Benarkah sukar mengenali hati lelaki?

Dalam persahabatan, ada pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan perempuan. Mungkin kerana lelaki bersifat mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana?   Mari kita lihat beberapa fakta yang perlu difahami oleh perempuan untuk lebih mengenali lelaki.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti

A. “Ya, rasa-rasanyalah”
B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?”
C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak”
D. “Penting sangatkah?” dan
E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini.  Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.:mrgreen:

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan.  Kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8.   Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9.   Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

10. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

11. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

12. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan.  Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Benarkah sukar mengenali hati lelaki?”

  1. eemm,laki2 nie..mmg kdg2 suke buat2 perangai. leleki yg dinda kenal pun suka sngt sakitkan hati dinda. Nk cari bf pun payah la zaman la ni.. hhaaizzhh…….. 🙄

  2. memang susah utk mengenali hati lelaki atau suami sbb mereka suka membisu. diam tak semestinya boleh selesaikan masalah, apalagi hadirnya org ketiga. ucapan I LUV U sering d lafazkan, tp ianya hanyalah utk menyedapkan HATI….

  3. salam k’jie..
    “ap pndpat k’jie lau perigi cari timba??”
    k’jie phm kn mksd asma?
    ap kburuknnyerr?

  4. saya ada mengenali seorang lelaki, dia seorang lelaki yang sangat baik, saya dan dia adalah sahabat baik..setelah lama berkawan dengannya saya mula jatuh cinta dengannya, apakah yang harus saya lakukan.. patutkah saya berterus-terang dengannya tentang perasaan saya pada dia..saya tak nak kehilangannya, saya tak sanggup berpisah dengannya… 😥 ❓

    1. @sisredeyes, Lelaki dan perempuan mmg tk boleh jd kawan baik . No matter camna baik & rapat sekalipun kita…pasti sedikit sebyk ada menyimpan perasaan terhdp dia.

      Kalau dia adalah kawan baik, tentu faham dan tahu segalanya tentang dia, kan?

      Tentu dapat agak macam mana perasaan dia, macam mana dia layan awak…?

      Rasanya berapa peratus dia anggap awak lebih dari kawan biasa?

      Kalau peratus tu tinggi, berterus teranglah..mungkin peluang awak lebih cerah. Tetapi kalau selama awak kenal dia, dia ada life lain dengan teman wanita dia…tak perlu. Awak perlu keluar dari perasaan itu awal2 kerana ianya akan memudaratkan ‘persahabatan ‘ yang ada.

      Point penting – Sebenarnya tiada jalan yang tepan utk diselesaikan kerana kita berurusan dgn manusia yang ada hati dan perasaan…tak mungkin kita dpt menilai dgn mata kasar.

  5. adakah cinta ini boleh menyakiti hati sendiri, jika lelaki itu seorg yg pendiam… 😳

    1. @sisredeyes, kalau kita menyintai seseorang, kita akan terima segala sikap buruk dan baik dirinya….itu adalah diri dia, cinta bukan terbit atas paksaan

  6. Kenapa ramai isteri tak puas dan kemudian curang dengan suami masing-masing? Macam mana nak atasi masalah rumah tangga ni….. 🙂

    1. @mz, oooooooooo..pak cik lama menghilang
      tiba2 muncul tanya soklan maut mcm tu…. 🙄

      family pakcik, ok?
      tahziah utk atas kehilangan org2 tersayang

  7. org lelaki ckp pompuan ni kompleks….
    org pompuan pulak ckp lelaki ni misteri n unpredictable.. camne tuh??

    kesimpulannye human being ni mmg complicated.. 😆

    tolak ansur n komunikasi telus sangat penting dalam hubungan 🙂

  8. no 8 kool! kebenaran yg palin perlu diterima. skang ni jaga suami dr perutnya dh tak boleh pakai. ada perkara lain yg perlu dijaga lebih.

    apatah hidup dlm dunia penuh godaan dan penuh dgn tekanan.

