Cara Kita Bayar Zakat Fitrah

zakat fitrah

sumber : Twitter @acaiijawe

Betul sangat. Menurut suami yang pernah bekerja dan menyambut Aidilfitri di Algeria, zakat fitrah dimasukkan ke dalam kotak macam tabung kat masjid.  Masa kita masukkan duit dalam tabung tu, kita berniat untuk siapa zakat fitrah yang kita bayar.  itu saja.

Syarat sah bayar zakat tak perlu pun bersalam jabat tangan dan melafazkan.  Apa yang diperlukan adalah niat dan perpindahan wang yang dikeluarkan.

Hukum dan Niat Zakat Fitrah

Kadar bayaran zakat fitrah untuk negeri Selangor pada tahun 2014 kekal sebanyak RM 7.00. Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Kalau kita bayar zakat fitrah menggunakan duit, kita perlu kira harga 2.7kg beras yang biasa kita makan. Kalau secara hariannya kita makan beras wangi, beras basmati atau beras perang, kadar zakat fitrah yang perlu dibayar adalah berbeza.

RM 7.00 yang ditetapkan itu adalah kadar harga bagi beras biasa kebanyakkan orang. Kita sendiri makan, kita sendiri boleh tahu nilai yang sepatutnya dibayar. Ini adalah kejujuran antara kita dan Allah, tak ada orang boleh datang check kat dapur kita beli beras gred apa.

Negeri Terengganu keluarkan kadar bayaran zakat fitrah yang berbeza antara  RM 4.50, RM 7.00 dan RM 7.60 dan negeri Johor  RM 5.00 dan RM 8.00.  Pilih gred beras mana yang selalu dimakan.

Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan adalah RM 7.00.  Negeri Perlis dan Negeri Sembilan pula menetapkan kadar bayaran fitrah 2014 sebanyak RM 6.50.  Kadar bayaran fitrah bagi negeri Melaka adalah RM 6.70

Kita boleh ditunaikan zakat di kawasan kita mencari rezeki, tetapi tiada masalah kalau nak bayar di kampung tetapi janganlah ke tempat lebih murah dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita.

“Semoga Allah Ta’ala membalas dengan sebaik-baik pada apa yang kamu berikan dan melimpahkan berkat pada hartamu yang tinggal”

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. dah bayar dah untuk tahun ni.

    alhamdulillah.
    Jom terjah post menarik dari hikaru ..Spa Terbaik di Ampang.My Profile

  2. Ini sudah saatnya bagi kita untuk mengeluarkan zakat fitrah ya. Terima kasih, ini bisa mengingatkan kita semua jangan sampai lupa atau telat untuk menunaikan kewajiban dalam berzakat
    Jom terjah post menarik dari Toni ..Cara Mengatasi Saluran Air (Wastafel) yang Tersumbat / MampetMy Profile

  3. Kat australia pun sama. Masuk dalam bekas tabung sedekah je.

    Malaysia kalau buat macam ni apa jadi ek?
    Jom terjah post menarik dari Mazni Azmi ..Tudung Lotus Fesyen Tudung Terkini Muslimah 2014My Profile

  4. apa saja caranya.. yang penting niat kena betul

  5. Heh..siapa lagi belum bayar?
    Jom terjah post menarik dari titan ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – 8 Sebab aku dan bini kena CUBA.My Profile

  6. yang penting niat kita memberi zakat utk membantu mereka yang memerlukan…
    Jom terjah post menarik dari norehan saad ..FAKTA TENTANG BIOTINMy Profile

  7. Thanx for info yang membuka minda.

  8. Zakat membersihkan harta dan sedekah memberi kesihatan kepada tubuh badan
    Jom terjah post menarik dari Denaihati Ilhamku ..Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014My Profile

  9. tahun ni thun terawal umie dan husband bayar zakat fitrah.. biasanya bayar 2-3 hari sblm raya..
    Jom terjah post menarik dari umie ..Yang Pergi Tetap Akan PergiMy Profile

  10. owh macam tu rupanya, terbuka sikit minda ni
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Kerjaya PTD Dan Panduan Soalan Kertas PeperiksaanMy Profile

  11. Dah tau nie eloklah disegerakan pembayaran zakat fitrah. Lambat2 nanti terlupa plak.
    Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti MerokokMy Profile

  12. Owhh, baca entri ini teringat belum tunaikan lagi membayar zakat fitrah…
    Jom terjah post menarik dari iman1237@hotmail.com ..Buat Duit Online – Perkongsian 4 SifuMy Profile

  13. Kutip zakat alhamdulilah dah pelbagai cara dan mudah dah. Cuma agihan kenalah dipertingkatkan lagi.
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Vivix Suplemen Anti Aging TerbaikMy Profile

  14. belum bayar zakat fitrah lagi… ehh encik suami yang bayarkan la
    walau apapun semoga zakat yang kita hulurkan itu sampai kepada asnafnya dan sama-sama kita mendapat pahala yang berganda.
    Jom terjah post menarik dari yangbaik ..Berhati-hati ketika shopping di bulan puasaMy Profile

  15. Assalamualaikum,
    Mmmmmm belum bayar lagi ni. Nak kena bayar sebelum balik kampung, kang lupa naya!
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Betul Ke Boleh Jimat Sepanjang Ramadhan?My Profile

  16. Harap pungutan zakat fitrah dapat disalurkan kepada golongan asnaf secepat mungkin.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Ada apa dengan jumlah entri 888My Profile

  17. kalau di Arab sana tak ade amil zakat….di Hulu Terengganu Project pun tak ade amil zakat malah kotak tabung besar pun tak ade….macam mane yer…he he he

  18. Sebenarnya elok dipermudahkan perkara macam zakat fitrah ni kan kak. Islam itu mudah sebenarnya. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nia ..Set Shaklee Bulan Puasa Untuk Semua GolonganMy Profile