Keropok Keping Sedap Di Terengganu

Kalau ke Pantai Timur, mesti nak beli keropok. Tak kisahlah keropok keping, keropok lekor, keropok losong atau keropok pedas.  Kalau ada kawan-kawan dari Pantai Timur pun, keropok adalah buah tangan yang tak berbuah sering dijadikan ole-ole.  Macamlah kita pergi Langkawi, mesti nak beli cokelat.

Sebenarnya Losong adalah nama tempat di Terengganu iaitu Kampung Losong Haji Su.  Kalau nak beli keropok losong, carilah di Kampung Losong Haji Su.  Keropok losong bentuknya lebih kecil berbanding keropok lekor.

Antara tempat keropok lekor sedap di Terengganu yang popular ialah BTB ( Bukit Tok Beng ) yang terletak di Seberang Takir berdekaran ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Itu cerita kalau nak beli keropok losong atau keropok lekor. Mana tempat popular nak beli keropok keping yang sedap?

keropok sedap

Saya ada pengalaman beli keropok keping yang tak menjadi. Bila goreng keropok keping tu tak mengembang pun. Beli sekilo, nak makan pun tak bernafsu. Rasa kecewa sangat sebab sesuatu yang istimewa sepatutnya menjadi buah tangan menjadi sebaliknya.

Nak pergi tukar semula, bukannya dekat. Ini pengalaman yang saya lalui sendiri dan kerana pengalaman itu saya agak  serik nak beli keropok keping. Nama saja keropok keping tetapi dihasilkan oleh orang berbeza, bahan berbeza dan cara berbeza tentu menghasilkan rasa berbeza.  Orang yang berniaga juga ada pelbagai jenis, ada yang hanya mengambil kesempatan atas pelancong dan menjual barang yang tidak berkualiti.

Awal bulan lepas, anak-anak angkat suami ( rakan sekerja ) datang ke rumah. Mereka bawa keropok  keping yang sangat sedap. Bukan saya saja yang rasa sedap, malah anak-anak pun secara spontan boleh memberi komen itulah keropok dari Terengganu yang paling sedap pernah mereka rasa.

Apabila keropoknya digoreng , naik mengembang elok bentuknya dan tak ‘makan’ minyak.  Saya percaya, ketelitian dan campuran adunan yang tepat telah menghasilkan keropok yang betul-betul sedap.

keropok keping sedap

Saya pun beleklah jenama pembuat keropok keping yang sedap ini.  Tengok saja alamat Keropok Keping Aziz Satar, Kedai Kuning, Kanpung Geliga, Kemaman, saya dah tahu kerana pernah ke sini.

Sewaktu bercuti ke Cherating akhir tahun lepas, saya  pernah beberapa kali singgah makan di sini. Baca entrinya di sini – Warung Aziz Satar Kampung Geliga Kemaman.  Tiba-tiba teringat satar dan otak-otak yang sedap di Warung Aziz Satar.

Sekarang saya dah jumpa tempat nak beli keropok keping yang sedap.  Adalah tempat nak tuju kalau nak beli keropok keping nanti.  Sesiapa yang tau tempat mana lagi yang jual keropok keping yang sedap, boleh berkongsi untuk rujukan lain kali kalau ke sana lagi,

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Khairul MLK says:

    Assalamualaikum……mmg keropok lekor BTB2209 cukup best dikalangan org luar dr Tganu.Saya aderlah pemborong dan pengedar keropok lekor BTB2209 di Melaka.Keropok keping biasanya Kuala Ibai yg terbaik….Lebih isi ikan…kalu kak berminat bole hubungi saya 0149124690

  2. mmm jadi mau coba tuh kerupuknya.. renyaah deh,, kerupuk salah satu makanan favoritku…

  3. Kak Jie,
    Kalau dari Bandar Chukai, Kemaman, menghala ke Kuantan, area Chendor tu, sebelum Kilang Roti Cempaka, ada satu kedai keropok Cap Bunga Teratai, sebelah kiri jalan. Beli keropok keping ikan tambang. Boleh tahan sedap. Keropok lekornya pun ok gak 🙂
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Kebaikan VitaLea Shaklee Bagi Ibu MenyusuMy Profile

  4. Keropok terengganu ni memang best! Kalau puan ke kuantan, memang terasa pula beza keropok dia sebab kandungan kanji..
    Apa2 pon blog ini memang mantaplah!
    Jom terjah post menarik dari pakcikayo ..Makita BUB182Z 18-Volt LXT Lithium-Ion Cordless Blower – Bare-toolMy Profile

  5. terliur SA tgok kak..memang favorite SA sekeluarga ni keropok keping ni…nak dapt yang betul2 seap payah kan..
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Adam AF2 Selamat Bernikah Dengan Fiza Elite Pagi Tadi!My Profile

  6. Keropok asli Terengganu tidak dinafikan memang lebih rasa ikan berbanding tepung. Terbayang-bayang rasa nikmat jus ikan didalam mulut.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Segmen Keteguran Eyriqazz – saya mahu ditegurMy Profile

  7. PM sekeluarga hujung tahun nih pergi Kuala Terengganu , tak sabar nak membeli belah pelbagai jenis keropok…hehe
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Untuk Papa Takde Ke…???My Profile

  8. Kalau kerepok lekor pendek2 tu, kedai 007 selepas lampu isyarat Kuala Ibai (dekat dgn masjid terapung – arah menghala ke KT)

    kalau keropok keping, saya layan yang jiran saya buat..memang marbeles.. =)

    p/s- terus terbayang kerepok keping…stok dah habis…huhu
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Mana Lebih Garang? Pahlawan Merah vs Harimau Selatan!My Profile

  9. saya baru sahaja balik dari terengganu 2 minggu lepas, saya juga tidak ketinggalan membeli keropok keping ini, memang sedap.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Bayi 5 Tahun Meninggal Dunia Di TaskaMy Profile

  10. kedai Aziz Satar tu antara Satar yang terbaik di kemaman..kedia selalu penuh…kalau sesiapa nak rasa satar terbaik mmg dkt kedai ni..hu3
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..10 Soalan Tentang LelakiMy Profile

  11. kerupuk bisa jadi lauk yang enak dan cocok dikombinasikan dengan berbagai masakan…
    nice Kak Jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create And Build XML Sitemap / RSS Feed Files For WebsiteMy Profile

  12. Terengganu tak pernah jejak lagi,. Keropok macam ni sedap buat makan petang2x cicah pulak dengan sambal. pergh!.
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Apa Yang Hebatnya Samsung Galaxy Note 3?My Profile

  13. pernah beli kropok ekor dari terengganu bawa balik kk..
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Laluan Sementara Perkhidmatan Bas Di Kota KinabaluMy Profile

  14. keropok kena tanya Eizil selalu bawa keropok sedap
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square SingaporeMy Profile

  15. Serius nampak cantik keropok tu… takut kalau beli keropok keping kat KL ni… wajib lah terkena yang tak berape nak sedap.
    Kene ingat ni keropok aziz satar… hehe
    tq 4 the info k jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nadot ..Selamat Tinggal City SayangMy Profile

  16. pernah makan keropok sebegini, kalau digoreng tak makan minyak dan terasa kesedapannya……..
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Giveaway : I Love Craft WorksMy Profile

  17. Pernah terkena beli keropok lekor kat Kemaman( konon sebab jenama Losong).Bila balik rumah,goreng punyalah masin.Menyesal beli.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Santai Bersama Keluarga Hari ATM ke – 80My Profile