Bedtime Story : Cerita Rakyat Apai Saloi

Kisah Apai Saloi – siapa tau ? Hari tu terjumpa buku lama ada cerita kanak-kanak mengenai Apai Saloi . Apai Saloi adalah kisah rakyat masyarakat kaum Iban tentang seorang yang digambarkan sebagai  lurus bendul .

Gambar : Kanak-kanak Iban
Kredit : Martin Puddy

Pada suatu hari Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutan mencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengan sifat lurus bendul tersebut. Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka menyediakan bekal yang mencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang.

Keesokkan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang dengan menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai, mereka pun naik ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari belakang.

Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan . Bila penat mereka berehat dan kembali meneruskan perjalanan.   Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa sebuah gua. Apai Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut.


Rumah panjang moden di Kapit Sarawak
Kredit : Wikipedia

Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang bergemerlangan dari timbunan emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemu dengan harta karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumang-umang baru tersedar mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun tersebut.

Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara dia keluar mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari gua, tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi pun tertidur.

Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki  yang bersenjata tombak dan parang.

“Apa yang kamu buat di sini?” tanya salah seorang dari lelaki tersebut.
“Aku menjaga harta karun ini “ jawap Apai Saloi.
“Harta siapa yang punya?” tanya lelaki tersebut lagi.
” Tentulah raja yang punya” jawap Apai Saloi.
“Bawa orang ini bersama harta ke istana”, perintah seorang lelaki lain yang seperti seorang ketua.

Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian dari raja kerana beranggapana Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

p.s – esok kita cerita Sang Kancil Menolong Kerbau pula ye…:lol:

Pemenang Kontest Mudah Kujie2.com akan menerima hadiah terus dari penulis buku tersebut.  Pemenangnya adalah mereka yang menerima hadiah tersebut.  Terimakasih kerana mengambil bahagian.

©kujie – zzZZZZzzzz………. aispppp…. menguap katup mulut!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. cite ni best…. tapi agak mengelirukan… :)

  2. nk copy utk kerja sekolah. tq :)

  3. Anonymous says:

    salah yang lelaki tu penuggu istana kawan die bukan nk cari harta karun die nk cari rotan untuk buat bakul lepas tu baru die tejumpa harta karun apele tak best langsung

  4. mana pengajarannya????

  5. mana pengajarannya???????????

  6. boleh translate ke iban tak??

  7. athirah says:

    wah…nasib baik ade jugak cerita rakyat….selamat~ phew~~ anyway,great story… nice work! :D ganbatte kudasai!

  8. defgtgdccxllbmjctbtn tttvt vtv4 vv v4v v rv54v4v4rrrc4cec

  9. Anasta Kujihuah lopoiet says:

    cerita yang menarik sangat .. bye-bye .. nak sidai baju

  10. nur ain fazwiena says:

    betul3….memang ada dlm buku teks tahun 4….tapi lain sikit ayat die….

  11. syafina says:

    bcalak setiap ari spya u x bsn duk kat mahhhh :lol:

  12. syafina says:

    kenapa??

  13. berna baca buku nie dulu masa sekolah rendah….. lawak gila….

  14. first time tahu ada cerita rakyat apai saloi ni.
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..tidak punya maknaMy Profile

  15. time sekolah rendah dulu kak fuuh selalu baca cerita ni kak
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Profile pelakon my fair lady korean dramaMy Profile

  16. filem ? tanya dulu dengan orang senegeri dengan apai saloi ni..saya..hehehe :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Profile pelakon my fair lady korean dramaMy Profile

  17. wakakakak…

    macam cerita rezeki terpijak lah ni ya.. hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Jauh nun sana- lama lagi- dah kecoh satu Malaya dibuatnyaMy Profile

  18. apai = bapa
    apai = orang tua

  19. :mrgreen: tak pernah dgr pun, tapiii menarik.
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..Kembali senyumMy Profile

  20. Ni ada dalam buku teks Tahun 4, atau Tahun 5, kan? tak ingat. :) memang best citer apai saloi ni. agak berbelit lidah nak sebut apai seumang-umang. uhuk
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Geram dengan PocoyoMy Profile

  21. baru kali pertama mendengar kisah ini, bertuan apai saloi tu, dapat anugerah lagi
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Menetapkan halatuju blogMy Profile

  22. penuh dengan unsur humor dan nasihat secara tersurat dalam cerita ni… tak sabar plak nak tunggu cerita esok, sang kancil menolong kerbau…hehehe banyak kerbau kat Pekan ni…hehehe

    p/s: da macam budak kecik plak saya ni….uban da penuh kat kepala…
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Siap JugakMy Profile

  23. dah mengantuk bila habis baca cerita nie sebab rasa sejuk selepas hujan turun :grin:
    Jom terjah post menarik dari zqah ..Japanese Drama Boss di 8TVMy Profile

  24. Lagi,,,lagi.. :roll:
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Bila Melayu Bukan Islam…My Profile

  25. denaihati says:

    Insyallah akan di usahakan terutama menjelang bulan mulia Ramdhan ni
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Nisfu Syaaban malam pengampunanMy Profile

  26. tak penah dengar pun! :D hihi thanks mama mebawakan cerita rakyat ni malangnya tak mengantuk pun dengar cerita ni T__________T tak boleh pggl bedtime ni hahaa
    Jom terjah post menarik dari yonna ..Jeans BeansMy Profile

  27. first time dengar bed time story nih… ngeh3…

    agak ringkas ceritanya… err… memula aq ingat apai saloi nih macam kisah pak pandir, sebab permulaan cerita dia nih di sebut sebagai lurus bendul…

    sekali last sekali pandai lak dia cakap tuh harta raja… erk? pening jap… ngehahhaha
    Jom terjah post menarik dari kaizen ..iSTeRi CuRaNG BiJaKMy Profile

  28. owhh… siap ada filem erk… :oops: banyak tul benda saya tatau bila berkaitan ngan filem2 ni…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Motivasi hujung mingguMy Profile

  29. haha :D best cerita ni ;)

  30. kak jie kenal fairuz selamat bekas anggota kumpulan Antz?

    nama manja dia apai..hehe :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Peluang nak dapatkan header hampir berakhir!My Profile

  31. Tulislah kisah tu — rasa lebih kena kalau orang yang ada kemahiran di bidang masing2 menulis

  32. rasanya ada filem kot…tapi tak pasti sgt

  33. denaihati says:

    Dulu ada juga fikir nak tulis cerita para sahabat…mungkin boleh dimulaka.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnyaMy Profile

  34. Pertama kali saya dengar pasal kisah Apai Saloi ni…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Motivasi hujung mingguMy Profile

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam