Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga

Saya baru balik dari bercuti meliputi selatan semenanjung sehingga ke tengah belantara , lebih kurang 1800 Kilometer perjalanan.

Percutian  termasuk meredah laut  dan kuala sungai memancing udang, melepasi laluan yang ditutup akibat banjir ( kami naik Frontier, boleh lepas ) , melawat empangan hidroelektrik yang dah siap ( Empangan Sultan Mahmud ) dan empangan yang sedang dalam pembinaan ( Empangan Puah )

tanjung sedili

Tamjung Sedili

Kami juga melalui 5 lebuhraya berbeza  – Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Guthrie Coridor, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah , Lebuhraya Senai- Desaru dan Lebuhraya Pantai Timur .

perjalanan cuti

Panjang betul intro… hiks! Saja je nak bagi tau………..yeah! seminggu dah habis untuk bercuti.

rumah airLokasi percutian pertama, kami singgah di Kampung Sedili Kechil dan tinggal di rumah air. Bawah rumah tempat parking bot. Turun saja melalui tangga ke bawah rumah untuk menaiki bot .

percutian bestKawasan aman dan mendamaikan seperti ini jangan disangka tiada serangga merayap.

hulu terengganu projectDi Hulu Terengganu saya tinggal di kawasan berkabus sunyi sepi, sejuk dan dikelilingi hutan.

banjir di terengganu

Meredah banjir di Kuala Ping, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Dalam dua situasi tersebut, kebarangkalian untuk melihat dan terjumpa serangga sangatlah tinggi.  Kedua-dua tempat seperti ini adalah habitat semulajadi untuk pelbagai jenis serangga.  Yang pernah kita nampak atau yang tak pernah nampak seumur hidup.

icon ikan kuala rompin

Suatu malam, sedang nyenyak tidur, tiba-tiba saya terjaga bila terasa ada serangga  merayap masuk ke dalam telinga di sebelah kanan.   Nasib baik saya teringat tips untuk keluarkan serangga yang masuk ke dalam telinga.

Cara untuk keluarkan serangga yang masuk ke dalam telinga :-

  • Tarik nafas dalam-dalam
  • Tutup hidung , mulut  dan sebelah jari lagi tutup lubang telinga di sebelah kiri  serentak ( kalau serangga masuk di sebelah telinga kiri, tutup telinga kanan )
  • Insyaallah, serangga tersebut akan perlahan-lahan bergerak keluar.

Teorinya mudah, binatang perlukan udara untuk bernafas,  Kalau punca udara dari hidung dan telinga satu lagi ditutup, seranggan ini  akan mencari udara di lubang  yang terbuka.  Ia akan keluar melalui telinga yang dimasukinya.

Petua ini untuk serangga yang masih bergerak dan hidup, kalau serangga dah mati,  terpaksalah ke hospital seperti kisah telinga saya dimasuki lipas dulu.  Baca kisahnya di sini Bila Lipas Merayap Di Garis Masa

Kalau ada petua lain, bolehlah dikongsi bersama, mungkin bermanfaat untuk mereka yang gemar bercuti di hutan.

memancing udang galah di sedili kechil

Memancing Udang Galah di Sedili Kechil, Kota Tinggi

nota : ada banyak gambar dan cerita.  Tak tau nak mula dari mana.. :p

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Baru-baru ini terkejut jaga dari tidur bila ada bunyi kuat dari telinga kanan. Rupanya semut masuk dalam telinga. Panik rasanya sebab dia dok merayap pada gegendang sebab tu bunyi kuat. Saya ambil minya kapak sapu pada tepi lubang telinga dan buat macam kak jie petuakan di atas…keluar akhirnya perghhh siksa!
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Peluang jadi usahawan bengkel kenderaanMy Profile

  2. x pernah plak terfikir kaedah ni, kalau kaedah saya adalah saya memasukkan air kedlm telinga, pastu serangga tu keluar lah, hehe
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Rahsia Emas – Ebook Pelaburan EmasMy Profile

  3. tips yang sangat berguna akak :) tq for sharing.
    Jom terjah post menarik dari Farisya Anastasyia ..15 Ramadhan TerakhirMy Profile

  4. Terima Kasih !!
    Saya baru je buat petua ni, ia menjadi. :)

  5. zulkarnaen says:

    makasi atas tulisannya sangat bermamfaat bagi saya dan keluarga

  6. info berguna, dulu2 ada jugak serangga masuk dlm telinga, tp x ingat camne boleh keluar…
    Jom terjah post menarik dari Hanif Menhad ..PRU13: Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online, SMS atau Talian TaliponMy Profile

  7. saya pernah mengalaminya waktu kecil danyang masuk ke telinga tersebut adalah semut, alhasil saya pergi ke rumah sakit juga ..
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Prospek Peluang Bisnis Daur Ulang Sampah Yang MenjanjikanMy Profile

