Apam kukus Negeri Sembilan
Pengetahuan Am

Apam kukus Negeri Sembilan

Beras Biras saya baru balik berkursus di Negeri Sembilan. Dia kiranya Ketua Pengarah jugalah, jadinya berbondong² cenderamata/cenderahati yang diterima. Ada kuih telinga keling, ada dodol dua tiga rasa termasuklah belacan.

Rezeki saya  yang duduk dekat dengan kakak ipar , dapat  juga merasa itu semua.:lol:

Antara kuih yang dititipkan oleh penduduk tempatan Negeri Sembilan adalah sejenis apam seperti di dalam gambar di atas.  Apam kukus berbalut daun – bukan daun pisang.

Wahai kawan² saya yang bijaksana, sudilah kiranya berkongsi pengetahuan tentang nama apam tersebut dan apakah jenis daun yang digunakan .  Saya jakun tak pernah tengok!

Edit :Apam daun rambai

* Another meaning for the word Jakun in the classic Malay is a derogatory term for a person who doesn’t know something common. Example, if someone got agitated over a cellphone, he/she can be related as a jakun. It is originated from the Jakuns who are Natives in Malaya and never knew much about civil life. This term now is considered old use.

Dahsyat juga translation dari Wikipedia tu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Apam kukus Negeri Sembilan

  1. Betul lah tu, apam kukus daun rambai. Apam tu jika dikukus dlm daun rambai akan tahan sampai seminggu. Cuma bila nak makan, kenalah kukus semula supaya lembut.
    Sedangkan daun yg balut tempe tu, namanya daun lebar, banyak kat kawasan hutan dan tepi pantai, bunganya warna kuning.

  2. kak jie, kuih yang satu tu sebut pelan2, sensitip, nanti depa dok belek, bila masa pulak telinga depa berlubang besar camtu.

  3. pokok jarak ada 2-3 jenis.. yang buat minyak tu len..
    tapi tu bukan daun jarak ler rasanya..

    apam ni saya biasa makan.. tapi beli kat kuala kangsar..
    sedap…

    never seen any in nogori 9.

    >>> owh..mgkin bukan makanan tradisi orang negeri sembilan saja kot..
    eee…..rupanya dia bkn sekaum jakun dgn kita org ..hehehe

  4. penah tgk dlm satu dokumentari kat tv1, ada org buat apam tuh. tapi tak ingat plak nama daun yg dipakainya itu dan di negeri mane. biasa la tuh, tgk sambil buat keja :D. tapi clear plak mcm daun yg org balut tempe tuh kak. 😀

    >>>ohh..pernah ye… ye la kot…skrg ni tempe pun tak de balut dgn daun lagi.. 😆
    dlm plastik je

  5. tak penah nampak la plak apam kukus pakai daun tu. selalunya makan kuih apam kukus buh dalam acuan jer.

    >>> kak jie pun pestaim tu..
    tu yg xcited sgt nk tau 😆

  6. Tanya Cheryna.. mesti tau… kalau tak tau bukan org nogori.. hehehe

    By the way,

    Esok ada peraduan dalam blog saya.. kalau free join la… details ble tengok skrg 😀

    >>> mgkn org melaka pun tau kot… sempadan je derang tu 😆

  7. rasa rasanya tu daun buat tempe kot..
    tak pun daun palas..

    tak pernah tgk apam berlipat macam tu.. 😀

    >>> eee..daun palas kak jie kenai
    itulah..tapi daun tempe la kot..
    erk..daun tempe daun ape?
    daun rambai ke? 😆

  8. Dah 6 tahun lebih dok keja kat Nilai, N9 tak pernah jumpak apam unik macam ni. Apam yg biasa2 banyak laa. Daun tuh macam daut balut tapai. Nama dia “apam tapai” lah kot 😆 😆

    >>> apam biasa nk publish pun tak de herga..hahahah..org ingat sewel ke hape…apam gula hangus pun tak kenal 😆
    itulah..ramai kata daun mcm daun tapai…

  9. nak!!!