  9. salam kak jie,

    semoga kak jie dan keluarga sihat hendaknya.lelaki sebagai kawan dan lelaki sbg kekasih memang jauh bezanya.sis sendiri ramai kawan lelaki.sis boleh buat macam2 dgn kawan2 lelaki.tapi bila dgn pakwe macam lain pulak even sis leh layan banyak aktiviti lelaki.maklumlah adik beradik sis semuanya lelaki..lelaki mmg sukar dijangka..mereka seolah2 mencari kesempurnaan *statement maut*~heheheh

    siss last blog post..unik

    1. @sis, setelah berkahwin, katakan…bolehkah sikap sebagai kawan tu diamalkan ?
      sebagai suami, kekasih dan kawan…?
      sebab biasanya kalau dah tukar “geran”
      dia nak kuasa penuh…:p

  10. dengan jujurnya, saya senang berkawan ngan lelaki, dan saya berkawan baik dengan suami saya. sebab org lelaki simple, berkawan dengan perempuan ni leceh, samada dia akan selalu mengkritik penampilan kita, atau dia dengki kat kita, atau cemburu kat kita, atau tak suka ada orng lain melebihi dia atau atau atau and go on 😥

    1. @Neeza, hehehe…..ni pendapat org berpengalaman ni
      ada beberapa point yg ” ganas”kak jie tak jadi publish
      takut termakan hati nnt..hahahah

  11. aik…tukar layout lagi..tak sempat nak repair threaded comment pasal masalah layout..pening kepala tak tahu kat mana problem…hehe

    |1f34|-|1r3s last blog post..If you’re happy and you know it, click my ads

      1. @Kujie, fuh kak jie..saya kena belajar camana nak edit ni..tak reti wooo…apa kak jie ejas smp jadi threaded ni ?

        |1f34|-|1r3s last blog post..If you’re happy and you know it, click my ads

        1. @|1f34|-|1r3, kena tuntut ilmu gaban peringkat tujuh awan kuning…
          ha ha ha….bz lah hari ni..nak cari cendol…
          huwaa…nikmatnya hidup dpt cendil time panas terik mcm ni

  12. eerr.. tetiba je entry mengenal pasangan ni kak. hehe. aku tak tau le aku jenis mana. nk kena tanya isteri aku kot. hehe

    tp yg no 4 tu mirip2 aku le tu. huhu

  13. Sebagai lelaki aku pun setuju apa yang kak jie cakap. Memang sukar nak fahami lelaki. Even dah berkahwin pun kadang apa yang orang lelaki buat sukar di pahami perempuan. Biasa lelaki akan fikir panjang berbeza dengan perempuan. Aku setuju denagn ayat kak jie, lelaki tak suka di atur. Memang betul. Kehidupannya sememang tak suka diatur dan di rancang. Yang pasti terus berusaha dan berserah kepada takdir

    1. @Shaffik, lelaki di sini secara umum sbb sebagai individu tentu ada berbagai personaliti.. hidup bertahun pun belum tentu dpt mengenal sepenuhnya kerana sebagai manusia yg hidup…perubahan pasti berlaku

  14. Sebagai lelaki aku pun setuju apa yang kak jie cakap. Memang sukar nak fahami lelaki. Even dah berkahwin pun kadang apa yang orang lelaki buat sukar di pahami perempuan. Biasa lelaki akan fikir panjang berbeza dengan perempuan. Aku setuju denagn ayat kak jie, lelaki tak suka di atur. Memang betul. Kehidupannya sememang tak suka diatur dan di rancang. Yang pasti terus berusaha dan berserah kepada takdir

  15. Tak sukar lah tafsir lelaki. Lelaki saja buat-buat ada misteri sebab dia sebenarnya takde misteri langsung. Kadang-kadang tu buat-buat tak paham tapi faham sangat-sangat. Kalau ditanya samada cinta atau tidak, yang menyebabkan dia lambat menjawab sebenarnya adalah implikasi dia menjawab ya. Mungkin dia dah tak dapat cari perempuan lain, dah tak dapat keluar dengan kawan2 lain dan mungkin habis betul zaman bujangnya. Inilah juga kenapa lelaki kurang gemar shopping cam perempuan, banyak sangat fikirnya…

    kruel74s last blog post..A historical site gone wrong

Comments are closed.