Antibiotik – Harimau Hilang Taring

Pagi tadi di meja makan :

” Angah tak suka ubat ni….”

” Intan pun tak suka ubat ni …”

” Ni bukan ubat, ni antibiotik…, Angah tak suka antibiotik..antibiotik bukan ubat..”

Sang ibu yang sedang mengoreng nasi mencelah …

” Mana Angah tau antibiotik bukan ubat, kalau bukan ubat, antibiotik tu ape?”

“Angah baca kat blog mama…”

Nampak tak…post di blog saya adalah sihat untuk kesihatan sekeluarga. :mrgreen: Anak-anak saya membaca blog ini dah ingat apa yang boleh dimanafaat oleh mereka.

Angah MC 2 hari selepas selesai Pertandingan Saintis Muda hari tu. Dia sakit² kepala yang teruk dan badannya berbintik². Doktor cakap alergik. Dari kecil, dia susah untuk dapat sakit. Kalau sakit, dia jenis mendiamkan diri. Baring diam² dan bersendiri , tak macam Along. Along kalau tak sihat..merengek dan usung selimut bantal datang tidur bawah ketiak mama dia.

Berbalik pada antibiotik, pada entri tahun lepas   yang saya petik dari  Dr. Azwan , antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring?


Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat sehingga antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya.

Antibiotik sebagai bom nuklear?

Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria . Kalau demam, makanlah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

  • Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
  • Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
  • Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
  • Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Ada ramai  ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak dibagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

About angah

Amirul Syafiq -
I got an offer to a college
It’s 368 kilometers away from home…

"If you're confused you're in Fantasy or Reality, Then you're not in Reality"

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. … semakin faham dan jelas tentang antibodi 😆
    .-= samdaddycool´s last blog ..Jatuh dan bangun semula =-.

    • @samdaddycool, benda2 ni berlaku berulang2 dlm kehidpan sbb tu entri lama2 ni kadang2 direcycle dlm blog kak jie…kalau duduk tercerok kat Arkib…kadang2 kena diingatkan..dibaca semula..

      utk diri sendiri 😀

  2. Ya Rabb… betul ke Jie? Opah kalau batuk aje, mesti dr Aru prescribe antibiotik. Memang hilanglah after seminggu. Tapi kan Jie, batuk opah ni gamaknya dah dijangkiti oleh virus yang dah kebal kot. Tak hilang dalam masa 14 hari. Sakit jiwaku dibuatnya. 👿
    .-= OD´s last blog ..Takut Aku… =-.

    • @OD, mmg betul Opah……lama2 antibiotik dah kebal …dia boleh lawan antibodi…yeahhhh…dia berpedang dlm badan..hehe 😀

  3. anak2 ju pun payah sgt nak mkn ubat… antibiotik selalu je tak dpt dihabiskan… ada apa2 kesan ke amalan cam ni? (mcm tanya doktor pakar la plak….) he he…
    .-= jue mj´s last blog ..BUSY BUSY BUSY =-.

    • @jue mj, hehehe…. antibiotik mmg semua org mkn tak abis..tak tau kenapa…

      doktor cakap… kalau kita mkn selalu, nnt antibiotik tu dah tak kuat utk lawan antibodi..hehe

  4. BD pun tak suka anti biotik… takut hilang bionik….

  5. neeza suka jadi doctor sendiri… doctor bagi antibiotik, neeza biarkan dulu.. bila sakit tak baik2 baru bagi.. sebab doctor kata, antibiotik kena habiskan.. anak2 neeza susah makan ubat… 😳
    .-= Neeza´s last blog ..Suka hilang tauuu… =-.

    • @Neeza, ooo pula
      anak2 kak jie, masa kecik2 tu senang pula..sampai terpaksa sorok ubat
      nnt dia telan sendiri2

      • @Jie, ni sama perangai cam anak saya la ni. pantang nampak paracetamol yang kale merah jambu tu.. tak sakit pun suka nak telan. nak² lagi bagi kat depa pil spirulina tu. makan macam kacang je
        .-= suealeen´s last blog ..Melentur buluh… =-.

