Gambar Cara Tukar Tayar Pancit Waktu Malam

Hari yang penuh terisi dengan segala macam peristiwa,

Awal pagi tadi, selepas hantar Intan ke sekolah, saya ambil ruang sedikit untuk balik menjenguk mak mertua di kampung. Selepas perjalanan 2 jam setengah, saya dan suami selamat tiba disambut wajah ceria emak yang hari sebelumnya tidak berapa sihat.

Selepas habiskan masa memasak untuk mak dan makan bersama, saya kembali ke ibukota melalui Lebuhraya Latar untuk ke Selayang jumpa seorang kawan lama dan terus ke Gombak menjemput Angah.

Waktu melalui Lebuhraya Latar, kereta bergegar lain macam. Saya cuma cakap ” selalu kereta ini off road, hari ni lalu highway jalan cantik, dia tak biasa nak sesuaikan diri”

Ha ha ha… lawak hambar.

Selepas Lebuhraya Latar dan menghampiri Taman Amansiara, Selayang terasa pergerakan kereta yang tidak stabil. Memang ada masalah pada tayar.  Kalau rasa pemanduan tidak stabil dan lain macam saja tu, cara paling selamat adalah berhenti dan buat pemeriksaan kenderaan.

Memang tayar dah pancit dan kempis.

sonyalpha5000149
Berhenti di tepi jalan yang rata dan selamat, keluarkan ‘jack’ dan naikkan tayar. Buka ‘wheel cover’ dan buka nut tayar yang pancit tersebut.  Simpan nut di tempat yang selamat, jangan campak merata-rata, nanti nak pasang semula.

sonyalpha5000160
Jangan lupa pasang lampu kecemasan ( hazard lights ) apalagi bila waktu malam.  Memandangkan kawasan ini gelap, saya pasang juga lampu dalam kereta.

sonyalpha5000171
Ambil tayar simpanan ( spare tyre ) .  Kalau kereta four wheel drive, spare tyre berada di bawah bahagian carrier kereta.

sonyalpha5000183

Keluarkan tayar yang pancit dan gantikan dengan tayar simpanan. Cara mudah nak gerakkan tayar yang berat adalah dengan mengolek tayar tersebut.

Kalau saya memang tak terdaya nak angkat tayar sebesar dan seberat ni.

sonyalpha5000203

Bila dah pasang tayar baru, pasang semula semua nut yang dikeluarkan tadi. Turunkan semula tayar dan ketatkan semua nut tersebut.

Senang aje nak tukar tayar yang pancit.   Lagi senang kalau hanya memerhati macam saya..hihi.  Sambil ambil gambar gunakan kamera baru Sony Alpha5000 .

Saya bukan pandai gunakan kamera, tak ada asas pun.  Tau petik saja.  Tetapi dengan fungsi Superior Auto Low Light, gambar yang terhasil sangat berpuashati.

Ada yang bertanya, berapa harganya?  Kalau nak tau baca info rasmi di laman web Sony di sini –  Sony α5000

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Gambar Cara Tukar Tayar Pancit Waktu Malam”

  1. Sepanjang 7 tahun dok berulang balik Perlis dengan anak2 alhamdulillah belum pernah lagi tayar pancit di highway. Sekali dulu kereta tengah parking kat rumah tengok2 kempis disebabkan suami tengah sakit lutut jadi Aina terpaksa tukar tayar sendiri dan suami jadi mandur. Sekurang-kurangnya Aina ada pengetahuan cara2 tukar tayar utk masa2 kecemasan.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Hadiah Harijadi 2014My Profile

  2. Pernah mengamali tayar flat siang hari, kalau malam tak tau lah.. tapi for lady drivers di kl ni rasanya .. tukar tayar tepi jalan takut pulak betul ke org nak tolong. saya hanya duduk lam kereta and called mechanic.. Kalau malam takut nya akan lebih lah..

    Terima kasih di atas tips di atas.

  3. Setakat ni kalau jalan jauh belum pernah lagi terjadi apa2 masalah pada tayar..harap2 rekod ni akan terus kekal..
    Dan lepas baca artikel ni dan komennya, rasanya dah boleh jadi panduan kalau jadi apa2 nanti..kalau di kawasan yang kita tak yakin akan tahap keselamatan, baik call mintak bantuan..
    ** Untung Kak Jie dapat peluang test kamera baru.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Haris Dapat Panggilan Untuk Pemilihan Atlet GimnastikMy Profile

Comments are closed.