  8. Terima kasih kak jie utk tips ni. Bolehlah saye buat kot2 ada serangga tergelincir dalam telinga nanti.

    Pernah ada serangga masuk dalam telinga saye (tak tau serangga apa). Asyik dengar bunyi binatang dalam telinga. Tak tau nak buat ape, saya sapu minyak panas kat luar telinga, lepas tu terus takde bunyi…bila dia keluar, sayepun tak tau…hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat!My Profile

  9. Wahhh baru tahu petua mcm ni..terima kasih kak jie kongsikan..hehe..bila nak datang Jerteh?hahaha
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Stroke – Ya Allah Aku RedhaMy Profile

  10. tak pernah berlaku lagi, biasa telinga masuk air je time mandi, tapi bleh try tips tu kalau kena pada sesiapa.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Selamat Tinggal Dunia BakeriMy Profile

  11. saya ada kak jie, dulu-dulu la pernah buat, tapi hanya untuk serangga namanya semut.. yg lain, tak penah cuba..

    masukkan minyak masak, sikit je dlm telinga yg semut masuk tadi. biar kejap, lepas tu telangkupkan telinga (of course dengan kepala sekali). nak bukti semut tu, telangkup atas tisu, nanti nampak le semut tu, dah mati pun..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Hadiah Untuk SuamiMy Profile

  12. Petua yang mudah tapi mujarab. Terima Kak Kujie. Mohon izin copy paste untuk disebarkan dalam FB.
    Jom terjah post menarik dari noehas ..JANGAN SALAH SEBUT NANTI JADI PELIKMy Profile

  13. err.. tiba2 teringat lak persoalan ttg tiba2 biawak masuk dlm telinga, mcm pulak tu ek?

    ahaks.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Dirotan CikguMy Profile

  14. Pekrhh.. ini betul2 kembara jalanan ni.. hehehe

    hebat!
    Jom terjah post menarik dari maza ..Dirotan CikguMy Profile

  15. Wow jauh betul perjalanan.Pasti banyak pengalaman.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..PRU 13 : Pilihan Raya Umum Ke 13My Profile

  16. masa kecik2 dulu pernah jugak jadi camni. Berhari jugak kena tahan azab sakit tu. tapi Alhamdulillah., beransur sembuh lepas g klinik..
    Jom terjah post menarik dari Hasri ..Naikilah akan Bahtera KeselamatanMy Profile

  17. betul, boleh guna cara ni. tapi kalau dah mati..kena gi klinik atau hospital la..takut beranak bertelur dahh..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Terima kasih kerana menyertai Contest SEO 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  18. tips mengelak didit nyamuk di hutan..sapukan lidah bauya di seluruh kulit yang terdedah. Biarkan ia kering, In Shaa Allah nyamuk tak gigit..lidah buaya adalah ubat mujarab untuk luka² kecil..

    Percutian yang menarik kak..
    Jom terjah post menarik dari Sharafie ..Kisah Seram Gangguan Cermin MisteriMy Profile

  19. time sekolah dulu ada banyak kumbang kecik suka kat lampu.. maklumle sekolah keliling kelapa sawit. klu musim banyak sampai hitam katil sebab terlampau banyak kumbang jatuh atas katil dahla busuk!. bila dah banyak2 adala yang tersesat masuk telinga… solution pertama kitorang suluh lubang telinga sampai kumbang keluar tapi memang ambil masa… tapi kalau dah mati memang tak bolehla

  20. salam singgah. Ooooo, senang rulanya nk kuarkan serangga ni dr telinga… Mmmmm :)
    Jom terjah post menarik dari Que Achmad ..Sahabat… YANG DILARANG ITU JUGA DIBUATNYA… DI LARANG MEMBACA ENTRI ni… SALAM PERSAHABATANMy Profile

  21. syaifuddin alias says:

    cukup menarik perkongsian ini :)
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Meteor Jatuh di Russia Dikaitkan Dengan KiamatMy Profile

  22. Biasanya bila masuk je serangga dlm telinga terus jadi panik itu yg hilang semua skill dan lupa segala tips …
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  23. senang je nak keluarkan serangga rupanye..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Mesir Kembali ‘Bergolak’ ?My Profile

  24. baru macam mana nak keluarkan serangga dari dalam telinga, tq kak jie
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  25. perkongsian yg menarik..
    dan bermanfaat..^_^
    Jom terjah post menarik dari notainsan ..Beristinthar Selepas Bangun TidurMy Profile

  26. betul betul.. selalu buat macam tu..kekadang terasa nak kentut sekali.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kalau Gagal, Kena Buat Apa?My Profile

  27. wah wah.. sakan sungguh makcik ni beerjalan. penuh peta satu malaysia dia tanda ye. kekeke… welkam back kak jie. :D
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..BigPicture: Sepetang di PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA – #vol2My Profile

  28. Kaki Kencing says:

    untgla bercuti smpi seminggu..
    ahaha
    Jom terjah post menarik dari Kaki Kencing ..4 GAMBAR KERETA BARU ROSYAM NOR, MCLAREN MP4-12My Profile

  29. ceit..
    kne bce psl percutian dlu bru dpt tips..
    ahaha
    Jom terjah post menarik dari Katak Comel ..6 GAMBAR MOTOR VALENTINO ROSSI MOTOGP 2013My Profile

  30. Salam,

    Kalau telinga termasuk air pun boleh juga guna petua diatas.