  6. nikillas says:

    tapi kan.. bagi saya la kan.. kalau sakit, biar aje badan tu sihat dengan sendiri.. maksud saya.. biar antibodi kita tu lawan sendiri.. baru la kebal.. tapi kalau dah teruk sangat.. elok gak la amik ubat.. tapi kalau sakit sikit je pun, nak telan ubat seminggu.. melampau la tu..
    .-= nikillas´s last blog ..Linkin Park – New Divide =-.

  7. baru saya tahu info dan maklumat pasal antibiotik nie….saya pulak suker pulun makan antibiotik sampai abis…huhu
    .-= hazman aka species1980´s last blog ..Alternatif Bing.com =-.

    • @hazman aka species1980, lepas ni mkn utk secukupnya , sudahlah…mmg dulu2 pun dah diberitahu…antibiotik ni..kalau dah selalu mkn..lama2 dah tak berkesan lagi

  8. x pernah abis antibiotik.huhu..nice entry

  9. sayer pun jenis tak suka ubat hehe :mrgreen:

    fakta: panadol satu kotak besar berharga 8 ribu, kalau satu org pergi hospital bakan sikit dah tu buang 5 biji dah berapa, kalau satu malaysia buang dah berapa plak kan, rugi kerajaan. Kalau kat India ubat kena beli tu

    • @haritz, kak jie makin kurang mkn ubat2 mcm tu ..biar badan baik sendiri…

      betul tu….ramai org mkn ubat tak abis…lepas tu buang

  10. ntah kenapa saya tidak suka makan ubat apabila sakit kecuali apabila sudah di dalam kondisi kritikal.

    Pernah Prof saya cakap, jgn terlalu bergantung kepada antibiotik. Ada masanya kita kena bagi badan kita bekerja untuk melawan sakit itu sendiri. :mrgreen:
    .-= aidilx´s last blog ..PUAS HATI KORANG? =-.

    • @aidilx, betul la tu…nak2 lagi anak2
      tak perlu bagi dia telan byk sgt ubat kalau sakit2 yang minor…biar antibodi dia sendiri melawan mengikut ketahan diri dia sendiri

  11. kak jie,

    my legal advisor used this word “ultravirus” for some1 use a statement to misslead another person. Tu tak sama ngan antivirus ke :-))

    yg saya tau, we take antibiotik form 3 to 5 days only, more than that is ‘kelentong’ only = ultravirus

  12. erk! lebih suka sirap daripada antibiotik…..

    heheheheh

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  13. anak saya si Adam tu dulu harus diberi antibiotik. kalo tidak, memang demam tak mao kebah. dah la tu.. semput bunyi macam itik la pulak. jenis bakteria tak mao belah punya dengan paracetamol. demam seminggu, risaukan kita kot ada denggi ke hapa. pastu lelama kami kurangkan, pastu tak bagi langsung dan tengok body reaction dia. alhamdulillah… la ni demam takyah pakai antiobiotik/ventolin (ubat semput) lagi. antibiotik ni boleh pakai dalam tempoh 5 hari je. lebih pada tu jadi ‘racun’.

    • @suealeen, ini mmg betul…pengalaman mengajar kita utk membuat keputusan yg tepst. Kena betulkan anggapan salah tentang antibiotik….

  14. sakat bermanfaat tulisan ini.
    t kaseh yah.

  15. ooo ingatkan harimau hilang taring sebab makan antibiotik hehe.

    antibiotik laku, semua bakteria terbunuh termasuk probiotik
    lepas tu minuman probiotik pulak laku

    wah peluang business baik ni kak jie…jom buat Vita-kult, leh jual 😀

  16. biasa kalau gi klinik bila demam, selsema, batuk, doktor mesti bagi pakej ubat dengan antibiotik sekali. pastu kata kena habiskan pula antibiotik tu.
    tp bai tak pernah habiskan pon.huhu :mrgreen:
    .-= fiezabaiduri´s last blog ..Telah selamat sampai =-.

    • @fiezabaiduri, lain kali ckp je dgn doc…erk..ubat ni tak payah bagi lah..ada sekilo dlm peti ais kt rumah..heheh