Beli Kasut Bata Online

Saya adalah pengguna kasut jenama BATA yang setia atas faktor sesuai dan selesa dengan bentuk kaki dan kategori mampu milik. Kadang² mencuba juga membeli kasut jenama lain dan selalunya berakhir dengan kekecewaan. Akhirnya ke kedai BATA juga.

Satu lagi sebab, cawangan kedai BATA mudah nak cari, senang untuk dijumpai dimana-mana bandar di Malaysia dengan lebih 270 cawangan di seluruh negara.

Ini bukan entri berbayar… ini entri untuk diri sendiri nak bershopping kerana sekarang kasut BATA boleh dibeli secara online. Masuk laman web  Bata Malaysia , ikuti 3 langkah pembelian untuk diproses dan tunggu depan pintu rumah.

saya dah register…. tunggu masa sesuai untuk buat pembelian kali pertama.

Saya  pengguna jenama BATA sejak berpuluh-puluh tahun,  membeli kasut secara online lebih menyakinkan dari jenama yang kita tak biasa pakai.

pissttt….ada tak sesiapa nak belikan saya kasut raya ? :lol:Saya dan Intan pakai saiz 6 . Mak dengan anak sama saiz, boleh berkongsi.

Jangan risau, penghantara adalah percuma di seluruh negara.

Maklumat awal dari amanz.my

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    Bata bukan sebarang brand ye… Jangan tak tau dekat Paris pun ada Bata tau… bangga gila bila pegi sana tengok terbentang besar kedai bata dekat sana… Beli la buatan Malaysia :grin:
    Jom terjah post menarik dari Nini ..Bitter lagiMy Profile

  2. says

    boleh katakan ramai kalangan kita yang dr kecik hingga besar kenal bata, selipar2 sy banyak beli dr bata…org rumah pun sama banyak beli kasut, selipar bata

    tp tu lah online ni tak der kepuasan utk mencuba hehe unless mmg kita dah cuba kat kedai tp tak nak beli lagi tetiba nak pula beli, so boleh la beli online
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday #5 Honda CBR 1000 in my dreamMy Profile

  3. says

    baru je pergi bata kelmarin , beli 3 pasang kasut , kasut yg ke-4 dpt potongan 50% , tambah tolak bahagi tambah mcm mahal juga , so beli yg tk de jenama je lah hehe.. kasut budak2 byk pilihan kat tempat lain , bata kureng sket …
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..EX-Change Link A to ZMy Profile

  4. Effa says

    Kak, bata ni sudah worldwide. pernah jumpa d france kedai BATA.
    hehhe.. cuma orang kita je masih cari hush puppies atau scholl.. untuk dapat kualiti import.
    Sy pun hanya BATA pilihan hati :)
    Jom terjah post menarik dari Effa ..Bertukar AnginMy Profile

  5. syafiq says

    eh semacam trend pula guna ayat “maklumat awal dari” ni.

    emm kalau salah saiz guane? :mrgreen:

    errata: Jangan risau, penghantara adalah percuma di seluruh negara. (penghantara skarang muuu. dok rok cetong~ :lol: )
    Jom terjah post menarik dari syafiq ..Saya MengomelMy Profile

  6. says

    bata ni kualiti ok. kalau tak, tak hilang la selipar bata saya di masjid huhu.

    budak2 muda (lelaki) tak ramai guna bata ni, diorg sukakan adidas, puma, nike. ada tu ada tapi minoriti :)

  7. says

    Kat T&C cakap – In the event the shoes are not suitable or faulty, we will accept returns or exchanges within 7 days from the date of delivery. However, the shoes must be unused and returned in their original packaging. You may return your unused shoes to a Bata Retail outlet or by post.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hentian Puduraya , Kenangan Kali PertamaMy Profile

  8. says

    wah!! pocket siap dah gi tgk dah,
    n found what i’ve been looking for!!!
    tp!!!
    ada soalan…
    customer service,
    kalau tak padan camana kak?
    buleh tuko ker?
    plus, kita rasa jer saiz kita nam (Contoh)
    skali pakai kena tujuh utk design itu,
    buleh tuko ker tuu?

    mcm kurang biasa.. almaklumlah ….
    dah tua dah pocket nii :D
    Jom terjah post menarik dari Pocket ..371. NailCleaningMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge