknya jalan raya terutama kat tjg karang tu
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Salam AidilFitri 1431 dari jauh ku pohon maafMy Profile

  21. wahh~mcm mane agaknye beraya kat algeria tuh yea kak?hehehe..
    nway, jangan lupe besok~ :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..Kad Raya Alam Maya from BLOGGERMy Profile

  22. di sini raya meriah tapi tak seronok…. 😕 raya hanya utk femili jer.yang lelaki bujang hanya melepak sesama rakan jer.yang tak berkenderaan hanya duduk dirumah jer.sangat berlawanan dengan malaysia.kita bukan sekadar femili…malah jiran,sahabat handai juga rumah terbuka sentiasa ada.mungkin selama sebulan beraya.kesipulannya…..melaysia hebat berhariraya.

  23. tu yang haru tu…..semua kuih muih manis2 belaka dan sedap.tapi tetap tak sempurna tanpa letupat dan lemang.ayam,daging semua ada tapi tak akan lengkap tanpa masak rendang atau masak kicap atau masak daging kuah sate.serba serbi tak kena.

  24. ooooooooooooo… tak boleh puasa 31 hari ya.. alhamdulillah.. dapat ilmu baru 🙂

    tak nampak ketupat, lemang rendang la atas meja kat algeria tu 😀
    Jom terjah post menarik dari kutaksempurna ..Pura-pura tak tahu kenapaMy Profile

  25. hehe semalam saya dah berbuka. tapi mmg rasa pelik. kita boleh berbuka dan raya. tapi xleh solat sunat lagi. haru sungguh semalam. hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari KNizam ..Ini Sudah Besar Boleh Jadi Steve McCurry Ni Rumah Malaysia Islamabad- PakistanMy Profile

  26. persoalan yang menarik nie… boleh la diajukan kat ustaz time kuliah subuh nanti….untuk kes yang beraya awal pulak….
    Jom terjah post menarik dari hazman aka species1980 ..Makna raya generasi mudaMy Profile

  27. Fitrihadi.com says:

    bila baca entry kak kujie ni, timbul pulak persoalan di hati saya.. boleh ke puasa 29 hari..mungkin seseorang tu mula puasa kat malaysia, then beraya awal di tempat lain.. ermm musykil skit..

    anyway, selamat hari raya..maaf andai ada salah dan silap selama ni.. peace!
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi.com ..Adoii Tergoda Sungguh Dengan Bibir Lisa Surihani NiMy Profile

  28. yang penting jgn selamber makan kat khalayak ramai di Pakistan tu.kan nanti diorang salah faham , kena tangkap pihak JAIP (ade ke? hihi)
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Pengalaman Kali Pertama Naik FireflyMy Profile

  29. hati-hati di jalan raya kakjie, semoga selamat sampai,

    hari ni baru tahu pasal puasa ni, sebab tak pernah alami jadi tak pernah nak amik tahu, thanks kakjie
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Hassan jemputlah naik rumahMy Profile

  30. jawatan kosong says:

    hmmm jadi macam tu ya.. :roll:
    Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..Li-Zainal Consulting Engineers Jobs Resident Engineers- ClerkMy Profile