    >>> kt Beijing ari tu tak jumpa ke ?
    ada 2 ketul je..nk telan pun sayang..rasa special sgt 😆

  10. salam ziarah. terima kasih atas ucapan tahniah. rasa cam nak rasa jugak la apam tu, cam sedap je.

    >>> ish…tak tulis nick..tak ingat bila masa la kita berucap ucapan ye..apa pun..terimakasih kembali.
    apam tu rasa apam..hehehe

  11. nampak macam sedap sebab bila balut dengan daun, aroma daun tu masuk kat kuih tu..
    takde sape pulak yang tahu ke ye? hehee.. kena tanya orang nogori lah cam ni yek 🙂

    >>> itulah neeza….mcm kuih tradisi sgt..ramai yg tak pernah tengok ni
    kiranya antara warisan yg jarang ditemui lagi
    wahhh..rasa bertuah sgt dpt alami pengalaman ni
    walau dah tua bangka baru dpt rasa..hehehe

  12. Apam dalam daun? First time aku tengok nih.. err camne dengan rasanya.. rasa apam laa eaa

    >>> betul tu..rasa apam..cuma kelat2 sikit
    sbb daun tu mcm meresap gak kt dlm apam
    erk..mgkn ade la khasiat daun
    awet muda ke..hehehe 😆

  13. am rasa dia balut pakai daun getah kot… macam tempe balut daun tu je nampak daunnya…

    >>> daun balut tempe daun ape ye?
    mgkn la kot..urat daun tu jelas..tebal

  14. sedap ker kak? sy x pnh tgk pun sblm ni..

    >>> kak jie pun pestaim tu
    sgt original….. rasa mcm
    special lah…sbb tak pernah makan sebelum ni 😆

  15. i though2…dau rambai la..rasa macam sangat sure..hehehe

    >>> satu2nya jawapan yang boleh diterima
    minggu lepas mkn rambai je..tak nmpk pula daunya…

  16. lebarkah daunnya? saya rasa daun jarak. ingat tak daun yg kita patahkan dan tiup pangkal tangkainya pastu kuar bubble? mainan zaman kecik2 dulu??

    >>> eh..lain, daun jarak kakjie tau…baru je tengok kat MAHA 2008 tu
    kan pokok jarak tu derang buat minyak..

  17. kalo kat sini ade gak dorang bungkus pulut kat dlm daun tu.. 🙂

    aku pun suku sakat hg gak ‘jakun’ :mrgreen:

    >>> aku sendiri tak terfikir daun bungkus tapai tu daun ape…
    main bedal je…nengok tapai, tak nengok dah daun ape 😆
    erk..mmglah…kita kan sezaman 😆

  18. ermm…sedap ker apam kukus???pun first time tengok…

    >>> erk..semua apam di kukus, kan?
    tapi yg ni lain rasa dia
    tak de la manis sgt
    tapi……betul2 original
    mgkn ada la kot khasiat daun tu
    pas ni kakjie mkn 2 ketul tu
    makin anggun ke..hahahaha 😆

  19. saya biasa tengok daun ni masa kecik, kat tepi lombong tempat kami terjun mandi manda 😆 pokoknya besar, bunganya kuning… nanti tanya mak, mak tgh beradu lak…

    >>> ohhh…. rasa mcm terbayang jugaa pokok tu ..
    cuma tatau nama apa
    jgn bising, nnt mak terjaga… 😆

  20. erk!? daun apakah itu? daun pokok getah kah hu3.

    >>> daun getah boleh buat kraftangan
    buat bunga… 😆

  21. macam daun yg bungkus tapai pulut tu kan ,kak jie

    >>>erk..kejap2…nk bayangkan..lama dah tak nampak tapai pulut..kalau tapai ubi dibungkus dgn daun pisang je

Comments are closed.