Tips Telefon Masuk Air Dengan Beras RM 1.11

beras

beras

Ini adalah kisah beras yang diinstagramkan tadi. Itu baru taeser, belum full story. Rujuk  Instagram kujieins

Kenapa beli beras sebanyak ini? Beli dekat MYdin Kuala Terengganu pula tu.

Ada kisah dan pengajarannya, bukan sekadar beras.

Sewaktu cuti Nuzul Quran lepas, kami melawat suami di Hulu Terengganu. Malam pertama, kami ke Kuala Terengganu. Lepas berbuka puasa hasil memborong juadah di Bazaar Ramadan Batu 6 dan solat Maghrib di surau kecil sebuah kampung selepas bertanya pekerja di 7eleven, kami ke Mydin Hypermarket Kuala Terengganu.

 Allah Peliharakanlah Terengganu

Cadangnya nak beli persiapan raya, maklumlah ini saja kesempatan yang kami ada untuk bersama.  Di dalam mall, Angah ke bilik air.   Selepas 15-20 minit, dia belum kembali, cuba call dia tak berjaya.  Bateri habis kot.

Anak dah dewasa, saya andaikan dia akan menunggu kami di tempat letak kereta. Ramalanku benar belaka, seperti kata Zarul Umbrella, Angah menunggu ditepi taman permainan kanak-kanak di depan kereta kami.

Memang jenis mak-mak… terus dilepaskan soalan bertubi-tubi bertanyakan kenapa dan mengapa.

Dia tunjukkan bungkusan beras.  Lagi suspen jadinya.  Buat apa nak beli beras sebanyak tu.  Nak masak untuk dia seorang pun cukup sekali makan saja. *garu kepala*

Bila dibelek-belek, ada telefon bimbit di dalam bungkusan beras.  Owh.. sebab tulah tak dapat dihubungi, tapi pasai pa?

“masa Angah pi tandas tadi, handphone terjatuh dalam air…. ” sambil menunjukkan bungkusan beras.

Tips apabila telefon jatuh ke dalam air

  • Cepat-cepat buka, pisahkan bateri dan SIM Kad. JANGAN hidupkan telefon , kebarangkalian terkena litar pintas adalah tinggi.
  • Goncangkan telefon untuk menghilangkan air melalui liang-liang yang terbuka.  Kalau jatuh dalam air laut, cuci dengan air tawar dahulu
  • Masukkan ke dalam beras.  Balut beras dengan tisu atau kain. Tutup kejap. Biarkan 24-48 jam.
  • Keluarkan dan pasang bateri dan SIM Kad seperti biasa. Hidupkan telefon.
  • Jika tak berjaya, masukkan ke dalam beras sekali lagi, ulang beberapa kali.  Kalau tak berjaya, beli telefon baru! hiks!

Sebab itulah ada beras sejemput. Salah satu tips yang dicuba dan berjaya sekiranya telefon masuk air adalah dengan merendam telefon tersebut di dalam beras. Tak semestinya beras itu berharga RM 1.11 , itu kebetulan saja. hihihi

Nasib baik dia cepat berfikir dan bertindak.  Sekarang telefon Sony Xperia Neo L tu dah kembali sihat walafiat.

Nak keringkan telefon yang dimasuki air boleh juga guna hair dryer, vacuum cleaner atau Silica gel tetapi beras adalah benda paling mudah.  Kalau guna silica gel, letakkan bersama telefon di dalam bekas kedap udara- contoh diikat di dalam beg plastik.

Nota : update :  hair dryer tidak digalakkan atas faktor suhu panas yang dihasilkan berkemungkinan merosakkan komponen lain.

Sebelum ini, Samsung S2 dia terjatuh dan screen blank ( dark screen ). Bawa ke kedai, perlu kos RM 700 untuk dibaiki. Dia bawa balik rumah, buka sendiri dan ketatkan beberapa skru. BIla dihidupkan, telefon berfungsi seperti biasa. Nasib baik tak hangus RM 700 tu.

Moral of the story – Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.

62 Replies to “Tips Telefon Masuk Air Dengan Beras RM 1.11”

  1. salam sis.

    uwaaa tenkiu bg tips ni. Blekberi saya anak baling dlm mangkuk jamban baru kejap ni td..dah buka bateri semua, husband lap n vacuum ckit .. google2 sampai kt page ni. skrg henpon dok dlm beras.minta2 lah elok balikkkkk,….sobsob

  2. Blackberry saya masuk wash machine. Terbaiklah. Lepas buka semua, letak dalam beras. Hmm tapi nampaknya tak menjadi juga setelah di biarkan. Maka hp baru la nampaknya …
    Jom terjah post menarik dari nana ..Resepi Kuih KaripapMy Profile

      1. Hehe lama gak dlm mesin basuh tu. Ada 10 minit lebih rasa saya. Perasan pun sebab suami tanya, mana hp. Cari punya cari, alamak suspek dalam mesin basuh. Adoi.. Waaa…mmg abih lencun hp tu..

  3. pernah gak ada member bagitau. Tapi tak pernah cuba. Dulu..bila jatuh betul dalam air..memang terus buka komponen dalam satu-satu..dan keringkan..pastu guna tisu lap air je..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Tulis dan menang.My Profile

  4. ini petua lama. saya dah tau pasal petua ni sekitar 30 tahun yg lalu.
    kalau jam yg dimasuki airpun boleh guna petua ni 🙂

      1. tak terpikir pulak pasal benda ni. ingatkan ramai yg dah tau 🙂
        apa-apapun terima kasih sebab berkongsi. teruskan usaha.

    1. ooo…banyak gunanya beras ni, salah satunya kalau tangan pijar-pijar lepas alahan sambal ( tumbuk sambal ), rendam dalam beras juga.

      tapi ada juga kerisauan rendam hp dalam beras, habuk² halus yang mungkin memasuki hp…tapi kalau ini saja pilihan yang kita ada, tawakal aje lah.. hihi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tips Telefon Masuk Air Dengan Beras RM 1.11My Profile

  5. o… Nokia lm sy pernah jatuh juga dlm tandas tp wassalam… lesap la… terpaksa beli yg baru. Now C3, pernah juga termasuk dlm washing machine terus blank screen. Lebur RM450 kos baiki. sobar je la… lambat jumpa tips ni. Takpe, next time tau dah. Thanks Datin ats tips berguna ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari ieta ..REMOTE TV DAN HANDPHONEMy Profile

  6. Lah…ahaha! Suspen je… tapi klau zana tak terpk pun nak beli beras kot. Paling2 keringkan kat dryer toilet. 🙂

Comments are closed.