Petua Rumahtangga : Cara Tampal Periuk Bocor

Periuk kukus bocor! Ini periuk kukus kesayangan , buah hati pengarang jantung. Saya suka periuk kukus ni sebab penutupnya adalah kaca lutsinar. Kita boleh intai progress masakan yang dikukus tanpa perlu angkat penutup setiap 5 minit.

Kukusan dah mengembang atau membantat tak naik-naik pun kita dah tau , tak ada aksi suspen di sini.

Periuk ini murah saja… Periuk Kukus Padang Besar. Harga periuk kukus tersebut hanya rm 18 ( Ringgit Malaysia : Lapan Belas Sahaja ).

periuk kukusInilah rupa periuk kukus tersebut ( gambar dari entri tahun 2009)

Memang murah dan kena juga dengan kualitinya.  Saya tak kisahlah periuk ni tak berkualiti ,  nak mengukus saja.  Saya tetap suka sebab penutup kaca tu.

Ok, balik pada kisah periuk yang bocor ni.  Ada 3 tempat dengan lubang halus sebesar jarum.  Bila nak kukus, air menitis jatuh atas dapur.

Cara Tampal Periuk Bocor

1.  Pergi kedai hardware –  beli plaster tampal atap zink alumunium . Harganya RM 2.00 sekaki.

tampal periuk bocorInilah rupa plaster zink.

2. Balik rumah, tampallah periuk yang bocor tu dengan plaster zink tersebut. Tak perlu bawa periuk ke kedai.  periuk kemek hitam legam tu malu nak tunjuk kat orang ( tunjuk kat blog tak malu, pula…. hihihi )

Plaster ni ada dua bahagian – atas aluminium dan bawah warna putih tu.  Kalau kita tarik keluarkan kertas putih , ada gam disitu.  Terus lekatkan bahagian bergam ke atas periuk.  Terima kasih Encik Titan kerana bertanya macam mana nak gam.  Tak perlu guna gam lain dah…

cara tampal periuk bocor
Tadaaaaaaaaaaa… dah siap tampal periuk bocor.  Bolehlah kukus ikan atau buat puding roti karamel tiap hari.  Plaster zink aluminium ni boleh bertahan lama, saya dah tampal lubang di sinki dapur lebih 3 tahun masih elok walaupun sinki adalah tempat yang paling aktif di dapur.  Kena air , basah setiap hari, tetapi plaster zink aluminium tersebut tak koyak atau bocor.

Beli plaster tampal periuk ni 12 inci , guna sikit je.  Sesiapa nak,  bagi alamat.  Kalau saya simpan pun, nanti dah diselit mana-mana, bila nak guna cari tak jumpa.

Mungkin periuk korang tak bocor kot, maklum beli periuk cap buaya!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Best kalu berjiran dgn akak, blh request puding karamel :p
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Jom Hebat Kerteh : Family Friendly Business CoachingMy Profile

  2. tq k jie.kebetulan tgh survey periuk,than baru teringat pengukus kesayangan bocor..pening cari benda tampal smpi kat mydin tp tak jumpe..terima ksih skali lagi ye.good info

  3. Emm jimat itu perlu..kan kak jie..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Adakah Ini Artikel Yang Santai?My Profile

  4. aisehh… tak pernah menampal2 kakjie… hiksss
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..[Info Zakat]: Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2013 bagi seluruh negeri di MalaysiaMy Profile

  5. taktau plak, ingatkan bleh tampal kat atap je.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Adil Dalam Berniaga, Adil Dalam TimbanganMy Profile

  6. Saya belum pernah pakai cara macam ni. Kalau bocor tu beli baru je. Dan tentu sekali bila dah beli konon nak beli mahal supaya tahan lama. Kalau saya tau cara macam ni. Periuk-periuk lama saya yang tersimpan tak buang-buang tu saya tampal je..
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Telatah : Aku dan CintaMy Profile

  7. baca entry nie teringat aruah ayah selalu guna gam nie untuk tampal periuk bocor @ yg sewaktu dengannya….tapi saya baru jer buang periuk bocor hari tu…tapi kenapa saya terlupa ada gam ekkk….menyesal lak buang…huhu

  8. Thanks for sharing kak. Memang ada periuk yg bocor kat umah tu. Tapi selamat ker kalau nak masak ☺☺

  9. Kalau atap kereta bocor, boleh guna cara ini x kak?

  10. selain utk kukus periuk….saya buat tampal dinding tepi sinki dan depan dapur…hehehehe

  11. dpt membaiki periuk yang bocor…

  12. Tengok gambar tampal periuk ni teringat zaman susah kat kampung dulu tolong tampal periuk mak yang bocor!

  13. Kena tunggu periuk belangan bocor. Apa pun tip ini boleh digunakan pada masa hadapan.

  14. banyak gak makcik ni petua ye..ehehe..:D

  15. wakaka

    memang nostalgia sungguh!
    Dulu-dulu emak dan atuk selalu gunakan kaedah ini untuk menampal periuk belanga kami yang kerap kali bocor disebabkan sudah uzur diperturunkan daripada nenek dan moyang. hehehe

    tapi kalau guna teknik sama untuk menampal kawah yang besaq kedabaq itu, jawabnya hazab!.. hehehe