    Selamat kembali dari bercuti :)
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Mee Basah SabahMy Profile

  31. masukan perahan tembakau rokok.biasa buat ngan dunhill.pernah buat masa kecil dulu…

  32. satu lagi petua suluh telinga yg masuk serangga dengan lampu suluh. logiknya serangga ni tak nampak jln keluar . Bila dah terang nampaklah dia.
    satu lagi , sapu keliling teingga dgn kapur makan sambil bersalawat.
    Zaman kecik2 dulu telinga saya selalu jdi mangsa semut. dah merasa sakitnya digigit semut sementara binatang kecil ini nak kluar.

  33. baru2 ni, 2x serangga yg suka kat lampu tu masuk dlm telinga. Gabra abis tatau nak buat mcmana..tmbh2 lg tgh bawak motor masa tu..cuak sgt2 sbb kepak binatng tu berkipas2 dlm tinga!! Huaaaaaaa…

    Langkah plg proaktif, terus p klinik kesihatan dlm kmpg. Kasi kuarkan dgn alat yg ada kat klinik tu hah..cepat, mudah dan selamat. Hihihi
    Jom terjah post menarik dari Mak Lagenda ..RESEPI PAPRIK SOTONG MONCETMy Profile

  34. percutian akak nih lain drpd yang lain…mencabar percutiannya…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  35. nyaman betul tgk tempat2 tu.. btw thnx for the tip kak jie..
    Jom terjah post menarik dari fariq ..Arnab Gergasi Halau Pencuri Dari RumahMy Profile

  36. menarik..tapi kalau serangga tu agak nakal, dia lepak lama2 sikit, jenuh jugak nak menahan nafas..hehehe
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Perancangan kita vs Perancangan ALLAHMy Profile

  37. Setakat ni tak pernah kena telinga masuk serangga.Senang jer rupanya,tak payah nak masuk kan apa2…air or minyak..
    Jom terjah post menarik dari azman ..Ada Makhluk Hendak BergurauMy Profile

  38. Aya masih ingat lagi.. masa di perubatan dulu.. pensyarah ada cerita kat kitaorang pasal lebah masuk kat telinga salah seorang pesakitnya di pedalaman.. caranya letakkan minyak makan ke dalam telinga sehingga lebah tu lemas dan keluarkan semula minyak tu… tak pernah cuba lagi.hehehe.. jangan masukkan minyak petrol plak..hehehe
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Shila Amzah Akhirnya Putus Cinta Dengan SharnaazMy Profile

  39. biasanya guna lampu aje..nanti dia keluar la..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 100 dari TNXMy Profile

  40. kadang pernah gak kene..sampai berdengung telinga..terima kasih share..
    Jom terjah post menarik dari afif ..Rangking Terkini Fifa Dunia 2013.Malaysia?My Profile

  41. selamat kembali kak jie :)

    ada bw keropok lekor utk sha tak? heheheheh
    Jom terjah post menarik dari sha ..Wadihana Islamic Steakhouse BangiMy Profile

  42. Bagus maklumat ini,tq
    Jom terjah post menarik dari kakmahh ..Wang Prachan,Satun vs Wang Kelian,PerlisMy Profile

  43. Terimakasih ya kerana sudi berkongsi tips utk keluarkan seranga dr dlm telinga, semut suka masuk telinga saya, selama ni saya guna minyak angin jek utk kasi keluar, saya kan cuba cara ni yg nampak mudah jek..

  44. ada satu lg cara kakjie…suluh lubang telinga dgn lampu…tak kisah la lampu apa,asal cahaya terang…binatang tu akan keluar ikut dr mana cahaya tu masuk…ini pun sesuai untuk binatang yg hidup jgk… :)
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Video Tahi Bintang Jatuh Dari Angkasa di RusiaMy Profile

  45. Terima kasih Kak Jie… saya pernah mengalami peristiwa serupa. Tapi susah sangat mengeluarkan serangganya. ternyata ada cara yang gampang.
    Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..Disini Ada Yang MatiMy Profile

  46. owh..macam tu ek..serius baru tahu petua ni..thanks kak jie
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Permainan Mencabar MindaMy Profile

Trackbacks

  1. Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga| Hidup Biar Sedap says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga| Hidup Biar Sedap [...]

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam