Cara SMS Aduan TNB Careline 15454

Saya jarang menghubungi TNB kalau bekalan elektrik terputus.  Mengharap orang lain yang buat.  Kalau semua orang bersikap macam saya, memasing dok menyalahkan TNB padahal TNB tak tau pun elektrik terputus….kan kan kan.

Tetapi semalam saya tergerak hati nak hubungi TNB membuat aduan mengenai bekalan elektrik yang terputus.  Saya pernah baca mengenai perkhidmatan SMS TNB Careline ni tetapi tak pernah cuba.  Tahu nombornya iaitu 15454.

Cara Nak SMS buat aduan TNB Careline.

Pertama kali SMS, saya hentam saja taip Tiada Bekalan Elektrik dan alamat rumah dan SMS ke 15454.  Sekali dapat jawapan suruh taip BD untuk bekalan elektrik , L – untuk aduan kerosakkan lampu jalan dan REG untuk mendaftar.  Saya taip BD.

Taip BD dan hantar ke 15454

cara sms aduan tnb

 

Sistem akan menghantar alamat mengikut rekod pihak TNB terima aduan sebelumnya. Mungkin kita dari kawasan yang sama. Kalau sama, taip Y dan hantar ke 14545.

Kalau alamat yang diberikan adalah berlainan, taip N , alamat , negeri dan hantar ke 14545.

Selepas menghantar SMS ini, saya  ke dapur dan buat kerja-kerja lain.  Rupa-rupanya pihak TNB ada membuat pangilan ke telefon saya.  Panggilan ke-3 barulah saya dengar dan jawap.

Terkejutlah juga kalau-kalau saya perlu tulis alamat lengkap.  Dia cakap tak perlu kerana memang mereka akan membuat panggilan selepas menerima SMS untuk pengesahan.

Lepas buat aduan SMS ke TNB, saya keluar ke kelas.

Sebelum pukul 11 pagi, bekalan elektrik dah ada.

Terima kasih TNB kerana khidmat yang cemerlang ini.  Mula-mula tu agak was-was sama ada SMS yang dihantar diambil tindakan atau tidak, tetapi apabila mendengar suara lemak merdu sopan santun dari kakitangan yang menghubungi, rasa tenang dan lega juga walaupun tiada elektrik.

Kalau tak ada bekalan elektrik taip BD , kalau laporan kerosakkan lampu jalan taip L , kalau nak semak status adauan taip SBD, kalau nak mendaftar taip REG,

Saya tak mendaftar, agaknya sebab itu kakitangan TNB buat panggilan untuk pengesahan.  Saya nak daftarlah kejap lagi kerana semua SMS ini adalah percuma.

Selain menghantar SMS, kita juga boleh membuat aduan dengan menelefon nombor 15454 tersebut.