  16. baru tau pasal plaster nih…boleh beli kalau apa2 jadi kat periuk or singki di kemudian hari…:)

  17. Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni bolehlah tampal periuk bocor sendiri… ;)

  18. plaster tu boleh wat tampal tayar motor x kak jie?:-p

  19. Selama masih bisa diperbaiki baguslah dari pada beli lagi yang mungkin harga periuknya kalau bulan puasa bisa melambung seperti harga daging sapi

  20. Dulu emak selalu guna bila periuk bocor,sekarang dah lama tak nampak dia menampal.

  21. Dayah tak tau boleh tampal.. nanti nak carik kat hardware la sbb umah mama dayah ada dua tiga periuk kesayangan mama tu yg dah bocor tak boleh pakai tapi mama simpan sebab sayang.. heehee.. kalau dayah dpt tampal mesti mama happy..
    Thanks kak.. satu lagi entry berkualiti..
    Muahmuahmuah..

    • kalau tak jumpa, bagi alamat kak jie poskan untuk dayah.

      wahh.. kalau dah berjaya tampal semua koleksi periuk bocor mama dayah tu, mesti sebulan dia masak utk dayah :)

      • Hehe… ok kak..klu x jumpa mmg ada niat nk mintak kat akak sikit..hikhik.. (kdg dyh tak phm biler wanita sayang periuk sbb dyh suka klu dpt bar hiihii)

  22. kalau emergency bolehlah guna pelekat tu, tapi kalau saya mungkin dah dapat periuk baru agaknya.

    Wife mintak for sure.

  23. terbukti akak mmg rajin memasak.. hehe,.. tahniah kak..:)

  24. Kak Jie kalau periuk cap buaya pun rebus ikan pas tu boh lam peti ais biaq seminggu (dasar pemalas ahahahaa…) memanglah tembuih periuk tu. Masa tu tak fikir langsung pasai nak tampal bagai ni terus buang. Fikir2 sayanglah pulak.

  25. waaa…nak pi hardware cari la..sinki umah mak SA bocor….hehehehe

    • keringkan tempat nak letak plaster aluminium ni… mesti lega mak sebab benda yg meleleh air tu dah dibaiki

  26. nanti tengok kat umah ada tak periuk bocor.. biasa buang je

  27. hehe, siap bg petua tampal periuk lagi
    comel sgt ;)
    igt lg dulu mak tampal periuk guna pelekat ni

    # sy pun pakai periuk murah jugak

    • kak jie cari petua kat internet, semua bagi petua boh asam jawa
      belum ada yg bagi petua tampal mcm ni..hihi

      mana la tau ada org tatau..hiks!

  28. takpe..boleh singgah baling..dengar² situ segala jenis periuk ada dan murah²..hehe

    klasik sungguh ni kak jie, last tengok masa sekolah dulu.haha

  29. Kalau plaster ni tk perlu pegi kedai , banyak sgt di rumah sbbkay guna utk kerja2 pemasamgan air cond dia :) , tapi tkde tampal periuk lagi ni hehee

    • oooo…. bee dah tau lah benda tu boleh tampal periuk.
      kak jie 3-4 tahun dulu, sinki ada lubang, puaslah dok fikir nak tutup mcm mana
      bukan tembuih…mmg asal ada lubang utk boh paip tapi dah ubah suai paip dari dinding rumah…lubang tu tak ada penutup

      akhirnya jumpa benda ni..seronok yg amat

  30. dah memang double tape ek.. canggih kedai2 hardware skrng.. ^^

    • yup… tapi ni benda lama dah sebab dulu² orang guna untuk tampal atap zink, orang skrg je kurang guna atap zink… dan kak jie tau benda ni 3-4 tahun sudah, tampal sinki.

      cari petua periuk bocor kat internet, tak ada orang share cara ni, jadi kak jie sharelah utk surirumah … benda senang

  31. hehehe…penampal ajaib ni…tp mmg berkesan…selalu jugaklah tampal atap rumah kat kampung dulu2…

    periuk kat padang besar murah2…kalau pergi…tak sah kalau takde periuk

    • orang sekarang mana tau atap zink… atap dia lantai rumah orang..hehehe

      sebenarnya tak tau pun benda yang dok tampal atap zink ni boleh tampal periuk..hihi..sekarang dah tau, nak share dengan kaum ibu yang lain , moga mereka jadi hebar!

      • hohoho…betul jugak…. =)

        kat kampung, mak guna benda ni jugak tampal sinki bocor, pendek kata, apa benda benda bocor, mak hentam jer guna benda ni selagi boleh guna….hehehe

        mak2 mmg hebat!

  32. gam pakai apa?

Trackbacks

  1. [...] Ini adalah tips rumahtangga yang mungkin ramai tak tahu.. selepas saya baca blog makcik kujie tentang cara tampal periuk bocor saya tergelak. Oh tips tu saya dah tahu lama dulu , dek kerana suami sendiri buat kerja-kerja maintainence menggunakan benda alah tu. Tetapi ye lah .. tak terfikir nak berkongsi kepada umum sehinggakan susah pula makcik kujie mencari petua untuk tampal periuk nya yang bocor. [...]