gedik di Bukit Fraser

Beetroot Di Bukit Fraser

Tadi pergi ke Bukit Fraser lagi… ye lagi untuk kali yang entah ke berapa.

Bagi peminat hijau, alam dan pokok saya tak serik walaupun terpaksa mendaki berselekoh­-selekoh bengkang bengkok berkelok-kelok incang-incut celengkang-celengkok erang-erot berbelit-belit hampir 40 Kilometer dari Kuala Kubu Bharu. Ehem… ada yang sampai loya dan mabuk tu.

(semua perkataan seerti digunakan untuk memgambarkan berlikunya jalan ke Bukit Fraser )

Kali ini bersama Angah, Intan , Kaseh Esmiralda  ( adik ipar ) dan Zira ( anak saudara ) yang datang dari Meru.

gedik di Bukit Fraser

Saya tidak ingin bercerita mengenai mereka yang terover gedik gaya Kiyomi Song di situ kerana semua tentang Bukit Fraser telah saya ceritakan di entri yang lepas – Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser  jadi kali ini saya   ingin berkongsi mengenai sejenis tumbuhan ubi yang dipanggil Beetroot.

Untuk maklumat dan gambar suasana di Bukit Fraser, boleh baca enrti yang saya tulis di sini – Percutian Sehari Di Bukit Fraser

 

white beetroot

Antara tumbuhan yang menarik minat sewaktu singgah ke Taman Flora Bukit Fraser adalah Beetroot ( ubi bit ).  Beetroot sejenis ubi yang biasanya dijumpai di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Eropah.  Beetroot dimakan dengan cara merebus, dibakar atau dipanggang, diparut sebagai salad dan sebagai jus.

Cara paling mudah adalah dengan merebus hingga empuk dan dibawah aliran air paip, kupas kulitnya dengan tangan.  Mengupas kulitnya selepas direbus lebih mudah daripada beetroot yang masih mentah.

Ubinya berada di atas permukaan tanah bukannya di dalam tanah.  Ada dua jenis Beetroot yang kami jumpa iaitu White Beetroot dan Purple Beetroot

purple beetroot
Beetroot yang berwarna merah atau ungu   disebabkan oleh pelbagai jenis pigmen betalain, tidak seperti kebanyakan tumbuhan merah lain, seperti kubis merah, yang mengandungi pigmen anthocyanin. Kandungan pigmen yang berbezalah yang memberi warna kepada beetroot tersebut ( contoh : merah, purple, putih atau kuning )

Betacyanin dalam beetroot boleh menyebabkan air kencing merah pada sesetengah orang yang tidak mampu diuraikan dan ianya dipanggil beeturia.

Di awal pembuatan Red Velvet Cake mereka menggunakan jus beetroot bukan pewarna merah buatan seperti sekarang. Beetroot juga digunakan untuk meningkatkan warna dan rasa pes tomato, sos, pencuci mulut, jem dan jeli, ais krim, gula-gula, dan bijirin sarapan pagi (cereals). Pewarna Beetroot juga boleh digunakan dalam dakwat.

Beberapa kajian awal telah menunjukkan betaine di dalam beetroot boleh melindungi daripada penyakit hati, terutama pembentukan lemak di dalam hati yang disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol, kekurangan protein atau kencing manis.

Jus beetroot dipercayai boleh mencegah tekanan darah tinggi dan juga sebagai sumber yang baik antioksidan.

Nota : Khasiat-khasiat yang saya kongsi ini hanyalah carian dari internet bukan kajian yang dilakukan, sila dapatkan nasihat dari pakar bertauliah untuk maklumat lanjut.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Beetroot Di Bukit Fraser”

  1. Kak Jie selalu ke sini…Saya tinggal di Rasa, dekat dgn KKB ni. Memang jalan ke Bkt Fraser ni bengkang-bengkok, walaupun dekat…jarang2 kesana kecuali bawa saudara mara. Isteri saya memang muntah kalau naik Bkt Fraser.
    Belum pernah tgok pula Ubi ni, nama pun pelik…Menarik info yg akak bagi, kena pi tgok sendiri nih!
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Eksplorasi #6 – Empangan Hulu SelangorMy Profile

    1. pertama kali jumpa di kebun, pernah sekali nampak di jual di supermarket… tak pernah nak ambil tahu.

      tadi penjaga kebun sayuran tu cakap bidrot…bidrot….balik rumah, Google baru jumpa perkataan dan ejaan yang betul.

      kalau kita berminat nak ambil tahu, orang pun seronok nak bercerita berkongsi info… mcm tu lah kita, kan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gangster Sekolah Belasah Ketua TingkatanMy Profile

    1. kak jie jejalan dekat² je… 90KM je dari KL..boleh pergi pagi balik petang… bukan bercuti mewah shopping sana sini.. lagi pun kak jie memang suka tempat mcm ni, tak pakai banyak belanja…sediakan duit minyak. Kalau bawa bekal berkelah dgn anak beranak memang sesuai..redup je kat atas tu.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beetroot Di Bukit FraserMy Profile

        1. Janda Baik pun tak jauh… bawa kereta isi anak² dan bakul bekal + tikar , jumpa tempat redup mana² yang sesuai..dah boleh berkongsi saat indah bersama keluarga.

          itu style kak jie lah… sebab tu nampak mudah je ke sana ke sini.. hihi ( pi Genting pun bawa bekal….tak de class langsung! )
          Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beetroot Di Bukit FraserMy Profile

Comments are closed.