Baharui Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL)

Lesen Vokasional Kenderaan Barangan ( GDL – Good driving Licence) ini adalah satu jenis-jenis lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ , Dulu kita boleh nampak pemandu kenderaan barangan akan pakai satu lencana bulat ( abang cakap macam lesen anjing ) di kocek baju, tetapi sekarang tak perlu pakai lagi.

Contoh jenis-jenis lesen memandu seperti berikut

  • Lesen belajar memandu bagi membolehkan seseorang belajar memandu (LDL- Learner Driving Licence )
  • Lesen memandu percubaan bagi membolehkan pemandu baru memandu (PDL -Probationary Driving Licence )
  • Lesen memandu kompeten bagi membolehkan pemandu yang telah selesai tempoh percubaan memandu (CDL – Competent Driving Licence )
  • Lesen memandu vokasional bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan (PSV, GDL, lesen konduktor).
  • Permit Memandu Antarabangsa ( IDP – International Driving Permit ) untuk pemegang lesen CDL yang ingin memandu di negara asing.

Cuti awal bulan ini, suami ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu GDL.  Dah lama tamat, tetapi belum setahun.  Kalau dah lebih setahun kena mohon semula.  Lesen DGL boleh dimohon selepas lesen CDL hidup lebih setahun.

Cara nak hidupkan lesen GDL

  • Mula-mula isi borang JPJL8 di JPJ atau dimuat turun dari laman web JPJ
  • Bawa borang JPJL8 berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan
  • Pergi ke kaunter JPJ bersama borang dan resit bayaran pengesahan pemeriksaan kesihatan dari klinik.
  • Bawa juga  Kad Pengenalan dan  Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal.

 

Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL)

Selapas 15 Mac , perlu bawa gambar ukuran pasport . Bayaran lesen Vokasional Kenderaan Barangan ( GDL ) setahun RM 20. Lesen hanya sah untuk tempoh setahun dan wajib memperbarui setiap tahun. Kalau lesen biasa ( CDL) boleh dihidupkan sekali untuk tempoh setahun, tiga tahun atau lima tahun.

Lesen GDL suami dah jarang sangat digunakan.  Agaknya dah lebih 5 tahun tetapi sayang kalau dah mati tak boleh digunakan lagi.  Manalah tahu dalam waktu terdesak , boleh digunakan.  Kalau nak gunakan lori, cuma perlu sewa lori tanpa pemandu.

Kalau kerja di tapak pembinaan, sesekali perlu juga memandu kenderaan membawa barangan.

Satu lagi kegunaan lesen GDL adalah pemegangnya boleh memandu kenderaan syarikat yang biasanya mempuyai logo kompeni, nama syarikat serta alamatnya di kedua-dua belah pintu. Pemegang lesen CLD tidak boleh memandu kenderaan tersebut walaupun ianya sebuah kereta Proton atau Pajero atau anda adalah isteri kepada pengarah syarikat tanpa lesen GDL.

  1. Mula ingatkan bila masa lah kak Jie boleh memandu kenderaan perdagangan. Rupanya lesen GDL encik Hubby sudah luput tarikh. 🙂