Batal puasa

Mengajar dan melatih anak berpuasa zaman sekarang mudah, seawal umur 5 tahun kesemua anak² saya boleh berpuasa penuh sebulan. Dan pastinya akhir Ramadan menuntut duit raya yang penuh sebulan juga sebagaimana jumlah yang saya beri untuk belanja persekolahan harian mereka. Saya cuma menyimpan bagi pihak mereka.Anak² saya kesemuanya bersekolah di SJK(c) dan tentunya dugaan yang mereka tempuh lebih hebat jika dibandingkan dengan usia mereka tetapi tidak pernah seorang pun meninggalkan puasa kerana terpengaruh dengan kawan² berbangsa lain yang tidak berpuasa dan makan secara terbuka.

Intan pernah beritahu cikgu kelasnya, Wong Laoshe ada memberi peringatan kepada murid² lain supaya jangan makan didepan kawan² mereka yang berpuasa. Jika di sekolah SK dan SMK murid akan dilepaskan awal sewaktu bulan Ramadhan ( pejabat kerajaan juga ) tetapi bagi murid sekolah rendah SJK(c) mereka tetap pulang pukul 1.30 petang setiap hari dan bagi Tahun 3-6, kelas mereka tetap berakhir pada pukul 3.30 petang .

Intan contohnya terpaksa bergegas dan bersiap selepas habis persekolahan pagi untuk ke Sekolah Rendah Agama pula yang kelasnya bermula pukul 2.15 petang.

Balik SRA 5.30 petang terus terjelepuk penat menanti waktu berbuka. Kesian saya melihatnya tetapi dia tidak merungut untuk berbuka puasa.

Semalam dia bertanya, kalau dia makan sikit, kemudian sambung puasa semula, boleh ke tidak. Saya terpaksa menerangkan padanya perkara-perkara yang membatalkan puasa secara ringkas dan seboleh mungkin supaya dia dapat faham kerana perkara² yang membatalkan puasa ini mengandungi beberapa perkataan yang hanya boleh difahami oleh orang dewasa bukannya kanak² seusia 8 tahun sepertinya.

Semalam ustad saya beritahu bahawa tidak batal puasa jika memakai kanta sentuh ( contact lenses) tetapi harus berhati² kerana air yang digunakan bersama kanta sentuh tersebut. Saya tidak memakai kanta sentuh , jadi saya tidak faham proses memakainya. Boleh sesiapa beritahu saya secara ringkas macam mana rasanya memakai kanta sentuh… tak ngilu ke…? sakit tak?

  1. khal ada yg dah biasa…dia org nk pakai lens

    cik seri masa kita puasa, kita pakai lens tu, mesti kena dgn air juga kan..air ke gel tatau la kakjie…sbb tak pernah pakai…so air tu yg tak leh msk lam mata….

    tapi sebenarnya saya byk terjumpa di dalam carian saya di internet bahawa tidak batal walaupun ianya ada cecair…(solution)

    apa yg saya beritahu adalah yang saya dengar dengan telinga, yang saya lihat dengar mata di dalam surau dan ustad saya beritahu tidak batal puasa dng memakai contact lens tetapi cecair yg digunakan itu tidak boleh..berhati2..dia cakap macam tu..walau apa pun, Jumaat nanti bila ada kelas lagi, saya tanya ustad saya lagi ye

  2. hai..kak jie..kenapa dgn air contact lense tuh? boleh bwk jadi batal puasa ker? alaaaa…saya mmg takleh boleh hidup tenang kalau takder contact lens..hidupku hilang kalernya..

  3. Rupanya ramai gak yg pakai spek @ rabun @ pakai contacts lens ni..dlm keluarga saya, lelaki semua pakai….sy dgn intan je tak pakai.

    Anak2 lelaki saya pakai spek sejak umur 7 tahun. Power utk Along dlm 175-200, tapi Angah antara 450-500.

    Yang si bujang tu yang sibuk nak ber lens²..rasanya abiskan sekolah menengah baru kot bagi dia.

    jelly…tak batal puasa tapi tu la…hati2 dgn cecair tu..agaknya kena pakai time tak puasa la kot..time bersahur. tu la ustad cakap kalo was², elok la sebln ni pakai spek mcm biasa…ala…korang ttp lawa, cun melecun pakai spek ke pakai lens..kan …kan…:P

  4. contacts lens…. cara pakai contact lens nie biasanya lepas kuarkan dari tempat dia tu kita kena curah la saline tu… sebab kalau trus pakai air dalam tu dah kotor so kena la curah saline tu… batal pose ke kalau pakai contact lens… contact lens mana leh pakai kering2 kak jie… kena pakai basah2 baru la mata tak sakit….. isk….

  5. nat pakai lens waktu gi kelas je kak… kat opis org sengih awak buat dek je.. sebab ghabun… muahahaa…

  6. pengalaman kawan… lens dia pi belakang anak mata. cemane nak citer ek… dia nyer mata act tak sesuai pakai buang, so kena la tempah khas coz bentuk dia lain ckit dr yg lain. yg lawak tuu…. dia kena urut sisi mata dia utk make sure lens tu kuar. hehe… gelak2 gak tapi ngerinyerr…
    ala2 kak red la kot kes dia tu.. huhu

    Zana..alhamdulillah mata sihat lagi. 😀

  7. Maaf, abang long memang tak suka pakai cermin mata walaupun rabun. Pernah disyorkan pakai kanta lekap, tapi rasa malas … eh, lari tajuk ke … maaf, bulan puasa…

  8. my precious mmg pro la bab contact lens ni..mcm2 kaler dah try..ne idaknyer mengabihkan duit mamanyer!sabo jelaa..

  9. selamat berposer kak jie..:D..bagusnye Intan..tp budak-budak memang kene latih dari kecik..erk, sy x pakai contact lens..xtau jugak camne nk pakai..hikss..

  10. kak jie nak mencuba pakai contact lense ke ?? saya dulu ada la pakai, tapi bergantung pada mana nak pergi. takde la susah mana, ok aje. kalau rasa mata tuh kering, titik kan aje air untuk lense tuh kat mata. la ni dah lame x pakai 🙂

  11. contact lens ni best..but my eyes cepat dry lah…only wear bila nak over melawa lerrr…purple, green, brown….hehe..

    Ramadhan Kareem K.Jie!!!

    Pearl

  12. tak leh nak cakap banyak cos tak pakai contact lens ituk, red mummy dia ada contact lens warna merah lagik… hehehe…

  13. kak jie..pe kabar?
    eerrm..pe rasa kai contact lense? penat lah mata nih..cepat lering..nak2 bila dalam air cond..
    ustat penah cakap gak be careful ngan air pencuci mata tu gak..tapi kalo x pakai pencuci tuuh mamng kering mata nanti..senan citer kene la kai speck bulan posa nih..

    gagah giler anak2 kak jie..
    mamg susah ler dorang nak tanahan nafsu makan depan kwan2 dorang..salute la dorang…hehehe

  14. Jie,.. saya dah pakai contact lens dah lebih dari 10 taon .. so far takde masalah lah .. kadang2 tu, berhari2 duduk dalam bijik mata ni .. bila dah agak tak selesa baru saya bukak.

    Saya pakai jenis disposable nyer .., sebulan sekali kena tuko, brand B&L

    Saya tak suka pakai spek sebab rasa “menyebok” je benda tu tersangkut kat tinge dan mate ..

    Cuma saya leh nasihatkan kalo nak pakai contact lens ni, jangan dedahkan diri kat tempat yang berhabuk, lagi satu .. jangan halakan mata kat kipas or aircond, .. nanti jadi cam citer lucu saya ni..

  15. saya penah pakai lens.

    rasanya takde problem ngan air masuk mata.

    agaknya.

    tapi saya dah lama tak pakai. last sekali pun masa kawin dulu sbb nak mekap bagai.

    mata kering kata optalmologist tuh.

    bila ditanya apasal mata kering,dia jawab;

    “ini bukan macam rambut. mmg mata you jenis kering”

    hahha

    penah sekali dalam kuliah, gelak2 sekali lens terkeluar.

    entah apapa

  16. aku pakai lens masa keje je kak

    sabtu ahad aku cuba ngelakkan pakai, i rely on my spec. bagi mata rehat.

    senang je tempek, bukak celup pusar pasang. tp kalo lebih 10hrs mula lah penat merah je mata ni nak cepat je bukak

    i had an exp lens aku dok kat atas mata itam kat kelopak mata, aku ingat dah jatuh carik berejam, rupanya dia dok bakang atas tuh..saspens tol

    been wearing lens kat 10 taun, ok la..idak ler hazab sgt for a sportslady cam aku ni, is a must.

  17. faidhi tak sengaja tu…jgn awk pula buat2 lupa…:P

    btw..thanks for checking out my blog…:)

    suri dasat tu..jgn bas break terkejut…. hilang sebelah lens awk tu ..kanan kaler biru, kiri kaler hijau 😛

    terimakasih krn singgah…1st time kan…

    sayda anak sulung kakjie pun tgh dok gedik2 kt mama dia nk pakai..kakjie suruh dia abiskan sekolah menengah dulu…:P

  18. kadang2 kalau dh kering sgt mata jadik gatal. kalu pkai yg permanent punye, like i did best la sket. selesa compared to pkai buang nye. hehe. ala2 lampin lak kan.
    :p

  19. adikku yang 7 tahun…dia tak sedar pun dia sedang berpuasa..bila nak cari dia, sedang bersarapan pula dia..hehe…